Tuesday 30 October 2012

SEHARI DI PORT DICKSON

Sehari di Port Dickson - 17.09.2012


12.23AM


12.30AM
Masa ni dah relax. Yang risau tu masa Nazrul pergi surau di seberang jalan sana. Lama jugak dia pergi solat tu. Bila dah 45min pergi, mula terfikir apasallah tak ikut je tadi kan... hmmm walaupun suraunya agak dekat, dengar azan dengan jelas tapi kalau nak pergi cari malam gelap ni... haih takut jugak nak keluar seorang diri..hmmm takpe, sabar ya tunggu dulu....
6.41AM


Lepas subuh, apalah 2 orang adik-beradik ni bualkan di tepi pantai tu...:)


Perubahan cahaya, selepas subuh...:)

tempat duduk tepi pantai telah diambil alih oleh jiran sebelah..

Alhamdulillah dia pi merokok jauh sikit ^_^

bertambah cerah..

Bercuti tak perlu perbelanjaan besar.. Tol dari Sg Besi Tol ke Port Dickson cuma RM7.70 je. Sebenarnya Nazrul yang beria sangat nak berkhemah ni. Maklumlah sejak balik dari Terengganu tempohari. Terujanya dia, terus beli khemah tu. Maka sampailah hajat nak merasmikan khemah...:)

jiran sebelah dan atuknya.. Ingatkan malam tu ada apa hal, tiba-tiba jiran sebelah beri salam pada Nazrul. "Abang tolong tengok-tengokkan atuk saya ya. Saya nak keluar menjala". Nazrul terus jawab, "OK insyaAllah. Hmmm malam kan, gelap kesian Nazrul baru umur 24thn jiran sebelah panggil abang. Tak pelah, tanda hormat dan lebih mesra... Dia pun memang sporting je...:)

7.07 AM

tibalah saat utk berkemas untuk bertukar lokasi..
Mula gerak ke Teluk Kemang...:)
Sarapan apa ya??..:)
Selamat tinggal kawasan perkhemahan..

Nak cari sarapan..
Hero - Nazrul pun dah set khemah...:)

Awal pagi dah mula ada pengunjung..


Monday 29 October 2012

KAU TIADA DI SINI

Dari sudut hatiku ini
Rasanya terkadang tak bisa kaumengerti
Namun tiada layunya harapmu
Yang kauambil hanyalah yang terbaik
Walau yang tercalit untuk kita kelam warna

Dari sudut hatiku ini
Bersenandung lagu tak berirama
Terpanjangkan doa yang mendeburkan airmata
Yang kutahu hanya hatiku saja... tatkala merindumu
Telah kurendam rasa bersama doa-doa

Dari sudut hatiku ini
Yang terlihat di mata hanya kamu
Dalam jagaku, terlihat bayanganmu
Walau dalam lena, mimpi enggan hadir
Dalam hati riuhnya memanggilmu

Dari sudut hatiku ini
Rasa itu enggan mencair
Tak melarut tinta ukir
Kosakataku telahpun kau bawa
Saat akhir kulihat kau di sini...


BERDOALAH



Jika BELUM HALAL untuk disentuh dengan tangan, 
sentuhlah HATINYA dengan DOA..

Doa adalah hadiah terindah untuk saudaramu, 
berdoalah untuk kebaikannya 
sebagaimana doa itu untuk dirimu sendiri...








Wednesday 24 October 2012

SUMBANGAN KITA???

Selalu kita merasakan kita terlalu kekurangan, kesempitan, terlalu kesian.
Benarkah kita ini terlalu malang????

Hmmmmm janganlah begitu.. Cuba kita bayangkan pula apa yang anda dapat rasakan melalui gambar ini


~ Akane Ito, sobbing girl in Japan tsunami picture that moved the world.~

atau bagaimana sukarnya hidup anak-anak ini..


http://www.msnbc.msn.com/id/46400966/ns/world_news-africa/t/children-malnourished-global-report-says/#.UIewKMXA-y0

Bacalah,, 1 dari 4 orang anak kekurangan zat makanan..

mereka adalah anak-anak di negara yang lebih malang dari kita semua..
perlu berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan makanan

sedangkan anak-anak kita tidur dalam kekenyangan..

SOALANNYA.

Apa sumbangan kita kepada sesama insan yang memerlukan?

Adakah kita bersedekah hanya ketika senang & "lapang rezeki" saja..

Kalau kita berniat melakukan sebarang kebaikan, tak perlulah tunggu untuk menyumbang ratusan atau jutaan RM..

Gunakanlah teknologi masakini untuk melakukan kebaikan. Transfer sajalah sedekah anda ke mana-mana akaun bank pusat kebajikan atau pusat jagaan anak2 terbiar atau anak-anak yatim.

Mulakanlah dengan sedikit dulu.. kita harus bermula..
Bismillah...:)



Hidung vs belalai..

Mia mula cari fail kotaknya..hasil kerja seni di tadika..


Mia : nek, tgk ni mia buat..:)
Nek su : eh apa ni? Cantiknya, mia buat sendiri ke?
Mia : cuma angguk kepala senyum lebar..
Mia : ya, cikgu tolong..
Nek su : ohh pandainya mia & cikgu buat gajah..hehe senyum lebar..

Mia : Nek, nek sambil menepuk bahu nek su..
Nek su : Ya mia.. hehe
Mia : Ni hidung gajah..
Nek su : eh itu belalai gajah..
Mia : taklahh.. hidung..
Nek su : senyum ajelah..

20.10.2012

Tuesday 23 October 2012

NILAI SEPINGGAN NASI

Berapa harga sepinggan nasi di tempat anda?
Mungkin nasi kosong begini cuma RM2.00 saja di Kuala Lumpur.

Tapi cuba kita bayangkan dan hayati perit getirnya seorang pesawah padi yang menanam padi, pastilah dia menilai sepinggan nasi yang kita beli dengan nilai yang berlainan.

Pesawah harus melalui jerih payah yang bukan sedikit, tak semudah kita membeli sepinggan nasi di kedai-kedai makan.

Kita yang tak melalui semua pengalaman seorang penanam padi, bagaimanapun cukuplah untuk membayangkan meskipun tak sama. Teriknya dipanah matahari di tengah sawah padi dari mulanya proses penanaman sehingga hasilnya dituai (Kita pula selalu hanya tahu membeli, memasak & adakalanya membazirkan)

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=50&idskandungan=224&mtopic=6

Kalau kita punya hati dan pengertian yang mendalam
1. seharusnya dalam hidup ini akan tiada pembaziran makanan walaupun hanya sebutir nasi kerana kita tahu ramai saudara-saudara Muslim di negara lain yang tidak mampu seperti kita ini yang mewah dengan makanan, kemudahan dan pembaziran-pembaziran yang kita lakukan setiap hari.

2. seharusnya mudah kita bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan.

3. seharusnya kita lebih bersyukur dengan apa saja makanan yang terhidang untuk kita

4. seharusnya kita tidak terlalu mudah mentafsirkan seseorang dengan mudah. Apalagi memandang rendah kepada seseorang.

5. Pilihlah hidup serba sederhana dan kurangkan pergaulan yang tidak perlu.



BERSYUKURKAH KITA?


Adakalanya, Kita masih belum cukup ingat untuk bersyukur..

Di saat kita menikmati hidangan, masih terlalu ramai yg menahan diri dari rasa lapar..
sedangkan kita masih berpeluang dan sibuk memikirkan.. "Apa kita nak makan tengahari/malam ini"

Pernahkah kita cuba menghayati betapa susahnya hidup seorang petani untuk menghasilkan hasil tuai yang baik seterusnya menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya yang lain..

Sedangkan kita dengan mudah.. menaiki kenderaan, ke supermarket lalu membeli seberapa ikut rasa..

Itupun adakalanya kita masih bazirkan.. memilih-milih sayur apa & masakan bagaimana yg memikat selera kita..




Monday 22 October 2012

PILIHLAH KAWAN YANG BERHARGA

Berhati-hatilah...
Usah terlalu hanyut dengan urusan orang lain yang tidak membawa sebarang kebaikan untuk perkembangan diri dan sahsiah.






LIFE and your BAGGAGE



After sometimes, in a long journey..
We will realized that we have baggage that we carry around..



Because throughout the journey of an adult, we comes to experience and have had a lot of challenges time and situations in our life..

yes, what we should do is just keep in moving on..

it would be wonderful if we can be like kids...
They are so energetic, curios to explore and yet if fails they just want to try more and more..


LOVE LOVES LOVE


LOVES LIVE FOREVER..
Till the moon don't shine
Till the earth burst to a million pieces
I will be here and you all will be there ever
If God loves us to be together HE would create a way to make us all meet in heaven...

Hope we will meet in a good time in a good place (no matter what situations it is.. it is still GOOD...)
as our love will still last till the end...
We will meet up with the person we love in GOD loves
InsyaAllah..

Thursday 18 October 2012

HARUMMU


~Kaulah nadi yang dititipkan Ilahi
~Buat memastikan perjuanganku terus teguh berdiri
~Kaulah cahaya yang dikurniakanNya
~Buat menerangi hidupku setiap masa
~Kaulah hadiah berharga dari Yang Esa
~Yang hadirmu membawa bahagia
~Kaulah cintaku belahan jiwa
~Pimpinlah aku hingga ke syurga…



http://adminskss.blogspot.com/

Tuesday 16 October 2012

IT IS JUST ME


Just Because I’m quiet it doesn’t mean I don’t have a lot to say
Just Because I appear happy doesn’t mean everything’s ok
Just Because I forgive doesn’t mean I forget
Just Because I don’t listen to you doesn’t mean I don’t care
Just Because I don’t show my feelings doesn’t mean I don’t have any
Just Because I don’t say I love you doesn’t mean I don’t





Honestly, most of the time I am the person who is laughing in pain and smile when i cry.
With no one around me just in a corner of my heart. 
Silently. I say, "what is there to think of when my time is more valuable if I read more books. Book never harm or hurt me".

Love

Norlidar
16.09.2012
10.30am


Saturday 13 October 2012

CINTA

Cinta itu bukan hanya antara lelaki dan wanita
Cinta memang wujud antara kita semua
Kerana rasa yang ada
Di saat tertentu berlapang dada untuk beralah
Tak kira berapa parah
Sangguplah rasa untuk berkorban
Bukan semua impian perlu ditongkah
Duduk diam tak bererti putus harap
Selagi nafas dihela
Tetap ada
Masih ada kurniaanNYA



Friday 12 October 2012

RINDUKU


Teman...
Di pesisiran rinduku ini...
Langkahku kian menerawang

Menghunjam ke sudut hatiku
Rasa senduku teranyam indah
Menanti saat musafirku

Jiwaku kian resah
Membujuk hatiku mencari erti
Di dunia ini kelam sudah

Akan tersisakah harapan yang semu
Mencari makna insani
Kucermin bayangan diri
Hilang sudah pakaian nan indah

Manakah diriku kini
Kucari hilang punah
Bertemumu yang kurindu
Pasti lebih indah

norlidar
12.10.2012
9.45am


Tuesday 9 October 2012

DOA 2

Ya Arhamarahimin
sejahterakanlah untuk kami... Ya Allah
semoga kami sihat dan bahagia
semoga kami bebas dari kemarahan dan kebencian
semoga kami bebas daripada kemiskinan jiwa dan raga
semoga kami bebas daripada penderitaan jasmani dan rohani
semoga kami dapat mempertahankan kebahagiaan sendiri

Wahai Allah ...
yang maha membuka 
ajarlah kami yang lemah untuk melihat jalan keluar dari semua masalah
bukalah hijab kami
yang tak mampu melihat kebaikan pada peristiwa
jangan tutup untuk kami pintu kebaikan
yang selayaknya kami dapat
sekiranya engkau menghendaki sesuatu tertutup
betapa apa pun segala kekuatan
bersatu untuk membukannya
pasti tidak ada yang akan membukanya
kecuali dengan kekuasaan-Mu ya Allah.
kami berdiri di gerbang-Mu
mengetuk pintu-Mu bertalu-talu Ya Rabb

Ya Fattah... Ya Fattah...Ya Fattah...
buka pintu hijab kami Ya Fattah
kami berharap redha dan kasih-Mu
kami mengharapkan dibukakan pintu rahmatMu seluas-luasnya
maka kami menzikirkan asma-Mu
bukalah segala kebaikan untuk kami

dengan nama-Mu Ya allah
Al Fattah wahai zat yang maha pembuka
kami berharap terbukalah semua pintu berkah
Ya Rahman ya Tuhanku
meskipun aku belum cukup sempat
mengucapkan kesyukuran atas segala nikmatmu untukku

Aku redha
dan aku ikhlas Ya Allah
Ya Allah kini aku mengetuk lagi
menyampaikan hasrat dan hajatku 

Dan lagi
aku memohon agar Engkau Ya Allah 
tetap sudi mendengarnya kerana sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mendengar
Ya allah Ya Rahman Ya Wahab...
Engkau peruntukkan kecukupan untukku dan saudara-saudaraku
Ya Ghaniy...
Yang Maha Kaya dan Lengkap
Kau kurniakanlah ke dalam hati-hati kami
akan Nur Muhammad
kekasih-Mu

Agar kelak cahaya ini
menjadi pelita untuk kami menuju Nur-Mu
Ya Razzaq yang maha pemberi rezeki
Engkau limpahkan rezeki-Mu
yang berkah
buatku dan saudara-saudaraku
agar kami dapat meneruskan
sedekah amal jariah
terhadap yang memerlukan 

Agar kami dapat limpahkan
kurnia kekayaan zahir & batin
yang kau amanahkan
agar kami jauh dari kefakiran
jauh dari kemiskinan
yang boleh membawa kami kepada kekufuran
agar kami dapat
meneruskan hidup kami dalam kelapangan
dan kesenangan
yang membawakan jiwa kami
kepada kemakmuran
agar kami berjaya menguasai diri
untuk berjaya sebagai hamba-Mu dunia dan akhirat

Ya Rashid...
Yang memimpin kepada kebenaran
Jika ada antara kami ini jauh dari-Mu
mohon Ya Allah 
dekatkanlah kami kembali 
serta bangkitkanlah semula 
rindu asmara kami terhadap-Mu
sesungguhnya Engkau maha dekat
Engkau hampir pada setiap dari kami,
sesungguhnya kami ini 
sering lalai Ya Allah
dekatkanlah kami pada-Mu Ya Allah

Mohon Engkau celikkan hati dan nurani kami 
dengan ilmu yang bermanafaat
ringankan usaha dan iktiar kami
limpahkan kami cahaya ilmu Ya Allah
aku yang masih fakir Ya Allah 
ampunkan aku Ya Allah

Ya Allah lapangkanlah dada kami 
serta lupakanlah pada sengsara kami
selamatkanlah keluarga kami 
serta berilah penyeri 
dalam ikatan pertalian yang dibina oleh kami

Ya Allah selamatkan perjalananku
dan seluruh umat Muhamad SAW
selamatkanlah kami 
ketika kami melaksanakan tugasan hidup kami
pada setiap hari-hari kami
anugerahkan kami kekayaan 
kemakmuran dan kuasa 
yang mencukupi 
dalam bentuk masa, kekuatan dan harta
agar bebanan yang terpikul menjadi ringan dan mudah
agar segala janji ditunaikan
dan segala ibadat mendapat redha-Mu Ya Allah

Ya allah sekiranya ada 
yang tertinggal kata-kata dalam doa ku ini
Kau tahu apa terkandung di dalam isihatiku jua
ampunkan segala dosa-dosa besar 
dan dosa-dosa kecilku terhadap-Mu Ya Allah
dan kepada kedua ibu-bapa kami, 
isteri, anak-anak, saudara-saudara, 
sahabat handai dan semua yang mengenaliku
erta seluruh umat Muhammad 
sama ada yang masih hidup 
atau telah kembali ke rahmatullah. 

Ampunkan aku Ya Allah 
kerana terlalu banyak yang aku meminta-minta 
kerana sesungguhnya pergantunganku
ibadatku 
solatku 
hidup dan matiku 
hanya pada-Mu Ya Allah
Jika doa hambamu ini 
tak diperkenankan oleh-Mu ya Allah
aku tetap redha 
dan aku akan terus 
memohon pada-Mu Ya Allah

Ya Allah...
Tolonglah aku 
dalam menjalankan agama
yang merupakan pelindung segala urusanku.
perelokkanlah urusan duniaku 
yang merupakan tempat aku mencari kehidupan.
elokkanlah urusan akhiratku 
yang merupakan tempat aku kembali.
jadikanlah kehidupanku ini 
sebagai tambahan segala kebaikan bagiku 
dan jadikanlah kematianku 
sebagai ketenangan bagiku
dari segala kejahatan.



Aamin Allahuma Aamiin




Monday 8 October 2012

CINTA DAN JODOH


Teman...

Ada ketikanya hati kita melara kerana ditinggalkan cinta. Betapa hebat pun rasa cinta kita kepadanya, belum tentu rasa itu akan dibalas sebagaimana yang kita harapkan. Di sinilah mula timbulnya keperitan rasa.

Bagaimana bermula, berapa lama, apa yang telah dikorbankan, di mana antara anda dan dia bermula. Itu telahpun berlalu. Jika tiada jodoh langsung ataupun jodoh terhenti di peringkat mana sekalipun.

Percayalah, sesungguhnya itulah kebaikan kurnia dari Allah.

Biarpun saat ini, mungkin anda rasa anda memang sepatutnya terus bahagia dan bersama si dia hingga hujung nyawa.

Tapi takdir Allah mengatasi segala yang makhluknya rancang, ingin ataupun dambakan..

Belajarlah untuk melepaskan dan terima hakikat yang anda berdua telahpun terpisah untuk kebaikan.

Biarkanlah dia berbahagia di mana saja si dia berada sekarang.

Relakanlah si dia berbahagia dengan caranya.

InsyaAllah, kebahagiaan anda akan menyusul tiba... di saat yang DIA telah tetapkan..