Tuesday 30 April 2013

MASIH MENANTI

Masih menanti...
titik-titik rahmatMU
Hujan yang kurindu...
walaupun angin telah bertiupan
meliuk-liuk dedaunan..
akan ku senandungkan tasbih tahmid dan kata-kata pujian


Monday 29 April 2013

TERINDAHNYA WANITA


Indahnya wanita adalah
bukan di saat ia tersenyum kerana bahagia
Tapi
saat butiran airmatanya menitis ketika ia berdoa kepada Rabbnya

Indahnya wanita adalah
bukan dari kata-kata indahnya yang manis bermadu
Tapi
di saat bibirnya sentiasa basah zikrullah

Indahnya wanita adalah
bukan dari kecantikannya yang mempersona
Tapi
kerana rukuk dan sujudnya hati pada Allah yang sentiasa dipelihara



Indahnya wanita adalah
bukan dari keelokkan tubuhnya yang dipamerkan
Tapi
kerana keteguhannya dalam menjaga auratnya



Indahnya wanita adalah
bukan dari merdu gemersik suaranya
Tapi
kerana ketegasannya menjaga batas pergaulan dengan lelaki yang bukan mahramnya



Maka ia adalah PERMATA yang dirindu dan EMBUN yang dinantikan




wallahu'alam

HARTAKU


DIA

DIA selalu ada untuk mendengar...
DIA tahu apa yang inginku curahkan...
DIA Lebih Mengetahui tentang segala sesuatu...
DIA sentiasa Melihatku walaupun aku tak melihat atau membelakangiNYA

lalu...
di mana DIA di hatiku?
DIA sebenarnya tidak pernah berganjak pergi...
cuma hatiku
ke mana mahu berlari?



DISAAT CINTA BERBISIK





Disaat cinta berbisik, hatinya memuji TUHAN,

Apabila rindu terusik, rasulNYA menjadi pilihan.


Sunday 21 April 2013

KISAH PERMULAAN PENCIPTAAN MAKHLUK


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Robb sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda SAW

"Allah pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu" (Surah Az Zumar : 62)

Ayat di atas menjelaskan, bahawa Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu. Adapun Arasy adalah atap bagi seluruh makhluk yang ada dan semua yang wujud di antara Arasy sampai ke bawah berada dalam kekuasaan Allah SWT.

Para ulama sepakat bahawa Allah menciptakan langit dan bumi serta yang wujud di antara keduanya selama enam masa, sebagaimana disebutkan di dalam Al Quran:

"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas Arasy." (Surah al Hadid : 4)

Namun para ulama berbeza pendapat tentang makhluk pertama yang dicipta Allah SWT, apakah Qalam atau Arasy dan masing-masing kelompok memiliki dalil.

Pendapat pertama mengatakan bahawa makhluk pertama yang Allah cipta ialah Qalam. Mereka berhujah dengan hadith nabi Muhammad SAW.
"Sesungguhnya makhluk yang pertama Allah cipta ialah Qalam. Kemudian Allah berfirman kepadanya, "Tulis" Maka Qalam menuliskan semua peristiwa yang akan berlaku hingga akhir masa"

Pendapat kedua mengatakan bahawa makhluk pertama Allah cipta ialah Arasy. Mereka berhujah
dengan hadith Nabi Muhammad SAW:

"Manakala Allah telah selesaikan mencipta, Allah menuliskan di dalam kitab-NYA yang wujud di sisi-NYA di atas Arasy. "Sesungguhnya rahmat-KU telah mengalahkan kemurkaan-KU." Dan pendapat ini lebih dekat kepada kebenaran.


~Imam Ibnu Kathir~




Friday 19 April 2013

SANTAI RASA


Kita berdua
duduk santai di sini
saling bercerita..
bercerita tentang kita
dan orang-orang kesayangan kita

Kita berdua
duduk santai di sini
teruja 
membentangkan rasa berbaur mesra
bahagia...



Norlidar
18/04/2013

~untuk teman fbku, oyee dari selatan tanahair~

DEDAUN RINDU DALAM TEDUHAN KASIH

Di awal perjalanan
semuanya bersimpang siur
dari segala dahan dan ranting kekeliruan
soal diri, soal hati

malah jerlus emosi
tapi tetap kuteruskan langkah kaki
perjalanan membawa ke tengah mimpi

Di pertengahan laluan ini
kulalui susur teduhan pepohon kasihMU
redup suasananya membias ke dalam jiwa
di celahan kaki
banyak debu berterbangan
simpang siurnya tak keruan
menyalut debu jadi daki
harus kucuci...

Di pertengahan laluan ini
terlihatkan dedaunan yang gugur
kuning kekeringan
lalu kumula mencuba
mengutip dedaun rindu itu
kuhimpun dalam bagasi doaku
entahkan untuk diriku atau mereka
aku belum tahu
yang kutahu hanya rindu...


Norlidar
19/04/2013

rindu mak, ayah, faiz

Thursday 18 April 2013

HARGAILAH PELUANG KURNIAANNYA



Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,

"Malapetaka itu akan terus menimpa orang mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripa segala kesalahan."
 


Monday 15 April 2013

~Muhasabah diri~

 Adakah kita terlalu sibuk memerhatikan kekurangan atau keaiban orang sekeliling...
hingga kita terlupakan diri kita sendiri???






orang yang penuh hal-hal negatif memang hanya dapat melihat yang negatif saja... 

Jadi kita usahlah pedulikan mereka yang begitu.. 

mudah kan..



MUSLIMAH SOLEHAH


wahai Muslimah-muslimah solehahku sayang
kamu sudah sopan menutup aurat
kamu sudah penuh sabar melakukan ibadah kepada Allah
Kamu sudah penuh tawaduk dan istiqamah dalam mengikuti sunnah Rasulullah
kamu sudah penuh kasih sayang dan taat kepada suamimu
kamu sudah penuh hikmah, belas & ihsan mendidik anak-anakmu...

begitulah indahnya dirimu
usahakanlah ianya tetap indah selalu...
moga-moga dirimu berbahagia hingga ke syurga...


wahai Muslimah solehahku sayang
jagailah penuh rapi kelopak-kelopak harummu..
agar harumnya takkan pudar di sepanjang waktu..




Wallahu'alam

Sunday 7 April 2013

ANDA MAHU DIHARGAI MANUSIA?



Wahai hati...
didiklah dirimu untuk tidak mengharapkan penghargaan sesama manusia semata-mata
kerana
sebenarnya seseorang itu tidak akan KEKAL menyintai atau menyukai sesuatu
dan membenci sesuatu

Hanya DIA yang kekal dan Abadi....



sesungguhnya manusia itu SUKA menurut hawa nafsunya...

"... dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
(Al Baqarah ayat 120)

 
kembalilah kepadaNYA, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi... 


wallahu'alam 

PERCAYA DIRI


B

Benar...

Sungguh kita tidak akan pernah tahu

apa yang menanti kita di hujung jalan sana...



Sesulit apa pun persoalan

pasti akan menjadi mudah

dengan senyuman

Orang-orang yang percaya diri.



Wallahu'alam

Saturday 6 April 2013

KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN MENANTI KITA

Jika kita menyerah pada keputusasaan,

kita tidak akan dapat berbuat sesuatu pun

dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan yang ingin kita capai itu.



Sesungguhnya kebahagiaan itu ada dalam diri kita sendiri.

Kerana itu, sudah seharusnya kita

mengerahkan jerih-payah kita

untuk memperbaiki diri kita sendiri...

Kebahagiaan dan kejayaan sedia menanti kita

Kita adalah diri yang sentiasa sedia memperbaiki diri

PERALIHAN WAKTU MENUJU KEINDAHAN


Sesungguhnya peralihan dari kekeliruan kepada kebenaran itu, memerlukan perjuangan yang panjang

tetapi semuanya pasti terasa indah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, seseungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani
(Surah Az Zumar ayat 53)


SENTIASALAH MAHU MEMPERBAIKI DIRI...
insyaAllah...



Thursday 4 April 2013

SAUDARI YANG MENAWAN





Bantahan yang melulu dan
memperdebatkan hal-hal yang remeh-temeh
akan hanya mengeruhkan kejernihan
dan memudarkan keindahan nuansa kehidupan...


Ambillah/contohilah dari angin yang sepoi-sepoi itu, akan kelembutannya...
Dari minyak wangi, akan keharumannya...
Dari gunung, ketegaran dan kekukuhannya...


Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari...

dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi...  

dengan sifat tawadu' anda, anda lebih tinggi dari purnama yang mengambang penuh..

dan dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis...

Oleh dari itu peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dan kehormatan diri...


Jadikanlah takwa pakaian anda, nescaya saudariku, kamu adalah wanita tercantik di dunia meskipun pakaianmu bertampal... 



Wallahu'alam 



Tuesday 2 April 2013

BERISTIGHFARLAH


"BERISTIGHFARLAH"

Barangsiapa yang melazimkan lafaz ISTIGHFAR, maka ALLAH akan menjadikan baginya jalan keluar untuk setiap kesempitan, kesenangan dari setiap kesedihan dan diberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepadaNYA. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..
(QS Huud : ayat 90)


Memperbanyak istighfar disamping berfungsi sebagai permohonan ampun atas dosa-dosa dan kesalahan kita, juga dapat sebagai pencegah kita agar tidak berbuat dosa dan maksiat kerana syaitan yang biasa menggoda kita untuk berbuat dosa dan maksiat sangat membenci orang-orang yang suka beristighfar...

BE WISE


 
Be wise
and marry someone
who has the intention of ending up with you, 
not only in this life, 
but also the next.