Monday 31 December 2012

DOA CINTA



Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Robb sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda SAW....


Ya 'Aziz...
jika rasa cinta adalah KETERTAWANAN
tawanlah aku ini dengan Cinta kepada-Mu
agar tidak ada lagi cinta yang lain yang dapat menawanku
selain Engkau

Ya Rahmaan Ya Rohiim...
jika Cinta adalah PENGORBANAN
tumbuhkanlah niat dari semua pekerjaanku
sebagai pengorbananku atas nama-MU
semata-mata tulus untuk-Mu
dan bukan kerana yang selain-MU
hingga akhirnya... aku ikhlas jua menerima apapun ketetapan-Mu

Ya Quddus... Ya Ghafuur...
jika rindu adalah rasa sakit yang tidak menemukan muaranya
penuhilah rasa sakitku dengan rindu kepada-Mu
agar tertebus segala khilafku...
terampun segala dosa-dosa lalu...
rayuku pada-MU ya Robb...
jadikanlah kematianku sebagai muara pertemuanku dengan-Mu
maka jadikanlah pertemuan itu yang terindah
tak mungkin dapat kubayangkan
kerana seluruh alam raya akhirnya tunduk patuh kepada-MU

Ya Latif...
jika sayang adalah sesuatu yang mempesona
ikatlah aku dengan pesona-Mu
agar damai senantiasa kurasakan
agar lembut hatiku untuk taat segala perintah dan larangan
agar lembut hatiku untuk patuh
agar selalu ada syukurku atas nikmat dari-Mu
agar terusan begitu

Ya Allah...
jika kasih adalah kebahagiaan yang tiada bertepi
tumbuhkan kebahagiaan dalam hidupku
di saat kupersembahkan sesuatu atas nama-Mu
agar bertambah kasihku kepada mereka yang perlu

Ya Rahmaan...
dunia yang Engkau bentangkan begitu luas
bagai belantara yang tak dapat kutembus
di malam yang gelap gelita
agar tidak tersesat dalam menapakinya
berikanlah aku ini Nur cahaya-MU

Ya Rohiim…
berikanlah alas kaki buat hamba-MU ini
agar jalan yang kutapaki terasa nikmat
meski penuh dengan bebatuan runcing
penuh dengan duri yang tajam

Ya Allah...
hatiku hanya cukup untuk satu Cinta
jika aku tak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu
kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu
kurayu kepada-MU ya Robb
suburkanlah keimanan dan kesabaran di jiwa hamba-MU ini
kuatlah tawakalku
gandakanlah rasa syukurku atas apa saja takdir-MU

Ya Rohiim...
aku sedar semua ini milik-MU
dan suatu saat
jika Engkau kehendaki semuanya
akan kembali jua kepada-Mu
aku serahkan kehidupanku kepada-Mu
tak mampu untukku bantah
tanpa-MU akan hilang arah

Ya Malik...
didiklah hatiku
kuatkanlah imanku
tambahkanlah istiqamahku dalam ibadah
berikanlah aku redha-MU dan syurga-MU
lindungilah diri dan jiwaku dari murka-MU
dan dari bahang api neraka-MU

Aamiin... Ya Rabbal Alamiin....



Sunday 30 December 2012

CORETAN RASA BUAT SEORANG SAHABAT



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Buat sahabat hatiku, seorang wanita yang lembut hatinya.

Tak perlulah kusertakan nama kerana jika kau terbaca pasti dirimu mengetahui bahawa catitan ini adalah buatmu. Coretan ini juga kutujukan buat sahabat hati yang Allah kurniakan kelembutan pada hatinya. InsyaAllah.

Maafkanlah diriku kerana hati ini terlalu ingin rasanya mencatatkan sesuatu buatmu sahabat yang kukasihi. Maafkan aku jika kau tak suka caraku ini.

Inginku sampaikan padamu bahawa melalui persahabatan ini, aku tidak pernah ada sebarang kepentingan apa-apa sekalipun melainkan hanya rasa kasih sayangku padamu sebagai sahabat hatiku yang juga seorang wanita sepertiku. Aku sayangi kamu kerana kamu juga makhluk ciptaan Allah sepertiku cuma kelebihannya di sini kita pernah berkongsi sedikit rasa dan sedikit cerita.

Maafkan aku kiranya kau pernah merasakan aku menilaimu dari sudut apa sekali pun. Tapi ketahuilah tiada maksud hatiku untuk berbuat demikian. Aku tahu kau juga seorang yang privasi type sepertiku, sedikit sensitif sepertiku dan mungkin kerana itulah kita rasa selesa berkongsi rasa. Aku sendiri tak pasti sejak bila ada rasa kasih sayangku padamu tetapi itu adalah keajaiban Allah menyemai rasa kasih sayang dalam hati makhluk-NYA.

Buat sahabatku yang dikasihi.
Aku amat memahami dari gerak gayamu bahawa kau begitu menghargai privasimu, rasanya amat jarang sekali kutanyakan soalan peribadi. Malah nama penuhmu juga tak kuketahui, begitu juga umurmu. Seingatku aku ada melihat photomu yang dikongsikan di inbox dan juga nombor telefonmu yang hanya sekali saja kuhubungi tetapi kita masih belum mendengar suara masing-masing sampai saat ini. Lucu kan? Serasanya kita telah kenal begitu lama. 

Buat sahabat yang kukasihi.
Adakalanya aku boleh senyum sendirian mengenangkan cerita lucu yang kita kongsikan. Adakah kau lupa yang aku juga selalu kongsikan ceritaku denganmu? Terima kasih kerana menghadirkan sebuah kemanisan kenangan dalam hidupku ini.

Inilah yang kau tuliskan pagi ini buatku. Sengaja aku tuliskan berwarna kerana itulah warna yang kusuka.


nor..nor mungkin akan jauhkan diri dari *******...
****************************************************************************** ***************************************************

maafkan *******   sebab ******* tak kuat..
******* harap sangat nor tak benci *******..tapi ******* sedia terima kalau nor menolak ******* sebagai kawan..

Buat sahabat yang kukasihi.
Tak kiralah apa pun kau lakukan, TAK pernah ada benci dalam hati ini kerana kita adalah sahabat. Apapun juga keputusan yang telah kau pilih di dalam hidupmu itu adalah hak peribadi. Sebagai sahabat, aku sebenarnya cuma mahu kau lakukan yang terbaik buat dirimu, masa depanmu. Apa-apa soalanku mahupun jawapan yang kau berikan sejak akhir-akhir ini adalah untukmu sendiri. Soalan-soalan yang kutanyakan adalah bertujuan untuk menjadi stimulasi untuk kaufikirkan sendiri. Mungkin ianya akan membantumu melihat apa tindakan yang wajar kau lakukan seterusnya. Sungguh, aku tak tahu apa yang dapatku lakukan untukmu selain dari soalan-soalan itu dan mendoakanmu dari kejauhan.

Buat sahabat yang kukasihi.
Inginku ingatkan sekali lagi apa jua keputusanmu, buatlah dengan bijak, usahlah tergesa-gesa kerana semuanya adalah untuk masa depanmu dan kebahagiaanmu di dunia hingga ke akhirat. Mintalah petunjuk dari Allah kerana DIAlah yang Maha Mengetahui. DIA tahu apa yang terbaik untuk semua makhluk-NYA.

Aku ini hanyalah seorang sahabat yang hanya sekadar boleh mendengar dan memberikan lebih banyak soalan... Aku adalah sahabat yang punya banyak kelemahan dan tidaklah sekuat yang kau sangkakan. Aku juga seorang wanita yang pernah menangis sepertimu bukanlah superwoman. Tapi ketahuilah tiada istilah benci dalam hati dan tiada juga istilah putus asa dalam diri ini. Maka dengan itu tidak keterlaluan andai aku memohon agar kau kuatkanlah hatimu dan usah berputus asa dari Rahmat-Nya InsyaAllah....

Buat sahabat yang kukasihi.
Apa pun keputusanmu, aku tetap di sini jika kau rasa perlu. Mungkin ada ketika tertentu aku kesibukan kerana urusan kerja atau urusan keluarga tapi aku tetap ada. Persahabatan ini akan terus berlangsung selagi hayat dikandung badan. Tapi ketahuilah dalam hatiku ini selalu aku mengharapkan semoga kasih sayang dan cinta kita hingga ke Syurga-Nya. Aamiin.


Salam sayang dari sahabatmu
dan aku tetap di sini selalu..
Norlidar






Wednesday 26 December 2012

GANJARAN UNTUK ISTERI YANG SOLEHAH





Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

“Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


(Hadis riwayat Anas Bin Malik)




Tuesday 25 December 2012

YANG TERINDAH


HAL YANG PALING INDAH DALAM HIDUP INI

Saat kita pergi, ada yang mendoakan

Saat kita jauh, ada yang merindukan

Saat kita sedih, ada yang membuat kita tersenyum

Saat kita bertemu, ada yang senyum indah


tapi yang terindah segalanya adalah...

Ketika ALLAH masih memberikan kita nafas untuk hidup hari ini... masa untuk kita bermuhasabah diri dan bertaubat...
Alhamdulillah...

Terima kasih untuk semua sahabat yang selalu menyayangi, bertanya khabar dan yang selalu mendoakan.

Semoga kasih sayang dan cinta kita hingga ke Syurga-NYA.

Aamiinn





MUHASABAH - HANYA DIA YANG MAHA BERKUASA ATAS SESUATU


Alhamdulillah dengan izin-Nya dan Rahmat-Nya..syukur kita di atas segala Penciptaan-Nya...

Dan bertaqwalah kepada Allah, Allah yang mengajarkan kamu dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
( Al Baqarah : 282 )

Bahawa manusia harus menyedari atas Kekuasaan Ilahi yang diberikan-Nya keilmuan, kepandaian dan lain-lain yang dimiliki kita itu hanyalah milik Allah sebenarnya, yang akan diambil kembali bila-bila masa ataupun tiba saatnya...

Kekuawatiran atas kesombongan serta riak manusia itu yang terkadangnya telah melupakan asal-usul yang dimilikinya sehingga tidak menerima bahawa semuanya itu adalah hak Allah.. Memang benar hal sebegini rupa akan menjadi hambatan ataupun hijab baginya untuk menuju Allah SWT.

Betapa kita ini manusia yang selalu melakukan penafian samada terang-terangan ataupun hanya terbit di dalam hati.

Allah berfirman dengan tegasnya dalam bentuk penafian " Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk ".. ( Al Qashash : 56 )

..dan lagi FirmanNya " Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang di sesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang yang dapat memberi petunjuk kepada-Nya..". ( Al Kahfi : 17 )..dan banyak lagi FirmanNya.. .

dengan demikian tepatlah seperti apa yang Baginda RasulAllah saw pernah bersabda " qul innama ana basharun mitslukum yuuha ilayya annama ilahukum ilahun waahid " katakanlah; Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang di wahyukan kepadaku. Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa ( Al Kahfi : 110 )...

Amin Ya Rabbal 'Alamin..




Sunday 23 December 2012

ESOK

Esok
belum berlaku
namun aku ada rasa ingin tahu
rancang sudah tentu
berjaya belum tahu
tapi usaha tetap perlu
yakin mesti padu

Esok
akan berlaku
teruja sudah tentu
tapi tetap berhati-hati selalu
esok akan kunantikan
datangnya pagi kudoakan

Insya Allah
kalau ada rezeki
pasti inginku jayakan



Friday 14 December 2012

AKU MENANTIMU

Tak tahu lagi, apa yang harus kukatakan padamu
Andai sayangmu telah ke laut
Andai rindumu tidak lagi menderu

Maafkan aku andai aku tak bisa
Menjadi waja bak besi
Menjadi kuat bak badang
Menjadi tabah bak ombak mengukir pantai..
Aku hanya seperti sekeping coklat
Keras tapi tetap cair akhirnya

Tapi ketahuilah
aku masih menyayangimu
merinduimu
selagi ombak masih sudi ke gigi pantai
begitulah aku masih setia padamu.

Sungguh, walau badai dan taufan telah melanda
aku masih lagi di sini
menanti kepulanganmu
Pulanglah kembali kepadaku

Kita bina istana baru
walau istana itu hanyalah sebuah istana pasir

Aku rela andai sudah tertulis takdirku bersamamu
walau gelombang seringkali memukul ombak..


nukilan khas untuk sahabat puisi Jiwaku Rita...

RINDU MENJELMA DI HAGIA SOFIA


Rindu menjelma
pabila purnama tak terlihat
rapuh mengulit awan larat
dalam renyai hati...
berarus resah tanpa-NYA

Rindu menjelma
tatkala rona cinta tersembunyi
dalam kalungan jiwa
rawan jiwa tersiksa
menyulam ceritera...

Rindu menjelma
saat kaisar mabuk asmara
memeluk mimpi dalam jaga
dalam jambangan kasih ia sengsara
kerna cintanya pada pelbagai warna

Rindu menjelma
saat hati tak lagi peduli...

Norlidar
14.12.12
7.24am


ABC FOR MARRIAGE


ABC's Of Successful Marriage!

A bsolutely adore each other.
B e best friends.
C ompromise.
D iscover new things together.
E ncourage each other.
F orgive and forget.
G aze into each others eyes.
H old hands and hugs a lot.
I nspire and intrigue each other.
J oke and laugh and have fun.
K eep each other’s secrets.
L ove with all your hearts.
M arvel at each other's talents.
N uture each other's soul.
O vercome problem together.
P lay games.
Q uiet each other's fears.
R emember the little things.
S ay "I love you" everyday.
T ake time for tenderness.
U nderstand and care deeply.
V alue everything you share.
W ish each other even for little things.
X -press your true feelings.
Y earn for each other's touch.
Z zzzz in each other's arm.




May Allah bless us and all of our sisters and brothers with a successful marriage...

Wednesday 12 December 2012

SEBELUM HALAL BAGIKU


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh





Sebelum engkau halal bagiku...
Aku tak pernah mengharapkan apa-apa darimu
kerana aku tahu bahawa dirimu belum tentu jadi milikku...

Sebelum engkau halal bagiku...
aku tak pernah menyatakan cinta padamu
kerana aku hanya akan mengungkapkan rasa cintaku pada Sang Maha Pemberi Cinta..

Sebelum engkau halal bagiku...
aku tak pernah ingin menyentuhmu
kerana aku hanya akan menyentuh yg HALAL untukku..
Antara jarak kau dan aku yang belum HALAL ada api yang bernyala-nyala...

Sebelum engkau halal bagiku...
usahlah kau berangan aku akan merayu...
kerana aku hanya akan merayu pendamping hidupku kelak..

Sebelum engkau halal bagiku...
mungkin aku hanya diam membisu seribu bahasa
tahukah kamu apa yang aku lakukan?

Sebenarnya aku sedang ISTIQOMAH memohon petunjuk-NYA disujud sepertiga malamku...
jika memang kita berjodoh agar didekatkan dengan jalan-NYA

Sebelum engkau halal bagiku...
mungkin aku banyak menyendiri...
tahukah kamu apa yg aku lakukan.?
Sebenarnya aku sedang melihat KESABARANMU
sejauh mana rasa keikhlasanmu menerima semua ini...





Sebelum engkau halal bagiku...
aku tak akan menggodamu
kerana aku tak ingin menimbulkan HARAPAN dan ANGAN di benakmu
jika suratan takdir-NYA berkata.. lain yang akan kau temui hanyalah penderitaan di hati
untuk itu mengertilah akan sikapku, aku tak ingin menodai hatimu...

Sebelum engkau halal bagiku...
aku hanya menitipkan doa di setiap sujudku
jika memang kita ditakdirkan untuk membina mahligai kehidupan yang SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH pasti akan bersama dengan jalan-NYA yang indah...

Aamiin ya Rabbal'alamin


PENGAT DI PAGI HARI

Alhamdulillah...
terjaga di awal pagi ini
selepas dapat waktu rehat...

Kekosongan rasa di perutku membawa kakiku melangkah ke dapur.


Ada pengat yang dihantarkan pada anak oleh jiran sebelah. Terima kasih Ayu.. baru pagi ni dapat jamah.. sedap pengat ni.

Pengat ni mengembalikan ingatan pada Ramadhan...huhu..



Friday 7 December 2012

DARI JENDELA DIRI

Salam jumaat yang berkah..
seringkali kita mencari dan terus mencari
ada yang berjalan, ada yang merangkak dan ada juga yang masih kuat berlari
Apa sebenarnya yang kita cari ini?

Saya ingin kongsikan sebuah sajak dari jendela diri...





RINDU YANG BERBISIK



Rindu yang berbisik itu
inginku tawan gemerciknya
agar rindu itu bisa kuraut sehalus-halusnya
inginku cuba menjalinnya
bersama ketakwaan kepada-MU

Rindu yang berbisik itu
inginku tewaskan
dengan pedang kesabaran
yang hanya dapat kupohon dari-MU
agar ianya jinak tak meronta-ronta

Rindu yang berbisik itu
inginku himpun dalam simpuh
penuh sopan dalam doa-doa
penuh harap dalam takutku
tidaklah aku mampu
aku...
hanya berharap penuh dengan kurniaan-MU

Norlidar
07.11.2012, 6.45AM


Thursday 6 December 2012

WARAS?



Aku

hanya ingin berada di sini...

di tepian gelanggang waras

agar tak terlupakan diriku

aku dan kamu dan kamu

di dalam perhatianNYA




Aku

hanya ingin berada di sini..

menjelujur rasa hatiku

agar tak tercarik

atau tertitik dengan noda rasa

dalam waktu sedar

dalam alpa



Aku

hanya ingin hadir di sini sebentar

mengoles luka kerana kuku jariku sendiri

cuai dalam gerak

lalai dalam percaturan

mencari-cari jejak jalan...

waras?




Wednesday 5 December 2012

KELEMBUTAN HATI SEORANG WANITA


ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦ღ


Saat dia terlalu ingin berkata-kata, dia diam

Saat dia ingin marah, dia bersabar dalam keheningan

Saat dia ingin menangis, dia tertawa

Saat dia direndahkan, hatinya tunduk syukur

Saat dia ditinggalkan, dia menunggu untuk kembali

Saat dia dihina, dia mencinta

Saat dia disakiti, dia memaafkan


Saat dia ingin pergi, dia menunggu... meski pun dia sendiri tak pasti 

Saat dia ingin berhenti, dia berlari..

Saat dia lelah, dia tak menyerah terus...

Saat dia ragu-ragu, dia masih ingin bertahan

Saat putus asa, dia berdoa kepada Allah..


Wanita, lembutnya kerana ada cinta daripada Yang Maha Agung dan Mulia

meskipun tak diberi kemuliaan di mata manusia tak mengapa

Keindahan yang terasing bagai mutiara

Siapakah yang akan menemukannya?



ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦ღ

Sunday 2 December 2012

MUNGKINKAH MASIH ADA ESOK?

Adakah esok masih ada rezeki?

Bacakan untukku Al-Fatihah andai pagi esok aku mati..



Bukannya berputus asa tapi memikirkan...

Mati itu mungkin noktahnya dari terus menambah dosa...

Wallahu'alam.



Saturday 1 December 2012

REDHAKAH AKU?

Apa jua rezeki dan dugaan kurniaan-MU...

Jadikanlah aku selalu mengingati-MU

bersyukur dengan keberadaan dan dalam kekurangan...

Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku...




Allah, Allah, Allah...