Monday 25 February 2013

SIFAT DAN TABIAT DUNIA



SIFAT DAN TABIAT DUNIA...

1. Bila seseorang itu buru dunia, menyebabkan ia sibuk. Akal fikiran dan fizikalnya sibuk, lalu jiwa   dan hatinya juga turut sibuk dan menjadi tidak tenang.

2. Apabila dunia telah didapat, menjadikan dunia pula jadi susah (sibuk). Bila dunia yang dimilikinya cacat(dicacatkan oleh orang), maka hatinya cacat, lalu hati menjadi keluh kesah, timbul pula dendam, dengki, khianat dan lain-lain.

3. Dunia boleh musnah dan tidak kekal.

4. Dunia mengecewakan kita, samaada dapat atau tidak. Dapat pun kecewa, kerana tidak boleh menjadi ubah mazmunah, bahkan bertambah mazmumah (penyakit hati), lebih-lebih lagi tidak dapat akan dunia. Contohnya : Dapat Isteri cantik, belum tentu isteri cantik bawa bahagia. Ada harta banyak, bimbang dicuri atau hilang dan lain-lain.

5. Bila dunia ada pada kita, orang lain akan hasad dengki. Bila ada orang mendengki kita, kita pula jadi susah. Tapi kalau (amal ibadah banyak, tiada orang dengki)

6. Dunia menjadi rebuatan, lalu menjadi punca pergaduhan dan krisis.

7. Kerana dunia, orang berlumba-lumba mengejarnya. Menjadikan seseorang itu sentiasa tegang fikirannya dan hatinya.

8. Dunia menjadikan seseorang itu sentiasa bimbang dan takut, kalau-kalau ia hilang atau dicuri orang.

9. Orang yang tidak ada dunia,tapi jika ia cintakan pula dunia, ia akan rasa rendah diri dan hina.

10. Dunia melahirkan rasa sombong dalam diri manusia.

11. Dengan dunia orang tidak pernah rasa cukup (tidak pernah puas).

12. Dunia selalu melalaikan. Jarang dunia mendorong kita mengingat dan mendekati ALLAH.

13. Dunia menyebabkan orang malas belajar. (belajar untuk mengenal agama, malah melupakan agama).

14. Dunia memisahkan sesama manusia.

15. Kerana dunia (pangkat atau kuasa), orang hormati kerana takut bukan sayang atau kerana kemuliaan akhlak. Kebiasaanya orang dihormati kerana harta yang dimiliki/kuasa malah latar belakangnya yang ternyata dunia.

16. Orang ada dunia, bila terlucut dunia daripadanya, ia akan dihina atau hilang harga diri.

17. Orang yang biasa ada dunia, ia lebih dimulia (zahirnya) daripada orang yang tidak tahu apa-apa.

18. Lumrah atau kebiasaan dunia itu dimiliki oleh orang jahat, biasanya dunia merubah seseoranh menjadi jahat setelah mendapatkan dunia.

19. Bila mati,dunia tidak dibawa ke akhirat

20. Dunia adalah pusaka Fir'aun, Qarun, Haman, dan orang-orang yang menderhakai ALLAH.

Demikianlah tabiat dunia yang hanya menipu daya dan sebagai gurau senda. Gurau senda yang manusia tiada sedar ketika memilihnya.. "tidak akan berkumpul dua cinta dalam satu hati, iaitu cinta dunia dan cinta ALLAH" .. Semua kesenangan dunia itu akan lenyap tanpa bekas manakala seseorang dicelupkan ke dalam neraka. Na’udzu billahi min dzalik.... 


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Kelak pada hari kiamat akan didatangkan orang yang paling senang hidupnya di dunia dari kalangan penghuni neraka. Kemudian ia dicelupkan ke neraka sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesenangan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah wahai Rabb-ku.’ Lalu didatangkan orang yang paling sengsara hidupnya di dunia dari kalangan penghuni syurga. Kemudian ia dicelupkan ke syurga sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesusahan atau penderitaan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah, aku tidak pernah merasakan kesusahan atau penderitaan sedikitpun.’”
(HR. Muslim).


Friday 22 February 2013

HARGAILAH MASA DAN TERUSKANLAH USAHA


Usah berputus asa, hargailah masa yang kita ada sekarang

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"

(surah Ali 'Imran : 139)




yang dibanggakan di dunia adalah tempat yang mempunyai penerangan...


tekunlah dalam apa saja pekerjaan anda dengan benar. Usahlah kita berpangku tangan kerana bosan, malas dan tunduk kepada kelalaian.


Bangkitlah perkemaskan diri, persekitaran. Tunaikanlah tugas anda, dirikan solat, bacalah Al-Quran dan buku-buku yang berfaedah atau kaset/multimedia yang membawa kepada kebaikan dan pengetahuan.


Jika bertemu sahabat, berbincanglah mengenai hal-hal yang mendekatkan diri kita kepada Allah.

 

BERSYUKUR DAN REDHA


"..bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu."
(Surah Yusuf ayat 18)

~SERAHKANLAH ORANG YANG ZALIM KE MAHKAMAH AKHIRAT YANG PADANYA TIADA HAKIM SELAIN ALLAH~

Bersyukur dan redha dengan apa saja pemberian Allah samada baik mahupun kurang anda gemari.

Cukuplah hanya dengan sepotong roti dan air sejuk pembasah dahaga setelah anda zikrullah.

Andai diri masih mampu memiliki/melakukan perkara di atas anda harus bersyukur kerana boleh dan mampu meraih dan merasakan kebahagiaan.

Teruskanlah beribadah mengingati Allah setiap detik dalam anda melakukan aktiviti seharian.
Usah beri alasan.

Usah jadikan kekurangan hidup anda sebagai alasan untuk tidak berterima kasih kepada-NYA

Tiada apa yang dapat dibanggakan untuk dibawa mati selain amal kebaikan di dunia dalam membawa maksud hamba kepada-NYA

Wednesday 20 February 2013

LANGKAH PERTAMA


Duhai anakanda tercinta
langkahkanlah kakimu
mulakanlah sekarang permata bonda
telah bonda bisikkan taawuz
dengarkanlah ia dari kuping telingamu
dari situ anakandaku
bawalah ia ke seluruh relung qalbumu

usahlah kamu bimbang sayang
kamu belahan hati bonda
pastiku sambut dengan kasih mesra
biarpun memerah pipimu
seusai kaukalah
dalam langkah pertama..


Wednesday 13 February 2013

CERITA YANG INDAH


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda manis

ujian yang cukup untuk membuat anda kuat

kesedihan yang cukup untuk memastikan anda berperikemanusian

cukup berharap pada yang Esa untuk membuat anda bahagia


Saturday 9 February 2013

HARI LAHIR


apalah ertinya hari lahir...
jika yang kupersiapkan adalah bekal untk kematianku

Friday 8 February 2013

RIVER OF LOVE 1


If you are seeking closeness to the Beloved,
love everyone.

whether in their presence or absence,
see only their good.

if you want to be as clear and refreshing as
the breath of the morning breeze,

like the sun have nothing but warmth and light
for everyone.

~Shaikh Abu-Said Abil-Khair~


SILENCE

Why are you so afraid of silence

silence is the root of everything.

If you spiral into its void,

a hundred voices will thunder messages you long to hear


Wednesday 6 February 2013

CORETAN BUAT SEORANG SAHABAT 2



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Buat sahabat hatiku, seorang wanita yang lembut hatinya.

Ini adalah kali kedua, aku melakarkan secebis rasa hatiku buat tatapanmu. Itupun andainya kamu masih sudi menjenguk blogku yang serba kekurangan ini.
Benarlah kata bijak pandai sekali hati tercoret rasa cinta, inilah yang aku lalui saat ini sahabatku.

Bukanlah bermakna aku tidak dapat menumpukan perhatianku pada urusan kerja dan keluarga... tapi ada masa dan ketika tertentu, aku masih teringatkanmu. Ada kalanya di kala bersarapan bersama puteriku, ruangan kecil di mindaku masih mengingatimu, mengenang manisnya persahabatan kita dahulu yang segar bugar.
Tapi apalah dayaku sahabat, di kala kamu memilih untuk menyendiri. Biarpun kesunyian hati yang kau tinggalkan padaku tetap kuterima apa adanya dengan rela hati.

TAPI... kini aku juga mula belajar sabar, terus mendoakan kesejahteraanmu. Biarpun kau memilih untuk menyepikan diri. Aku sebagai seorang sahabatmu hanya mampu mendoakanmu dari kejauhan ini.

Terpaksa kutahan kepedihan hatiku merindukan perbualan dan senda gurau kita dahulu. Sahabatku memori indah itu tetap akan kusimpan mengharum di sudut hatiku ini.

Sahabatku, semoga kau sentiasa di dalam rahmat-NYA dan aku amat bersyukur walaupun kau tak meluangkan masa seperti dahulu lagi namun...

Alhamdulillah terima kasih ya Allah, kerana ENGKAU telah bukakan pintu hatinya untuk berhubung kembali walau hanya dengan ucapan salam yang ringkas.

Kebetulan ketika itu hari lahirku, malah ianya pula kebetulan hari yang sibuk untukku..

Permulaan yang baik..

L : Salam nor...:)
N : wa alaikumussalam H*** :)
      apa khabar?
L : Alhamdulillah.. nor macam mana..?  :)
N : Alhamdulillah.. rindu H***.. <3 br="">L : Rindu kat nor juga...:)
N : nor kat luar ni. Ambil anak-anak bos dari school
L : jadi driver.. tukar kerja ye...:)
N : hehe multi tasking...
      whenever is needed...;)
L : sure bos sayang...:)
N : tak tau la.. hehe td hantar balik rumah..

      ni baru sampai Sri Hartamas semula.. anak yg lagi seorang ada drum class..:D
L : nor  tak nak pembantu..?  :)
N : hehe x busy selalu dear..
       sesekali je macam ni...:)


... sekurang-kurangnya kita masih boleh berbual. Berbual hal lain yang tiada kena mengena tentang hal yang lalu. Jika itu menyenangkan untuk kita. Alhamdulillah.

Aku cuma mahu kamu tenang, berbahagia, tak kiralah siapa pun yang kamu pilih sebagai imammu. Hanya mahu kamu bahagia saja sahabatku.
Berbahagialah sahabatku walaupun aku tak tahu hakikat keadaanmu. Aku cuma tahu kau di situ. Ya Allah Ya Rahman kurniakan kami ini kekuatan walau apa pun dugaan yang mendatang. Ketahuilah dalam hatiku ini selalu aku mengharapkan semoga kasih sayang dan cinta kita hingga ke Syurga-NYA. Aamiin.



Salam sayang dari sahabatmu
dan aku tetap di sini selalu.. Insya Allah
Rinduku mengharum selalu...:)
Norlidar

MUHASABAH CINTA






~♥ MUHASABAH HATI ♥ ~

Cinta itu memang indah tapi apakah adil cinta itu hanya untuk manusia sahaja...

sementara manusia itu tidak seberapa pengorbanannya pada kita.
Apakah layak cinta untuk sang Khaliq kita letakkan pada tahap bahagian kedua?

Sedangkan, jika bukan keranaNYA, apakah mungkin kita mampu merasakan kenikmatan dunia ini,??

Janganlah kita terlalu cinta kepada manusia SEHINGGA ia membuatkan kita lupa akan kecintaan ALLAH pada kita.


Subhanallah
Alhamdulillah

Allahuakbar...





Monday 4 February 2013

MAHA HEBATNYA CINTA ALLAH



Sesungguhnya Maha hebat Cinta Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang menguasai hati orang yang sentiasa menyambut Cinta Allah...

Cukuplah Allah saja yang menentukan pilihan dan mereka redha menerima pilihan Allah itu..

Mereka menukarkan kemahuan diri kepada kemahuan Allah..

Maka merekalah orang-orang yang sentiasa Menang...


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Dan berikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal sholeh
bahawa sesungguhnya untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai di bawahnya..." (QS Al-Baqarah ayak 25)

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata, “…Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, ‘Cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan.’ Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya mengenal..."




Wallahu'alam

RAWAN HATIKU 3

RAWAN HATIKU 3

Ya Rabb
aku yang sedang memeluk kesedihan ini
hatiku yang rawan
KAU Yang Maha Menyaksikan
aku cuma insan
penuh kelemahan

Namun Ya Rahman
aku mohon kekuatan..
agar hatiku sentiasa dalam ketabahan
Tika hatiku bagai dilambung gelora di tengah lautan

Ya Rahiim
aku hamba-Mu memohon belas kasihan
hantarkan aku ke tepian
hakikatnya aku bukan perenang
kuharapkan segala pertolongan-MU
akulah hamba-MU yang serba tak mampu.
usah biarkanku karam

Ya Rabb
hembuskan di jiwaku keyakinan
agar aku terus dapat bertahan
redha-MU yang amat aku harapkan
pinjamkanlah aku kesabaran-MU
tanpa-MU
tak mungkin sesekali kumampu

 
 
Norlidar
04.02.2013
5.30 A.M.

Friday 1 February 2013

WAHAI CINTA


Wahai Cinta
aku mencari-MU
sudah kelamkah hatiku?

mencari tapi tak terlihat 'wajah-MU'
tapi aku dalam perhatian-MU
hakikatnya begitu...

Wahai Cinta
ke mana telahku berpaling
tak terhitung aku memanggil-MU
walau kini hatiku lirih
harusku usap debu di kaki

Wahai Cinta
mencari-MU aku lelah
tapi aku tak pernah serah kalah
akanku teruskan langkah
menuju-MU




INDAHNYA RASA

Buat yang hatinya sedang diremukkan...

Jangan berikan celah pada syaitan
yang membuatkan semangatmu menjadi lemah
Peritnya duka bukanlah isyarat runtuhnya langit
Atau pun robeknya kulit bumi...

Allah menempa hatimu
Dalam butiran airmatamu
Dalam jeritan derita batinmu
Dalam rintihan sesaknya nafasmu...