Friday 23 August 2013

LEBIH DARI APA PUN


Dalam kilau
Dalam kelam
Hanya DIA yang kekal
Tak berganjak pergi
Bagai mereka yang mengakui menyayangimu

Dalam resah
Dalam kelabu
Haru biru...
Hanya DIA disisimu

Kutub Utara
Kutub Selatan
Di Antartika
Di Khatulistiwa
DIA dimana-mana bersamamu

Biar luka parah
Biar dadamu seakan mahu pecah
Hanya DIA
Kekal menyintaimu
Lebih dari apa pun

Norlidar
21/2/2012

CINTAMU


CintaMU 25/4/2010
CintaMu

Apa yang terjadi..
Dalam hidup meniti hari-hari
Dalam pertanyaan
Penuh pengharapan
Senyumku pun bersatu
CintaMu

Mungkin bila nanti
Hari itu...
Aku akan pergi
Ditemani siapa??
Mungkin bukan lagi dia

Mana mimpi-mimpi
Hanyut jadi debu
Kupohon
Kurayu
Kuseru-seru
Hanya namaMu
KAU Cinta aku
KAU Rahmatiku
Tenangkan jiwaku

Sampai aku mati



CintaMU 25/4/2010
Norlidar

ALI IMRAN AYAT 200



"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200)

Sebelum kita cuba melembutkan hati orang-orang di sekeliling kita, sudah mampukah kita melembutkan hati kita sendiri untuk istiqamah membaca, menghayati dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Al Quran?

Atau adakah kita cuma mengamalkannya untuk mendapatkan sesuatu di dunia ini sahaja? 

Atau adakah kerana syurga itu impian kita?

Ada antara kita mengatakan cinta kepadaNya.

Bagaimanakah?
Apa tandanya?
Sanggupkah kita berkorban untuk mendapatkan CintaNya...





Monday 19 August 2013

AL HADID AYAT 1-6



Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

Dialah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti) dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Ustaz Hj Zahazan Mohamed di dalam Bukunya 101 Doa dari Al Quran memetik dari kitab al Darul Manthur tafsir ayat 1-6 surah al Hadid menulis:

Menurut Ibn Najjar dalam kitab Tarikh Baghdad dengan sanad yang dhaif, daripada al Barra’ bin ‘Azib berkata bahawa beliau telah bertanya kepada Ali r.a. Saidina Ali memberitahu kepadaku tentang pekara yang paling hebat yang diberitahu oleh nabi s.a.w. 

Beliau berkata maksudnya:

” Bacalah 6 ayat pertama daripada surah al Hadid dan 4 ayat terakhir surah al Hasyr. Kemudian angkatlah kedua tanganmu, berdoa dengan nama-namaNya yang mulai dan dengan berselawat ke atas nabi s.a.w.. InsyaAllah akan diterima oleh Allah”




Saturday 17 August 2013

REDHAMU YA ALLAH



GERIMIS DI MALAM SEPI

Di gerimisnya malam sepi ini
apa yang singgah di relung hati
tak sepadan segala warna rasa
tak terbias oleh makna hakiki

tiap bait doa-doa sepiku
tergurisnya impian 
bukanlah yang kupinta
lantas berterusanlah luka
dari mengecap semua impian di sini
hilang lenyap tanpa berbekas

lalu
entah bila hilangnya
aku... tak terlihat lagi
dalam acara mengejar pelangi
dalam acara cinta berperi

lalu...
aku ingin saja berlalu
pergi...
tanpa suara
hanya seberkas kasih
ke mana akan ku pergi
tentunya kepada Yang Maha Memberi

Ya Hayyu Ya Qayyum...
aku ingin kembali

Norlidar 31/01/2013

NILAI AIR MATA KERANA ALLAH

Lembutkanlah hati kita untuk merasakan cintaNya..



QASIDAH NABIYYUNA YA RASULULLAH



Thursday 15 August 2013

ORANG YANG PALING RASULULLAH SAW CINTAI DAN PALING HAMPIR DENGAN BAGINDA

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya"
(Hadis Riwayat : At Tirmizi)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kebaikan itu ialah akhlak yang baik".
(Hadis Riwayat -Muttafaqa Alaih)

Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati".
(Hadis Riwayat : At Tirmizi)

Sunday 11 August 2013

TERIMALAH TEGURAN

TERIMALAH TEGURAN KERANA DI SITU BANYAK KEBAIKANNYA



Pernah satu ketika dimana Saidina Umar al-Khattab ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Maka orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik dan janggal. Mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?" lantas Saidina Umar menjawab, " Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi teguran dia kepadaku adalah benar."

"Janganlah Melihat Kepada Siapa Yang Menegur, Tetapi Lihatlah Apa Yang Ditegur"

Demikian Saidina Umar al-Khattab ra yang punyai kerendahan diri. Maka siapalah diri ini untuk dibanding dengan tokoh semulia itu.




Thursday 8 August 2013

SERIBU WAJAH

Seribu wajah kutemu
Dalam gantian hari-hari yang berlalu
Dari mulanya seorang bayi yang suci
Bak selembar kain putih, mewangi
Hingga ke wajah orang yang lanjut usia
Bahkan wajah kaku ibuku yang tercinta

Wajah-wajah lalu
Hanya mahu ku bingkaikan
Akan ku simpan di kotak kenangan
Cuma ku buka bila perlu
Saat rasa hatiku perlu

Kotak kenangan itu terjaga rapi
Tak kubiarkan ia terbuka
Ianya hanya untuk diriku
Menguntum senyum akan indahnya
Membawa tangis untuk siapa?
perlukah...


Setelah beberapa kali diedit -Sept 2012

TUJUH GOLONGAN MANUSIA YANG AKAN DIBERI PERLINDUNGAN ALLAH


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu; Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya”. (Riwayat at-Tirmidzi)

SURAH AN NUR AYAT 31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Firman Allah dalam Surah An Nur ayat 31

MALAM AIDILFITRI

Wahai anakanda...
permata hati bonda
merinduimu
tersayat rasa
bergema di jiwa

Di malam Aidilfitri ini
hati tersayat pilu
dilatari sayu syahdu takbir
mengenang kenangan
bibir tersenyum
hati menahan tangis

Wahai anakanda
terbayang wajahmu
gelagatmu
usikanmu
semangat ceriamu

Wahai anakanda
kasih sayang bonda tetap sama
walau telah lama terpisah
kita terpisah dunia
tapi di hati tiada luput
tetap dalam doa-doa
dan di celahan waktu
kurebut ruang
membisikkan doa buatmu
moga-moga berbahagia di sana

Wahai anakanda
bagaikan mahu
kulambaikan jemariku
memanggilmu ke mari
apakah mungkin terjadi
terasa kucupan di tangan dan pipiku
terkenangkan tangis sesalan
aku didakap kasihmu

Wahai anakanda
bagaikan kudengar suara
adakalanya seakan ada
panggilanmu
selalu rindu...


~Muhamad Faiz dalam doa dan ingatan~




KEMERIAHAN DI AIDILFITRI

 

Dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitri tak lama lagi, tetaplah istiqamah menjaga diri, aurat dan akhlak yang baik. insyaAllah..

Allah telah berfirman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14.
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
 

Wanita solehah sebagai perhiasan yang indah pada pandangan lelaki, perhiasan dunia dan penyejuk mata.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah swt dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun, insya Allah...

Wednesday 7 August 2013

AIDILFITRI 1434


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahhu Akbar Walillahilhamd






Lebaran Aidilfitri 1434 pun menunjukkan diri.
Aidilfitri membawa rentetan peristiwa suka duka yang mungkin tidak akan berulang lagi.

Setiap tahun ada peristiwa baru yang menjelma dan semoga hati bertambah tabah menjalani hidup ini bersama apa saja yang ada buat masa ini.

Alhamdulillah... masih beroleh rasa...



wallahu'alam

KEMULIAAN


Seorang pujangga bermadah:

Engkau merangkak mencari mulia...
dan orang-orang yang mencarinya berusaha sepenuh jiwa menempuh keletihan...
Mereka mengejar mulia hingga banyak yang jemu

Yang akan menemuinya hanya yang bersungguh-sungguh dan bersabar.

Jangan menyangka bahawa mulia adalah kurma yang akan engkau makan.
Tidak akan pernah engkau perolehi kemuliaan sebelum susahnya sabar


dipetik dari La Tahzan
Dr. 'Aid Bin Abdullah Al Qarni


Tuesday 6 August 2013

SALAM BUAT SANG FAJAR

Salam buat sang fajar
Lihatlah hari ini
Sebab ia adalah hidup, hidup dan hidup
Dalam sekejap dia sudah melahirkan berbagai-bagai hakikat dari wujudMu
Nikmat pertumbuhan
Pekerjaan yang bagus
Indahnya kemenangan
Kerana hari kelmarin tidak lebih dari satu mimpi
Dan esok hari hanyalah bayangan
Akan tetapi hari ini anda hidup sempurna
Sudah membuat hari kelmarin sebagai impian yang indah
Setiap hari esok adalah bayangan yang penuh harapan
Maka lihatlah hari ini
Inilah salam untuk sang fajar.


~Kalidasa~

Sunday 4 August 2013

SELIDIKI DULU BERITA


“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan".

(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)

BERBURUK SANGKA


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

SURAH AL-AHZAB AYAT 58


“Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang beriman, dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat atau sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” 


(Surah Al-Ahzab, 33; Ayat 58)

LOVE


“Your task is not to seek for Love,
but merely to seek and find all the barriers 
within yourself that you have built against it.”

~Rumi~




Saturday 3 August 2013

Cinta itu adalah perbuatan hati...
kecenderungan hati adalah

ikut dan taat sunnah
bersama orang yang dicintai




Thursday 1 August 2013

Ramadan akan berlalu


Ramadan akan tetap pergi meninggalkan kita...

Persoalannya dapatkah Ramadan kali ini mendidik hati dan memberikan makna yang mendalam dalam hidup kita sebagai insan???