Friday 28 September 2012

TERSENYUM BERSAMA

Anakku sayang...
Kita bersama menempa angin
Kuat menerpa wajah
Aku pun tersenyum keanakan

Sayang...
Kita diamkan angin kuat menerjah
Bersama kita merakam senyum
Bersama mengimbang badan

Sayang...
Begitu engkau berlalu
Meninggalkanku...
Indah dalam kenangan bersamamu

Norlidar
28.09.2012
10.50pm


Muhamad Faiz dalam doa & ingatan selalu..

Wednesday 26 September 2012

BEGITUKAH RASANYA CINTA

Mungkinkah
Akan terlupakan
Setiap rasa yang pernah ada
Walau kini begitu

Terpisah dalam sengsara
Merindumu
Tak terkata
Melolong tanpa suara

Mungkinkah
Akan terlupakan
Seiring doa
Dia yang muncul di ingatan

Faiz, Mencintaimu... 19thn & selamanya..

MENCINTAI-NYA


Janganlah engkau tertipu
Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk kekasihnya
Pahit bala-Nya dirasakan nikmat
Diterima gembira apa pun yang Dia perbuat
Tidak diberi pun tidak mengapa
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginan-Nya
Hanyalah mentaati kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya Si Dia yang ada dihati
Dia taat segala ucapan-Nya

اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم

30/03/2010 2:31am


Saturday 22 September 2012

CINTA DAN RINDU YANG MENGINTAI

Cinta...
CintaMu adalah kurnia
Hadirnya cinta pengubat lara
Hadirnya penuh sukacita dan rela

Cinta...
Cinta itu tiada paksaan
Yang dicinta indah seluruhnya
Bunga rindu itu mekar di ingatan

Cinta...
Rindu itu sering saja bertamu
Sering kudengar ketukkannya
Mengetuk di pintu hatiku

"Cinta... Ke mana akan kusangkutkan rindu?"
Katamu, "Sangkutkan saja di almari pakaian..."
"Kerana... pakaianku tiada lagi maknanya"
"Dan segala yang cantik menjadi santik hehehehe!"

"Cinta dan rindu yang mengintai" Cinta, adalah rasa yang suci, manis, 
romantis malah lucu...


 
Norlidar
22.09.2012
01.05

GOING BACK INTO LOVE



I've been living with a shadow overhead

I've been sleeping with a cloud above my bed 

I've been lonely for so long 

Trapped in the past, I just can't seem to move on


I've been hiding all my hopes and dreams away

Just in case I ever need them again someday

I've been setting aside time

To clear a little space in the corners of my mind


All I want to do is find a way back into love

I can't make it through without a way back into love...

Ohhh 

I've been watching but the stars refuse to shine

I've been searching but I just don't see the signs

I know that it's out there...

There's got to be something for my soul somewhere
...
I've been looking for someone to shed some light

Not just somebody just to get me throught the night

I could use some direction 

And I'm open to your suggestions


All I want to do is find a way back into love

I can't make it through without a way back into love

And if I open my heart again 

I guess I'm hoping you'll be there for me in the end 


There are moments when I don't know if it's real

Or if anybody feels the way...
I feel 
I need inspiration...

Not just another negotiation...

And if you help me to start again 

You know that I'll be there for you in the end


Friday 21 September 2012

BERMAIN KOSA KATA

Di birai senyumanmu itu...
Kuintai kelopak matamu
Yang bermanik mutiara suci.....
Adakah zikir-zikir rindu
Bersenandung bebas berterbangan...

Di birai senyumanmu itu...
Kuintai garis-garis hikmah
Namun dalam kesucian kata-katanya
Tersisip kenakalan di kosa kata
Bukan selalu.. katamu
Sekadar hobi baru

"Bermain Kosa Kata" ahhh.. mana mungkin aku berkosa kata, menulis puisi pun masih kabur....


Norlidar
21.09.2012
2.30 a.m.




PENYAKIT EGO



Apabila seseorang manusia itu alim iaitu banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih daripada orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak
sedar, sengaja atau tidak sengaja.

Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan. Maka apabila hati sudah jadi begitu meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.

Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun mengaturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula orang yang sedar keistimewaan dirinya tetapi kerana dia faham ajaran Islam maka tidaklah mahu ia membesar-besarkan dirinya. Tapi oleh kerana taqwanya lemah maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam senarai orang yang sombong, ego dan takabur.

Sifat mazmumah (yang sangat dibenci) oleh Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego itu membawa implikasi yang sangat buruk. Iblis laknatullah kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-

Terjemahannya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir”. (Surah Al-Baqarah : 34 )

Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam, dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga maka sepatutnya dialah yang menjadi ketua dan orang lain sujud kepadanya. Tiba-tiba Allah meminta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu hatinya menolak dia lupa dia hamba Allah, keistimewaan itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik kesemuanya kembalilah ia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu sudah cukup keras hingga dia tidak dapat sujud ketika Allah perintahkan ia berbuat begitu. Sombongnya ia dan mendapat kemurkaan Allah lalu Allah menarik balik pinjamanNya pada Iblis lantas dihukum buang dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini. Namun Iblis sangat sombong sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga bukannya dia minta ampun dengan Tuhan untuk sujud pada Adam malah dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.

Pernah juga Iblis memberitahu Nabi Musa a.s yang dia ingin bertaubat lantas Nabi Musa bertanya kepada Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam, mendengar itu dengan sombongnya Iblis pun bangun dan berkata. ‘waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya inikan pula waktu dia sudah mati! tidak jadilah aku bertaubat’, kata Iblis. Begitu sekali kesombongan Iblis, dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka namun kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah manusia untuk menjahanamkam anak cucu Nabi Adam agar semuanya masuk neraka bersamanya.


Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa hingga memandang rendah pada orang lain, kalau ditegur melenting bahkan mencabar orang yang menegur hinggakan demi memuaskan hati sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak diri ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:

“Kibir atau sombong itu selendangKu. Sesiapa yang memakai selendangKu nescaya dia tidak akan mencium bau syurga”.

Itulah sombong namanya iaitu perangai Iblis, akhlak
terkutuk dan siapa memilikinya maka nerakalah tempatnya. Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ambia’ dan solehin (orang soleh) sangat tawadhuk orangnya yakni merendah diri sesama manusia.

Firman Allah dalam Al-Quran:
Terjemahannya: “Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orang-orang mukmin”. (Surah At-Taubah:128)

Itulah hati orang yang tawadhuk yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih Allah manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya tetapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain. Kalau dia tidak mahu susah orang lain pun tidak mahu susah, kalau dia tidak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina orang lain pun begitu juga. Kalau dia suka kepada keselamatan dan kebahgiaan maka orang lain pun turut demikian. Begitu dia menimbang perasaan orang sebab dia mengasihi orang lain seperti mana dia kasihkan dirinya. Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi beliau didoakan, “Wahai Tuhan berilah petunjuk kepada
kaumku kerana mereka tidak mengetahui”. Sebab itu Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang kekurangan malah baginda memohon kepada Allah :

“Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang-orang miskin”. (Hadith Riwayat Tarmidzi)

Begitu hati Rasulullah dia tidak rasa yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya.”kenapa tuan bersusah-payah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?”. Lantas dijawab baginda,”terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang lemah dan kurang segala-galanya yang patut menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu”.

Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Alah bertanya kepada pesuruh-pesuruh-Nya: “Musa, engkau siapa?” Jawab Nabi Musa,”Ana Kalamullah”. “Ibrahim, engkau siapa?” Jawab Nabi Ibrahim,”Ana Khalilullah”. “Isa, engkau siapa?” Jawab Nabi Isa, “Ana Rohullah”. Kemudian Allah bertanya kepada Nabi kita,”Muhammad, engkau siapa?”
Jawablah Rasulullah dengan rendahnya.”Ana yatim”. terus Allah menyahut,”Engkau kekasihku, Habibullah”.

Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, miskin, fakir di majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus hidup
itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya
disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.

Sayidina Abu Bakar habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam kemudian dia berkata,”Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul dan aku merasa cukup dengan keduanya. Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah berkata,”Sekiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang maka aku rasa akulah yang seorang itu”. Dia merasakan dialah yang paling banyak dosa sebab itu dia sangat merendahkan diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum di belakangnya dan dibawa ke rumah seorang janda bersama anak-anaknya yang ketiadaan makanan. Khadamnya meminta agar dialah yang menanggung guni
gandum itu lantas dijawab Sayidina Umar.”Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti”.

Kesombongan manusia hari ini jarang dimuktamarkan sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang bahaya ini jika dibiarkan melanda dunia tanpa usaha untuk mengubatinya maka akan ranplah dunia ini nanti dikerjakan oleh manusia yang sudah mengikut telunjuk dan sikap Iblis itu. Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita bahkan bila-bila masa Allah boleh miskinkan kita jika Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah, bila terbuat perangai sombong segeralah bertaubat jangan sampai Allah murka. Namrud yang kononnya hendak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus ke
kepala bermain-main di dalam otaknya itupun tewas terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku dirinya Tuhan maka Allah belah lautan tenggelamlah ia mati dek air jadi bangkai yang tercampak.

Apalah dibanggakan kehebatan kita itu, dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi di akhirat……..jatuh neraka hidup menderita. Kitakan dari setitis mani, air mani itu kan hina? kalau jatuh ke air itik pun tidak sudu di daratan ayam pun tak patuk. Maka kalau kita mahu sedar diuntung patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia, hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri:”Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selau menyusahkan orang. Bila-bila masa Allah boleh buangkan engkau ke dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahannam”. Dan selawatlah pada Nabi sebanyak
mungkin setiap masa sebagai ubat untuk melembutkan hati.

“Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku…..ampunkanlah dosaku bahawa sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa
besar”



copy & paste dari Ustazah Sawiah Hasan

LALAINYA AKU


Seringkali kita..
Terlalai dengan kecintaan dunia, keindahan dan kerlipan hiasannya...
Nafsu menarik dan cintaku pada dunia berputik-putik. Ahh memang berapa kali tersedar..
dan berapa kali pula tersasar?

Memang tidak salah kerana normalnya kita manusia cintakan wanita, anak-anak, kenderaan, harta dan lain-lainnya. Yang menjadi salahnya kita terlalu dalam kecintaan kita pada semua harta dunia.. hingga waktu amal ibadah kita di sampingkan. Adakah kita hambaNYA.. atau cuma hamba dunia?

Dalam pekerjaan adakah kita juga berpegang teguh dengan Islam?

Bertangguh selalu dalam hal Allah. Ada saja alasan kita. Dan berapa banyak masa dihabiskan untuk dunia
Berapa kali pula kita tidak mengingatiNYA dalam urusan harian.



MUTIARA CINTA

Cinta bak mutiara
Bermulamu dari maya fana
Terus menyinggah ke mata
Jatuh ke hati lalu berbunga

Setianya cinta itu
Cuma pada yang Satu
Andai curang dalam cinta
Terpudarlah warna setia
Tersanggahlah rasa olehNYA


Norlidar
21.09.2012
12.30 a.m.

Thursday 20 September 2012

SAAT INI HUJAN LAGI

Hadirmu
merintis pagiku ini
aku masih terpaku
bersama sendu tadi malam

kuintai juntaian itu
merintih satu persatu
tiada derunya
setenang rasa hatiku

lalu, di kekisi ini
pagi ini....
engkau bukan hanya pendingin
tapi adalah kiriman anugerah Rahmat
menyegar kasih di hujung waktu


"Saat Ini Hujan Lagi"... Hadirmu terbatas, jua di hujung waktu...


Norlidar
19.9.2012
7.20am


CINTA SEPEDA



Biarlah cinta datangnya melambai damai
Bukan dijual atau beli tunai
Biarlah cinta dirai
Bukan diragui

Bukan kukejar kejora
Perluku cuma yang sederhana

Biarlah cinta gemersik berbisik
Bukan yang merepek
Biarlah direstu keluarga
Bukan yang mengundang nestapa

Bukan kukejar Dato' atau Tan Sri
Cukup bagiku walau yang hanya punya sepeda
Asalkan hatiku bahagia...
Asalkan menurut redhaNYA

"Cinta Sepeda" Cinta pada manusia, biarlah sederhana...


Norlidar
17.09.2012
8.00am



Monday 17 September 2012

MUSAFIR TIBA

Ketibaan musafir yang baru berlabuh
Mengintai rembulan yang tersipu
Di balik kelamnya angin malam
Pun tiada sambutan...
Air laut yang surut
Tak pernah membantu

Kegelisahan musafir
Menganyam hasrat yang terpendam
Merakam rembulan
Di lilit bintang seribu
Para belia meriah bernyanyian
Enggan tidur, mata tak mahu terpejam

Norlidar
17.09.2012  2.25 a.m.
Port Dickson
http://monolograsahatiku.blogspot.com/2012/09/musafir-tiba.html







Friday 14 September 2012

ALLAH ALLAH ALLAH


Ya Allah
Pimpinlah hatiku ini
Yang kadang tertinggal entah di mana
Yang terpalit entah debu-debu apa..

Ya Allah
Genggamlah
Rautlah
Seretlah hatiku ini

Ya Allah
Andai perlu
Biarlah luka parah
Usah hatiku terbiar dijajah

Ya Rabbi
Tak mampuku berbuat apa
Diri ini milikMu
Ku rayu kekuatanMu

Ya Rabbi
Andai perlu
Hiris teruslah hatiku
Mungkin itu yang terbaik untuk hambaMu...




Wednesday 12 September 2012

PERUTUSAN BUAT ISTERI


Assalamualaikum....
Kepangkuan isteri yang dikasihi,
Sempena Hari Lebaran yang mulia ini, abang mengambil peluang untuk memohon maaf atas segala kesilapan, kekurangan, kekhilafan, ketidakadilan, ketidakpuasan hati, kelemahan dalam membimbing dan membentuk dirimu dan keluarga.... jua segala yang menyebabkan keterbukuan di hatimu. Semoga redhamu sebagai isteri, memudahkan keredhaan Allah bagi diri yang dhoif dan serba kekurangan ini.

Di hari yang mulia ini jua, abang berharap, dirimu tetap teguh, sabar dan sentiasa bertakwa dalam menjalani hidup yang sementara ini. Ingatlah... hidup kita ini sekadar jambatan menuju akhirat... hanya kehidupan yang sementara, dan akhirat jualah yang kekal abadi. Segala perbuatan kita walau sebesar zarah tetap akan dihisab diakhirat kelak. Semoga kesempatan umur yang masih bersisa ini, kita gunakan dengan sebaiknya dalam mencari ampunan Allah dan keredhaan Ilahi jua, agar terselamat kita dari azab akhirat serta dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Dalam serba kelemahan dan kedhaifan, abang cuba membawa keluarga kita menghampiri kehidupan baginda nabi semampu mungkin, dalam membawa agama sebagai cara hidup, walau tiada upaya dalam ertikata sebenar, namun andai dapat sipi-sipi atau mirip-mirip dengan cara baginda nabi, mengikut lunas Quran dan Hadis, kita cubalah sedaya mungkin dalam mengharapkan limpah rahmat Allah. Sememangnya cabaran hidup dalam membawa lunas agama teramat berat, ketika umat hari ini hidup tanpa memberatkan agama. Biarlah kita terus mujahadah dalam beragama seadanya.

Semoga dirimu jua sentiasa meningkatkan pengetahuan agama terutama dengan merujuk tafsiran Quran dan hadis, sebagai penyuluh hidup kita, dalam menelusuri perjalanan hidup di dunia yang fana ini.

Besarlah jua harapan abang, agar dirimu dapat menyemai jua didikan dan akhlak serta adab agama serba sedikit dalam jiwa anak-anak, agar mereka bisa dibentuk menjadi insan yang soleh/solehah di hari muka. Sesungguhnya, kita berusaha dengan izin dan gerak dari Allah jua...dan Allah jua yang menentukan segalanya.

Semoga dirimu sentiasa menanamkan sikap syukur dalam jiwa, atas apa yang ditakdirkan Allah dalam perjalanan hidup kita. Ingatlah pesanan Allah dalam al-quran, barangsiapa yang bersyukur, akan Aku tambahkan nikmatnya, dan barangsiapa yang kufur, maka azabku amat pedih. Ingatlah isteriku, nikmat Allah yang paling besar adalah nikmat iman...nikmat kefahaman agama... Dan tanamlah keredhaan dalam setiap ketentuan qada qadar Allah...agar redha Allah mengiringi keredhaan kita ke atas segala takdirNya.

Semoga taufik hidayah Allah sentiasa mengiringi kehidupan kita...dan sentiasalah harap kepada Allah akan rahmatNya...dan takutlah kepada Allah dari murkaNya...
Semoga kita akan dipertemukan semula di akhirat kelak di tempat yang sejahtera dalam lindungan dan rahmat Allah setelah kita terpisah sementara di dunia yang fana ini apabila kita dipanggil pulang mengadap Ilahi setelah sampai ketika tamatnya kita berada di dunia ini.

Akhir kata, sekali lagi abang pohon kemaafan atas segala salah silap abang dari apa segi sekalipun, semoga dirimu sentiasa memaafkan abang dan redha terhadap abang, agar keampunan Allah dan keredhaan Ilahi jua mengiringi abang dalam perjalanan menuju akhirat yang kekal abadi.

Kemaafan, keampunan dan keredhaan abang jua sentiasa mengiringimu dalam perjalanan menuju akhirat. Agar dirimu sentiasa dalam ampun dan redha Ilahi...dan dipermudahkan dalam kehidupan akhirat bersama golongan orang-orang yang beriman. Semoga kita tetap bersama di akhirat kelak dalam kehidupan yang sejahtera dalam rahmat Allah.

Penuhilah hari mendatang dengan ketakwaan kepada Allah, dengan memupuk keampuhan iman, walau tiada sirna diluar, namun mampat di jiwa. Hiasilah sisa-sisa usia yang masih ada, yang entah esok lusa bernoktah nafasnya, dengan membetulkan iman, menambahkan amal, membentuk takwa, mengikis mazmumah dan memupuk mahmudah dalam jiwa kita.

Ingatlah, dalam bergembira menyambut hari raya...jangan lupa kepada Allah....kerana hidup kita, adalah untuk beribadat kepadaNya...dan hidup kita...adalah denganNya jua, yang menggerakkan kita...yg mentakdirkan segalanya buat kita.

Allahu Akbar..Allahu Akbar ...Allahu Akbar.... Allahu Akbar... walillahilham.


Perutusan hari raya dari seorang sahabat buat isterinya, yang sudi dikongsikan buat tatapan dan renungan bersama dengan sahabat yang sudi...
*****************************************************
Alhamdulillah saya kongsikan di sini dengan keizinan hamba Allah tersebut.


Norlidar 11.09.2012


SUBUH INI

Di subuh hening ini
Yang indah beningnya tiada dua
Kami di sini menadah seluruh hati kami
Cuba membuka semua ruang jendela jiwa
Yang lagi sarat muatan pedih
Yang lagi perih luka merintih

Ya Ilahi Rabbi
Kami ini datang dalam rangkak hati lesu
Menadah kurniaan kuatMU
Menadah keberkatan rezeki dariMU
Menagih segala ampunan dariMU
Moga terampun segala dosa

Ya Ilahi Rabbi
Kami di sini ingin merayu cintaMU
Buat jiwaku kelam mendung
Buat hatiku yang sering lara
Biar penuh pasrah
Biar penuh redha

Amin, amin, amin ya Allah


Norlidar

Saturday 8 September 2012

CINTA KITA

Ada kasih datang melirih
Ada sayang siap berkembang
Ada cinta tersipu rasa
Adakah rindu akan berlalu

Di sini...
Aku termangu
Apa adanya aku
Di balik badai yang berlalu
Tiap sujudku pilu
Mengharap hanya padaMU
Menyulam doa buat semua
Buat bonda juga ayahanda
Berbahagialah...
Berbahagialah yang beroleh cintaNYA

Norlidar
08.09.2012



Friday 7 September 2012

A SECRET: A BABY IS IMMACULATE by Suhaimi Haji Muhammad


See, how HE created Adam
the father of man from a dust
created the children of man
from the essence of his sperm
processed it into a clot of blood,
bones, veins hair and skin
He perfected man's creation
blew the spirit into his body
see, how He created man
how He
sent oxygen into the flesh
sent the perfect melodic voice
to make the silent tongue sing
and how He spread brilliant light
into the heart

A baby is born of a meeting of desires
driven by urges spiritual and physical
outside of himself
he is valid in his being
he is immaculate
free of all sin and merit
he is pure by himself
unentitled to sin or merit
in this world filled with pain and peace
he is pure for he does not yet understand
he is pure for he does not understand

this poem was written by:
Suhaimi Haji Muhammad
from his work "At Tariq" that won the S.E.A Write Award

Thursday 6 September 2012

BAYANG

Pergilah
Tak usah kau datang
Dirimu tak kuundang
Takkan kuraikan

Pergilah...
Tak inginku memandang
Bukan kubenci kerana putih hitammu
Tak mahu kutahu liku hidupmu
Hidupmu tak keruan

Biarlah aku di tengah mentari
Yang kunantikan cahaya terang
Biarpun kauada
Tapi ku takkan buka mata
Tak mahu kupercaya
Biarpun seulas kata

Pergilah
Sudah ku lepaskan
Jangan kaudatang
Bukan kerana kesumat
Aku hanya beringat
Tak mahu kulihat
Walau hanya bayangmu



05.09.2012
10.35pm

Wednesday 5 September 2012

US - ME & MYSELF


I want to know why you're letting this die...
Without the blink of an eye
You say that you need time... I say you'll be fine...
If you would only see... like you did before that you became imprisoned
Can I reopen the door?

You say it doesn't matter, then tell me what does matter
And why that isn't... what you've been thinking of
You say it's never easy... then tell me what was
Is it never worth the pain but could you believe it was
When life keeps living... that's what God keeps giving
To us...

Once we were one mind, drifting in one time
And ever true, we were friends...
But something is gone from it, picture of this life
If we could only see, like we did before
We became imprisoned
Can I reopen the door?

The hope has vanished from your eyes
You were my faith and one truth
There's every reason to get through
And you're why... I know there's a reason
Us...



Norlidar
04.09.2012


Tuesday 4 September 2012

USAH DITANGGISI

Usah ditanggisi
Pada yang telah pergi
Atau cinta yang tidak dihargai
Simpati hanya melemahkan semangat
Selalulah ingat

Senyumlah kasih
Saat diri dicubai
Saat hati merintih
Saat menjaring rindu di angin lalu

Usah gundah
Tetaplah ramah
Usah hilang arah
Cari tenang bersama-Nya
Usah dikejar cinta manusia
Jangan di mimpi perhargaan di dunia


Norlidar
03.09.2012
4.00am

Monday 3 September 2012

MENANTI


Cinta
Entah bila datangnya ke mari
Aku menunggu sedia
Dengan setia
Walau kabus depan mata
Hanya meneka dalam kesamaran

Datangnya sukar dimengerti
Bertapak pada hati
Membara seluruh diri
Aku
Dan rindu pun menanti

Hujung pena
Tepinya noktah...



Norlidar
02.09.2012
2.43pm