Thursday 31 May 2012

AIRMATA

Dalam hidup ini..
airmata akan tetap mengalir
adakalanya perlahan
adakalanya pula
lebat bagai hujan

Airmata lahir kerana pelbagai rasa
rasa gembira
rasa sedih..
rasa terhina..
rasa geram..

Adakalanya pula kerana rasa
yang penuh kepasrahan
tiada berdaya..
rasa tak mampu
rasa tertekan perasaan

Adakala pula kerana rasa bersalah
rasa yang mungkin kita tidak beritahu orang lain
bila di dalam dada kita penuh penyesalan
mungkin juga kerana ketakutan kepada pembalasan Tuhan
ketakutan yang dirasa tak mungkin dapat terbayangkan....
tapi di rasa.
dada seakan mahu pecah.. ngeri..
mengharapkan pengampunan-Nya

Wednesday 30 May 2012

RAWAN HATIKU

Ku bahagia
Apabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan


Tak usahlah kau
Pergi berlalu
Aku akan rindu..



Sunday 27 May 2012

CUCU, RINDU & DIRIKU..

Wahai cucuku..


Rindu, saat kau tiada lagi di sisiku. Hilang rasa ceria.. tanpa senyum dan ketawa kita. 


Aku bagai anak kecil yang lupa berapa usia.


Bersama-samamu di sini, segalanya terasa manis.


Tiada resah, sedih ataupun gelisah. Hanya ada keseronokan walau hanya dari pandangan kita berdua.




"Nek, nek.. Mia nak tengok upin ipinlah.." katamu penuh manja dengan lirikan mata, gerakan kepala dan matamu yang meminta.


Seterusnya.



"Nek, nek su.. Mia nak tengok yang tu, Alif Ba Tha." katamu masih mahu meneruskan tanpa henti.


Dan lagi.



"Nek, nek, nek su... Mia nak tengok keretapi" katamu masih mahu meneruskan tanpa lelah mahupun bosan.


Selepas sudah penat matamu memandang kaca bercahaya, kau mula bermain di anak tangga. Naik ke atas dan kemudian turun ke bawah meniti anak-anak tangga.


Mia, bila Mia dah balik, nek su rindu lagilah.




Beginilah aturan Ilahi, Damia Batrisya adalah anugerah kasih dan sayang di dunia untuk kurasakan kerana mereka yang patut dipanggil datuk dan nenek telah lama pergi. Aku di sini menikmati kasihnya anak kecil ini tanpa henti. 


Friday 25 May 2012

PILU

Pilu
Hatiku pilu bukan keranamu
Sahabatku ditepis waktu
Lalu bergulir meratap
Di sudut kalimah terunggul

Yang ada
Hanya istighfar
Mengatasi segala rasa gundah
Tak mungkin merasa indah
Tanpa ikrar semula
Di penghujung taubat

Di sini aku
Akur dalam penantian nan sendu
Meraba dalam kelam warna sejadah
Asma yang paling indah


Wednesday 23 May 2012

AKU, DIRIKU MASIH DI PENTAS DUNIA


Kau
Masih di pentas dunia
Kau berpura-pura
Kau berbohong
Bukan dengan sesiapa
Hanya dengan dirimu
Kerana
Hanya kau dan DIA saja yang tahu

Sudahlah...
Aku pun tak tahu
Kau memang begitu
Menjual-jual dirimu
Apa pernah laku??
Beribu-ribu atau berjuta ribuan??

Untunglah kamu kalau begitu
Tapi..
Hanya di sini
Di pentas dunia ini

Tak ada kuasaku
Tak berkuasa menghalangmu
Nafsumu masih begitu
Terlalu melulu
Kau terus begitu

Kau terus begitu
Bagai anak kecil
Hauskan perhatian
Mana jujurmu
Mana ikhlasmu
Mana ikrarmu
Telah lama kau tinggalkan

Lalu
Aku di sini
Hanya mampu mendoakan
Agar kau pulang ke pangkal jalan
InsyaAllah
Amin....



Norlidar
October 7, 2010

TERSEDARKU DINIHARI


Dulu..
Pernahku menyintainya...
Dulu... ingin kukorbankan segala untuknya
Dulu... mata
Hati
Jiwa pun telah membuta...
Menolak terus realiti
Terusku berkorban tanpa resah
Tanpa lelah, tak pernah kutanya..
Apa untukku
Di mana untukNYA

Tersedarku dinihari...
Kasihmu tak sewangi setanggi
Cinta tak seagung cinta ibu
Apa lagi cinta Ilahi
Yang ada hanya pilu
Yang ada hanya sendu
Yang ada hanya airmata bisu...
Namunku setiakan diri
Kerana syari'e
Pentingku ada kamu
Berhari...
Berminggu..
Berbulan...
Bertahun..
Akhirnya kau pergi

Yang tinggal...
Hanya aku dan memori...


Norlidar
Oct 5, 2010

Tuesday 22 May 2012

AMPUNI DIRIKU YA ROBBI


Ya Allah..
Hanya KAU yg tahu..
Tiap apa yang berlaku
Apa dosa-dosaku

Takutku mengingati
Bagaimana nanti
Takut...
Diriku dibayangi
Salah dan khilafku

Mohon ampunanMU ya Robbi Ya Ghaffur Ya Khaliq
Tak daya diri ini
Menanggung sendiri
Di kala sunyi
Kuteringatkan kelalaian-kelalaian lalu

Kenangan-kenangan lalu
Tentang pengabaian hakMU ke atasku
Akulah hambaMU
Yang terleka

Ku sedari diri
Sedang dan sentiasa di uji
Dalam senang
Dalam derita

Ku harapkan cintaku
Hanyakan bertaut dengan cintaMU
Tapi aku kekadang lupa
Berkurang sabarku
Tercemar hatiku

Ya Robbi
Jangan pernah kau serahkan semua urusanku
Pada diriku sendiri
Kerana aku ni
Hanya hambaMU yg lemah

Ampuni diri ini ya Allah



Norlidar
Oct 27, 2010

SEPI


Sepi itu
Adakala terlalu indah buatku
Melihat ke dalam diri
Mencari khilafku

Sepi itu juga
Pernah buatku bertingkah fikiran
Dalam diamku di tengah-tengah persoalan
Mereka melihat
Lalu menampalkanku dengan nama-nama
Melontarkan jawapan masing-masing
Membuahkan lebih banyak tandatanya

Sebelum berlalu
Aku terus sepi
Enggan berbalas jawab
Biar jadi beku
Dalam hangatnya soalan itu
DIA lebih tahu..

Norlidar
15.1.2011
3.25am

Monday 21 May 2012

IN A RELATIONSHIP OF LOVE, MARRIAGE


In a relationship of love, marriage
sometimes it was like to bare all of our heart
to an open end
ready to get hurt
at any time
at any risks
AS MUCH
as we open our heart to a HAPPINESS


Without TRUST, FAITH, RESPECT, TOLERATE and CONFIDENT
What is the use of it?
Why you still want to continue and go further?
It is purely LOVE..
People willing to die for LOVE..


If you are willing to put off your own feelings
for the other half
what is that thing call?
if you didn't call it LOVE?

Why?
in this world
people didn't bother to appreciate
the sincere feelings
and intuition anymore..
I just don't know how to put it to words.
Fullstop.. 

TERATAK IBU

Semalam kujejaki kaki
Di sekitar teratak ibu
Terdengar kembali
Suara gurau dan canda
Meski hakikatnya tiada suara

Kulihat pepohonan rimbun
Dalam waktu dulu
Tak begini tua
Sesungguhnya waktu
Pantas berlalu

Terbayang wajahmu
Cerianya kita bersama
Membelai jiwa
Dalam kata
Di pinggir dapur
Memegang periuk dan belanga
Sedang hati kita penuh CINTA

Terhidu masakanmu
Di pagi hari itu
Kukusan manis
Buat bingkisan ke perkelahan

Terlihat olehku
Peluh yang mengalir
Saat kau tiupkan api
Bukan di bawah belanga
Tapi semangat ke jiwaku
Aku sendu

Saturday 19 May 2012

INDAHNYA NAMAMU DI HATIKU



Indah
Sungguh indah namamu
Menghiasai hatiku
Walau belum ada waktu
Tapi
Kita kerap bertemu
Hanya di mukabuku

Harum
Harum sungguh ukhwah kita
Walau kita dipisahkan jarak tempat dan juga waktu
Sesekali ada rindu
Mungkinkah hanya aku
Yang mencari-cari dindingmu?

Bersih
Tak tercalar oleh noda
Tiada iri, tiada juga kata nista
Antara kita
Ada pertukaran salam..
Kata dorongan dan juga doa

Di hati kecilku
Kerap ada namamu
Walau tak pernahku
Belum pernah kuucapkan lagi
Ada kasih, ada sayangku untuk kamu
Walau tidak tersebut namamu satu persatu


Sungguh
Tiada apa yang termampu
Bagi insan sepertiku ini
Hanya doa dari kejauhan
Semoga kita berbahagia selalu
InsyaAllah..





PESTA MATAHARI

Cicipan burung
Dari luar jendela biru
Berselawat ke atasmu Rasulullah
Dengan penuh rasa syukur
Atas kurniaan Allah
Sungguh indah

Di bawah sinar mentariMU
Menatapi indahnya bungaan kembang
Dedaunan malah merimbun
Tanpa rasa lelah
Dalam kehangatanMU
Menyinari alam
Lindungi malamnya
Yang berlangit kelam

Di bawah sinar mentariMU
Ingin ku gapai
Sekalung rasa
Melonjak lebih tinggi
Dari apa yang mampu kurasa

Akan ku terjah
Semua rasa gundah
Di bawah relung hati
Aku tak peduli
Dengan semua rasa sangsi
Ingin kurasa Pesta Matahari
Alhamdulillah masih ada anugerah

KETIDURAN DALAM LALAI

Ya Rabbi
Aku yang ketiduran dalam lalai
Ke mana berselerakan adabku
Berani beradu
Tanpa wuduk

Alhamdulillah
Masih lagi kumampu
Untuk menghirup udaraMU
Menghela nafas yang seterusnya
Tanpa jerih payah
Setelah hilang lelah

Ya Rabbi
Moga-moga diberikan lagi
Secarik keinsafan
Melihat ke dalam diri
Malunya diriku
Tenggelam dalam nikmatMU

Ya Rabbi
Aku ingin selalu pulang
Pulang ke rukuk dan sujud yang pasrah
Merendah diri dan jiwa
Inginku mencariMU

Inginku pohonkan
Keampunan
Ketenangan
Kesihatan
Kesabaran
Kesabaran
Kesabaran
Semua milikMU ya Allah..

Norlidar
2.05am
Ya Allah, janganlah KAU lepaskan hatiku..




Monday 14 May 2012

HATI HANISAH (episod akhir)



Kringggggg.

Loceng terakhir sekolah pun berbunyi menandakan waktu persekolahan berakhir untuk hari tersebut.

“Hanisah, tadi Rasyid dari kelas sebelah kirim salam perkenalan”. kata Razak yang duduk dibelakangnya di barisan terakhir dalam kelas.

“Rasyid? Siapa Rasyid tu?" Hanisah sengaja bertanya. Dalam hatinya mula berkata. Wah, bukan main lagi beraninya Rasyid tu.

“Hanisah! Macam manalah kamu tak tahu ni.” Jawab Razak sambil menggeleng-gelengkan kepala dan menggaru-garunya dalam masa yang sama.

"Atau kau sengaja buat-buat tak tahu?" Tanya Razak dengan nada sedikit lucu sambil mengangkat-angkatkan keningnya.

Ish dah nak tiru Ziana Zain pulak rakan sekelas aku ni. Gerutu Hanisah di dalam hati tapi masih mengekalkan riak wajahnya.

“Rasyid la Cik Hanisah... kan yang bercermin mata dan berkulit putih tu.. Alahai Rasyid yang satu kelas English dengan kita tu”, Razak seperti tak tahu bagaimana lagi untuk menerangkannya kepada Hanisah.


Di hari yang lain pula. Setelah habis waktu persekolahan, semua murid-murid pun bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing.

Semasa itu Hanisah telah keluar dari kelas tetapi setelah beberapa jauh berjalan barulah disedarinya, tempat pensilnya ketinggalan di dalam kelas.

“Hanisah! Eh sebenarnya ada surat untuk kaulah dari Rasyid” Terkejut Hanisah dengan apa yang didengarnya itu.

“Razak! Kau ni teruk betullah, aku terkejut tau kau sergah aku macam ni” kata Hanisah. Sebenarnya Hanisah tidaklah terkejut sangat dipanggil dengan tiba-tiba begitu. Tapi ini kejutan yang double.. ada surat la pulak.

“Nah ini suratnya…” Rasyid mengunjukkan sekeping surat yang terlipat kemas. Diletakkan di atas mejanya.
Hanisah dengan cepat mengambil surat itu, terus mengoyak duakannya lalu memandang ke muka Razak dengan tepat. Mukanya dirasakan sedikit hangat. Apakah perasaan sebenarnya ketika itu? Geram, marah, kecewa atau apa?

“Razak, kau bagitahu si Rasyid ni…. Aku tak mahu terima surat ni, tak mahu buka surat ini dan tak mahu tahu apa-apa pun mengenai isinya. Faham tak??” Begitulah yang dikatakan Hanisah dengan nada yang begitu tegas dan yakin sekali.

Mulut Razak terlopong seketika kehairanan dan juga terkejut dalam waktu yang sama.

“Eh Hanisah.. Tadi kau tanya aku siapa Rasyid ni? Lepas tu, yang tiba-tiba kau koyakkan surat tu kenapa pula” Tanya Razak yang sememangnya hairan sungguh dengan sikap Hanisah.

Selama dia kenali Hanisah tidak begitu pada pandangan Razak teman sekelasnya, dia hanya buat halnya sendiri atau bersama kawan-kawan perempuannya yang tak berapa ramai. Tapi tak sangka begitu pula sambutannya atas pemberian surat itu.

Apa yang aku nak beritahu Rasyid nanti ni. Gerutu hatinya sendirian. Hmmm rasanya ramai yang minat si Rasyid ni. Ramai budak-budak perempuan yang lain selalu tersenyum-senyum malah ada yang berbisik-bisik bila melihat ke arah Rasyid.

Popular kot... fikir Razak dalam diam tapi apa pasal minah ni kata tak kenal pulak. Banyak sungguh pertanyaan dalam kepalanya.


~ MONOLOG ~

       Rasyid, maafkan aku ya. Bukan aku tak suka atau jauh sekali membenci kamu. Sebenarnya inilah pengalamanku yang pertama. Buat masa ini aku tak dapat nak terima sebarang apa-apa tanda dari dirimu. Surat atau hadiah apalagi pelawaan untuk berjumpa.

       Aku tahu ramai kawan-kawan sekolah kita melakukan semua itu. Tapi aku tak mahu kerana aku tak bersedia untuk untuk menanggung bebanan perasaan begitu ketika ini. Aku yakin tak bersedia untuk semua itu dan aku rasa kau pun belum bersedia ke episod seterusnya kerana kita masih pelajar lagi. Apalagi masih di tingkatan 4.

       Terlalu awal untuk kita memulakan bunga-bunga kemesraan atau jauh sekali menyematkan rasa cinta atau mungkin saja menghuru-harakan perasaan kita dengan banyak hal yang kita sendiri belum mengetahui.

       Inilah kefahaman yang ibu telah sematkan dalam hatiku ini. Jadi, insan yang bernama Rasyid diharapkan kau sudi memaafkan diriku. Andai ada perbuatanku , sikapku atau tingkah lakuku yang menyakitkan hati atau menggores perasaan kamu.

Akan aku doakan kamu selalu, suatu hari nanti agar bertemu dengan seseorang yang menepati hatimu.

Semoga berbahagia selalu sahabatku.




   Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun di alam maya atau nyata. Jika ada persamaan sama ada nama watak atau apa saja adalah cuma kebetulan sahaja. Harap maaf.


HATI HANISAH (episod 4)


Hanisah berperawakan bersahaja berkulit hitam manis dan bertudung.

Manakala Fatiha pula nampak manis, berkulit putih dan bertocang rambut. Mereka berada di tingkatan 4, di sekolah itu.

Semua murid-murid pun bangun secara serentak apabila teacher Miss Lim masuk ke kelas mereka.

“Good afternoon Miss Lim” ucap murid-murid kelas itu, berbagai ragam tonasinya di telinga.

Bagaikan murid-murid tahun satu saja pulak bunyinya. Hanisah, Fatiha dan murid-murid lainnya tersenyum kelucuan.

Lamunan Hanisah pun terpadam dan meneruskan perhatiannya kepada guru itu mengajar dan latihan-latihan yang telah ditetapkan untuk mereka sekelas.

Dua waktu untuk English ni terlalu singkat rasanya. Setelah kelas berakhir mereka pun bersurai ke kelas asal masing-masing semula.

Seperti biasa Hanisah dan Fatiha berjalan berdua semula ke 4A2 semula. Begitu juga rakan-rakan mereka yang lainnya.

Setiba di kelas, Hanisah pun duduk dibangkunya di barisan ke 2 dari belakang, kerana Hanisah adalah antara pelajar perempuan yang tinggi.

Agaknya ini untuk memudahkan guru yang mengajar untuk memantau pelajar-pelajar dari depan kelas.

Dalam perjalanan pulang Hanisah terkenangkan pesanan ibunya untuk berhati-hati dengan pergaulan di sekolah terutama dengan murid-murid lelaki.

Nasihat ibunya lagi, diwaktu usia begini keutamaan yang paling penting selain agama dan kedua ibu bapa adalah pelajaran.

"Mak, nisah janji nisah akan ingat selalu nasihat mak ni." katanya waktu mereka sedang minum petang suatu hari.

"Bagus! Alhamdulillah.. Ingat selalu tau pesanan mak ni.." Hanisah masih dapat merasakan bagaimana ibunya mengusap rambutnya ketika itu.

Hanisah masih ingat juga, di mata ibunya terlihatkan pancaran kasih sayang yang membahagiakan.



Bersambung…



   Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun di alam maya atau nyata. Jika ada persamaan sama ada nama watak atau apa saja adalah cuma kebetulan sahaja. Harap maaf.




Sunday 13 May 2012

HATI HANISAH (Episod 3)


Setelah mereka duduk di bangku masing-masing dan Hanis berpura-pura tidak memandang bila Rasyid dan kawan-kawannya lalu di hadapan dan Rasyid tersenyum lebar ke arahnya sekali lagi.

Hanisah dengan pantas menoleh ke belakangnya tapi yang dilihat hanya Zaman yang sedang tunduk sibuk menyiapkan kerja sekolah yang patut dihantar kepada teacher Miss Lim sebentar lagi.

Hanisah beristighfar di dalam hatinya beberapa kali. Tergodakah hati ini melihat senyumannya? bisik hati kecilnya..

“Ah, mustahil si Rasyid ni senyum kat aku”, bisiknya dalam hati sendirian buat kesekian kalinya.

“Hanis! Eh aku tengah cakap dengan kau la ni.” kata Fatiha menguatkan suaranya.

“Ha aa  apa, apa dia Tiha?” gagap Hanis menjawabnya. Hanisah cuba menutup keresahan hatinya yang sekarang ini ligat seperti keretapi ekspress.

“Hmmm apa jadi dengan kawan aku yang sorang ni ya, cik Hanisah ooi” Fatiha memandang mata Hanis untuk mencari kepastian sambil merenung Hanisah yang duduk bersebalahan dengannya.

“Eh tak… tak de apa-apa la. Cuma sedang terfikir agaknya hari  ni teacher minta kita buat latihan vocab lagi tak macam minggu lepas? Hanisah mencuba nak cover balik.

Eee seramlah.” Tambah Hanis yang sememangnya berdebar-debar hatinya tetapi kerana hal yang lain.


Bersambung…


   Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun di alam maya atau nyata. Jika ada persamaan sama ada nama watak atau apa saja adalah cuma kebetulan sahaja. Harap maaf



Saturday 12 May 2012

Harapan & mimpi-mimpi


jahitan di tepi bajuku
terungkai sejengkal

beberapa detik ini..
baru kusedari..

hidup rupanya penuh mimpi-mimpi..
mimpi sendiri..

ada juga terselit di sana & di sini
mimpi-mimpi teman sahabat yg mengasihi..

Alhamdulillah..

Maafkan diri..
andai suatu hari nanti..

di matamu
jiwaku hilang seri..

wallahu 'alam

HATI HANISAH (episod 2)


Fatiha dan Hanisah pun terus keluar dari kelas mereka ke kelas pertukaran Bahasa Inggeris seperti selalu. Seiringan juga ada sekumpulan pelajar lelaki dari kelas bersebelahan berjalan sebaris dengan mereka sambil berbual-bual.


Zahari, Ramli dan Rasyid yang sedang berjalan bersaing-saingan adalah rakan sekelas English mereka. Apabila Rasyid telah betul-betul berada kehadapan sedikit dari Hanis, Rasyid dengan gaya selambanya menoleh ke belakang untuk melihat wajah Hanis.


Harap-harap tiada siapa yang perasankan tindakannya tu. Hanis terasa tak menentu seketika.. serba-salah jadinya.


Tiba-tiba, Razak yang meluru entah dari mana, berlari dan berhenti di antara Hanis dan Rasyid berdiri. Razak tersenyum lebar sambil mengenyitkan matanya ke arah mereka berdua.




“Ahaaaa. Ehem ehem”, Razak sempat mengusik mereka berdua.




Seolah-olah telah terhidu sesuatu hasil dari situasi berpandangan di antara Hanisah dan Rasyid berdua. Hanis yang telahpun tersipu malu terus bergegas mendapatkan Fatiha yang telah hampir sampai ke muka pintu kelas 4A1.




Bersambung…

   Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun di alam maya atau nyata. Jika ada persamaan sama ada nama watak atau apa saja adalah cuma kebetulan sahaja. Harap maaf

Friday 11 May 2012

HATI HANISAH (episod 1)


Kringggg…
Loceng sekolah pun berbunyi. Kelas seterusnya adalah subject English. Seperti biasa, kami akan bertukar kelas setiap kali mata pelajaran Bahasa Inggeris tiba. Hanisah cepat-cepat mengeluarkan buku teks bahasa Inggeris dan juga buku latihannya. 

“Eh kau ni Hanisah apasal terhegeh-hegeh lagi ni?” tegur Fatiha yang duduk  meja hadapan Hanisah sambil mengetap bibir pura-pura marah tetapi sebenarnya separuh mengusik.
“Allah, kenapa la Hanis ni dapat kawan macam Tiha ni, suka sangat mengusik.” Luah Hanisah sambil menjeling.

Sebenarnya hatinya cukup berdebar-debar. Terutama sekali waktu English ni.. Hai hati ke jantung ke apa entah, bagai nak luruh berdebar dan bergetar. Setiap kali kilas wajah seseorang melintas di hadapannya. Tiap kali terpandang wajah tu, jantungnya berdegup kencang, dup dup dup.. macam baru lepas lari pecut 100meter. Hmmmm mungkin lebih teruk kot. Mukanya pun terasa hangat semacam je bila diperhatikan begitu rupa.

bersambung...

Lagu Cintaku

Assalamualaikum Monolog Rasa Hatiku
Semalaman ku ketiduran selepas bersepahan letihnya jasadku.
Tanpa mengintai rasa untukku catatkan di sudut hatimu


Wahai Cinta,
Tiap kali sendirian denganMU
Membulatkan segala pengharapan yang bertaburan
Yang tersisa dari kotornya kehidupan di luar sana
Debu-debu kota fitnah, kepuraan, niaga dan politiknya ketamakan

Wahai Cinta
Aku di sini sentiasa mencintai
Tanpa lelah dan tanpa patah semangat
Biar kadang bahuku terasa seperti mahu terkoyak
Biar hatiku adakalanya
Bagai retak seribu

Ohhh Cinta
Mengapa ini yang kurasa
Mengapa mesti kali ini?
Aku yang harus terus melangkahkan terus kakiku ini
Hatiku ini
Berbalam-balam rasanya

Ohhh Cinta
Kemana perginya
Diriku yang kuat semangat itu
Mungkinkah aku amat keletihan
Dalam penantian
Yang adakalanya amat memeritkan perasaan

Ohhh Cinta
Damaikanlah hatiku
Tenangkanlah jiwaku
hanya CintaMU yang amatku rindu
Tak peduliku
Tentang Cinta yang lain
Yang HANYA penuh dengan AKU, AKU dan AKU

Wahai Cinta
Sendirian dalam pelukan kasihMU
Menjadikan aku seorang insan
Yang merasakan dirinya selalu tak mampu
Yang tak berdaya, adalah aku
Dalam apa jua situasi
Hanya mengharap belas kasihMU

Wahai Cinta
Kurniakan hamba
ketabahan
kesabaran
walau apa kurasa
walau apa ku kata
Aku Cinta kepadaMU

Sahaja aku ini
hamba yang tak sedar diri
hanya tahu meminta
tanpa memberi
Cinta, cinta, cintaMU
cinta!
ooh cinta hatiku






Tuesday 8 May 2012

Purnama yang merindu




Ku ke jendela hati
Mengintai purnama penuh
Lewat dedaunan
Yang bergoyang
Disapa angin malam
Yang kian kelam

Berlalu detik waktu
Purnama pun terlindung separuh
Ditutup awan lalu

Siapa tahu
Apa rasanya di balik sana
Ditemani bintang
Diselimuti awan

Hanya di sini
Aku mengharap
Dapat menyimpan bayangmu
Tanda kekagumanku
Pada ciptaan Tuhan


Norlidar
11.55pm

Sunday 6 May 2012

Menanti hujan reda


Menanti hujan reda
mungkinkah berbisik..
di celahan dedaun pagi

akan redakah hati yang penuh cinta
dalam penantian..

dari kedinginan desiran anginnya pagi ini
yang mengusik laranya rinduku..

maha asyik
gemalailah rasa walaupun pedih..

hingga mengalir airmata..
bukanlah dek lukanya jiwa

sementelah cinta itu bertahta..
kupilih untuk tabah..

ku rawat hatiku sendiri..
dalam menanti kepastian..

jika aku di rindu..
kerana diamku di pagi hari

Carilah aku dicelahan batu-batu
kerana aku adalah serpihan dari kerikil kehidupan..

yang hanya dapat merenungi cahaya
purnamanya kekasihMU

Saturday 5 May 2012

Sabtu - 5 May 2012

Alhamdulillah
Pagi Sabtu yang indah..
Matahari telah memperindahkan senyumannya
Adalah masa yang sangat merehatkan minda
Apalagi tak perlu ke tempat kerja
Ada seluruh masa untuk digunakan

Ya Allah
Betapa hambaMU ini beruntung
Masih dapat menikmati
Hari yang sedia menanti untuk dipenuhi.


Ada teman yang bertanya
Mengapa saya masih sendirian
Jika adakah lelaki yang dekat di hati
Ishtiharahlah dan lamarlah lelaki itu
Begitulah nasihat seorang sahabat

Moga-moga suatu hari
Akan hadir seorang lelaki 
Yang baik akhlaknya
Tidak meninggi diri
Dan jika dia memberanikan diri
Untuk mengetuk pintu hati ini
InsyaAllah, akan ku terima 
Seandainya itu yang Allah tunjuki untukku
Tapi.... buat masa ini biarlah Allah saja yang berada di situ, insyaAllah..

Wednesday 2 May 2012

INGINku Petik Bintang



                    Ingin rasa hatiku
                    Memetik bintang-bintang itu
                    Akan ku pilih yang terbaik
                    Sebagai perhiasanmu

                    Di sisi
                    Bulan purnama itu
                    Ingin ku lilitkan
                    Haruman mawar mekar
                    Agar tambah indah

                    Lantas harumnya menyerbak
                    Ke segenap hati dan jiwa
                    Buatmu tersenyum
                    Buatmu gembira
                    Buat kamu bahagia

                    Kerana aku suka melihat yang indah-indah
                    Bintang!
                    di mana kamu
                    Aku di sini di tepi jendela biru





Norlidar
02/05/2012
1.00 am


Tuesday 1 May 2012

Andai esok aku mati..

Andai esok aku mati?
Sediakah aku?
Apa yang akan ku bawa?
apa yang telah ku capai?

Ya Allah berilah hambaMU yg dhaif ini keampunanMU
atas kelekaanku dalam waktu
Ampunkan aku kiranya
hatiku terpenuhi oleh kasih sayangku pada putera puteriku, ahli keluargaku, teman-temanku.

Bukan sengaja aku melebihkan mereka dariMU dan juga kekasihMU
aku yang sangat lemah
hanya mengharap segala KEKUATAN dan juga KESABARAN dariMU

Sungguh
pinjamkan diriku ini ya Rabbi
kedua sifat milikMU

hatiku ini
adakalanya terlalu lembut pada yang tak layak selain dariMU
dan adakalanya pula terlalu keras
dalam cubaanku untuk terus menerus bersamaMU diseluruh denyut nadiku



Di mana dan sedang apa??


Di mana kamu?
kerana ada kasihku tertumpah
walau sedikit
aku tertanya-tanya di mana kamu?

Terdetik juga di hatiku
Bagaimana keadaanmu
moga-moga Tuhan berikan kamu kekuatan-NYA
kesabaran-NYA
atas apa jua derita badan dan jiwa

Maafkan aku
kerana tak mampu
untuk bersamamu di sana

Aku hanya di sini
menanti dan memerhati dari jauh
dengan kebanggaan atas perjuanganmu
berserta teman-teman seperjuangan

Aku yang lemah
tak sekuat dirimu
yang sebenarnya lebih gah
berdiri dan berlari ke tepi malah telah juga ke tengah
Semoga dirimu diberkati Allah

Buat sahabat, semoga saudari tetap kuat dan gagah
biarpun payah dan lelah

Norlidar
30/04/2012