Friday 31 May 2013

WANITA SOLEHAH





Wanita solehah adalah wanita yang sedar terhadap petunjuk agama serta mendalam imannya, memiliki keyakinan bahawa Allah telah menetapkan matlamat hidup berdasarkan firman-NYA dalam surah Az Zariyat ayat 56:

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku."

Tumpuan menyembah dan beribadah hanya ditujukan kepada Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Pengatur alam. Dengan kata lain seluruh penyembahan yang sebenar hanya layak ditujukan kepada Allah SWT.

Rabiatul Adawiyah dengan sikap tegas sentiasa mengatakan bahawa hidupnya telah dipersembahkan kepada Allah SWT sahaja. Jiwanya kuat terdorong untuk melakukan ketaatan kepada Allah semata-mata atas rasa kerinduan untuk bertemu Allah.

Begitulah sepatutnya pendirian wanita solehah yang sedar bahawa keredhaan Allah mengatasi segala keinginan dan mentaati segala perintah Allah mendahului segala matlamat. Mematuhi hukum syarak menguasai kehidupan. Wanita solehah sentiasa berbangga dengan keperibadian Islam seperti yang telah terbukti dalam sejarah awal kegemilangan Islam yang memaparkan peribadi muslimah yang mesti kita contohi.

InsyaAllah..

POHON RINDU


Mungkin aku tak seindah pelangi
di kala redanya hujanmu
kerana
terkadang aku membuat luka hatimu

Mungkin aku tak segemilang purnama
di gelap malammu
kerana aku hanyalah kerdipan lentera kecil

Mungkin aku tidaklah setegar karang
yang boleh engkau banggakan
kerana aku adalah sosok rapuh
yang selalu berbicara dengan airmata

Tetapi aku ingin jadi pohon di hari lelahmu
yang akan selalu setia menemanimu
yang akan selalu menantimu
tak peduli di musim hujan dan kemarau

aku...
akulah pohon rindumu
selalu ada di sini
mahu cuba meneduhkanmu
dari segala resah
dari segala gundah
dari segala kehausan rasa

berbicaralah denganku
aku ingin mendengarkan
luahan hatimu



Norlidar

Wednesday 29 May 2013

CANTIK DAN KAYA ITU TAK SALAH JIKA SENTIASA MENJAGA KEREDHAAN ALLAH



CANTIK DAN KAYA ITU TAK SALAH JIKA SENTIASA MENJAGA KEREDHAAN ALLAH


Telah diceritakan bahawa ada seorang wanita cantik kaya-raya bersama dayang dan pelayan-pelayannya terlambat melarikan diri ketika terjadinya penyerangan ke atas Iskandariah. Pasukan Perancis telah masuk ke rumahnya dengan pedang terhunus. Kemudian seseorang dari mereka bertanya: "Di manakah hartamu?" Dia menjawab sambil ketakutan, "Harta-benda kami ada di dalam kotak-kotak yang ada dalam rumah ini." Lalu ia menunjuk ke ruangan tempat harta itu berada. Dia semakin ketakutan.


Namun salah seorang dari mereka berkata, "Jangan takut! Engkau berada di sampingku, hartaku dan kebaikanku. Tenanglah!" Wanita cantik itu pun mengerti bahawa lelaki itu tertarik dan menginginkan dirinya. Maka ia mendekatinya dan berkata dengan berbisik, "Saya ingin menggunakan tandas"
Lelaki itu menyangka wanita itu juga menyukainya, maka dia pun mempersilakan wanita itu masuk ke dalam tandas. Sedang mereka sibuk mengambil harta yang ada di dalam peti-peti tersebut, wanita itu keluar dari pintu rumahnya dan masuk ke dalam gudang yang gelap kerana penuh dengan tumpukan jerami yang ada di dalam gudang yang gelap kerana penuh dengan tumpukan jerami itu dan menyembunyikan dirinya di dalam jerami itu. Ketika orang asing itu mencarinya sesudah mengambil harta yang ada di dalam rumahnya, ternyata mereka tidak menjumpainya. Akhirnya, mereka sibuk mengangkat harta benda itu dan kemudian pergi sehingga wanita itu terselamat dari penahanan bersama dengan perhiasan yang dikenakannya. Demikian pula para pelayannya, baik lelaki mahupun yang perempuan, semuanya terselamat dari penahanan kerana mereka bersembunyi dengan baik di atas loteng rumah.

Saat itu wanita cantik itu berkata, "Keselamatan agama dan kehormatan adalah lebih baik daripada harta-benda. Dan harta tidak disimpan oleh orang yang terhormat melainkan hanya untuk menyelamatkan agama dan kehormatan. Sesungguhnya kemiskinan adalah lebih baik daripada tertawan kemudian kufur - mengganti agamanya - di bawah ancaman musuh"



wallahu'alam

Thursday 23 May 2013

KASIH BONDA

Kasihnya bonda kasih sejati
renunganmu yang lembut mendamaikan
tempat bermanja putera puteri
hati anakanda beroleh ketenangan...

inginku gapai sentuhan jemari
bermanja denganmu sememangnya impian di hati
suaramu lunak tatkala menasihati
redhamu membawa ke syurga abadi







~rindu & sayang mak~











Wednesday 22 May 2013

MENANTI


Jika hati sudah diliputi rasa putus asa
dan hati yang lapang sudah sesak
ketika ujian dan cubaan sudah menjalar
dan di dalam hati sudah berdiam semua bencana
engkau tahu mesti ke mana menghalau kesusahan
dan tidak pula mendatangkan manfaat usaha orang-orang pintar
ketika itulah datang bantuan untuk putus asamu
dari Tuhan Yang Maha Memberi dan Maha Dekat
Semua peristiwa walaupun sudah memuncak
akan bersambung dan akan ada jalan keluar dalam waktu terdekat


Ali Bin Maqlah
La Tahzan
Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni

Monday 20 May 2013

RINDU TANPA SUARA


Redup bayu membisik
lirih rasa ke setiap rongga
rindu yang kurasakan
resapannya ke relung paling dalam

Jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

Kita santai di sini
mendengar angin yang bergeseran
dedaunan di hujung dahan
teduhnya hati kita
mesra
dan rindunya tanpa suara...


Norlidar
20.5.2013
4.20 p.m


Saturday 18 May 2013

CINTA


CINTA perlu hadir dengan rela...

tanpa paksaan tapi boleh dipelajari...

amati hati dalam diam...
 

Cinta adalah hati yang bersih mampu menjaga perilakunya, menahan pandangannya, menjaga lisan, perut dan MAMPU memilih pergaulan yang baik.


seperti menikmati keindahannya alam
rasa cinta kepada Pencipta CINTA itu berbisik di hati

dalam menikmati segala keindahanNYA, kesempurnaanNYA



Cinta dari hati yg suci adalah penuh damai karena tidak ada tingkah laku yang mengotorinya, ingatannya selalu pada Allah, istiqamahnya terus-menerus tanpa henti, kata-katanya ikhlas dan baiknya tak perlu dibalas.


Tuesday 14 May 2013

AKHIRAT UNTUK REHAT

Ketika DUNIA sering membuatmu PENAT

banyaklah mengingati AKHIRAT

kerana di sana akhirnya kita semua akan BEREHAT...

 

Dunia adalah tempat untuk kita bersabar di dalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah...

Untuk kerehatan yang panjang harus kita usahakan dari sekarang sebaik mungkin.


wallahu 'alam

  

Saturday 4 May 2013

RADHITU BILLAHI RABBA



رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا

رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا

و بمحمد صلى الله عليه وسلم

نبيا ورسولا

Radhitu billahi Rabba

Wa bil Islami deena

Radhitu billahi Rabba

Wa bil Islami deena

Wa bimuhammadin salla Allahu 'alayhi wa sallam

Nabiyyan wa Rasoola
 

Aku telah rela Allah adalah Tuhanku,

Dan Islam adalah agamaku,

Dan Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasulku





BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH


"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?" 

Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
(surah Az Zumar : 9)
  
Katakanlah (wahai Muhammad akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu) : "Wahai hamba-hambaKu yang beriman. Bertaqwalah kepada Tuhan Kamu! Ingatlah, orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan  beroleh kebaikan yang sebenar di akhirat. Dan ingatlah, bumi Allah ini luas untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas. Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terhitung."
(surah Az-Zumar : 10)


TAKUT KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! dan hendaklah (tiap-tiap) orang yang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok hari (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan…”( Al-Hasyr:18)

Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata: “Tanda-tanda takut kepada Allah itu dalam 7 perkara…” iaitu:

1. Pada Lisannya...
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak…

2. Pada hatinya...
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan sepertimana sabda Rasulullah SAW:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu…”

3. Pada Matanya...
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari akhirat…”

4. Pada Perutnya...
Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, Nerakalah tempatnya…”

5. Pada Tangannya...
Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar katanya:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70 ribu aula, setiap aula terdapat 70 ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk kesitu, melainkan orang-orang yang ditawarkan barang haram tetapi ditolaknya kerana takut akan dia kepada Allah SWT…”

6. Pada Langkahnya...
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh…

7. Pada ketaatannya...
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik…

Barang siapa yang melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk tergolong dalam golongan orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)…”
( Al-Hijr:45)




HATI TERTUTUP DALAM 3 KEADAAN


Ibrahim bin Adham pernah mengingatkan kepada penduduk Baghdad yang bermaksud:

Hati manusia akan tertutup dengan tiga (3) keadaan iaitu bergembira, berdukacita & berbangga.

Andainya kamu terlalu suka dengan apa yang kamu ada, maka kamu akan menjadi bakhil dan bakhil adalah dilarang. 

Apabila kamu berdukacita dengan kehilangan sesuatu, kamu akan menjadi orang yang tidak redha dengan dugaanNYA, orang ini akan diseksa. 

Apabila kamu menerima pujian, kamu akan berbangga. Sifat ini akan merosakkan amalan.

Dari itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh memperhatikan keadaan hati kita.

wallahu'alam


Wednesday 1 May 2013

KEAIBAN YANG SEBENAR


Tiada keaiban atas seseorang itu..
bila lenyap kesenangan darinya
tetapi keaiban yang sebenarnya adalah
bila lenyap kesabarannya yang baik..