Thursday 30 January 2014

MUTIARA HATI

Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia
Pandangan mata selalu tertipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki

Itupun jika hati itu bersih...
Maka bersihlah hati sebelum
memandang dengan hati...
Agar yang hakiki itu tetap hakiki

Wednesday 29 January 2014

INDAH TERSIMPAN

Biarlah hidup seindah ini
Cinta yang kurasa
kerana berbedanya kita
Begitu jauh dirimu untukku
Biar indahnya tersimpan di dalam kalbu




Norlidar Lidon
29/01/2014




Sunday 26 January 2014

INDAHNYA WANITA

1. Doa wanita itu mudah dimakbulkan daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
 daripada lelaki. Sewaktu ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal ini, jawab baginda,
”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
 sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
 api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW)
di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
 kepada  keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah
 mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan
 anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
 mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka 
baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil kepada dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
 dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya
 lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada
api neraka.

10. Wanita yang taat dan patuh kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka
 pintu syurga,dan masuklah salah satu pintu yang dia kehendaki dengan tiada dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
 di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
 serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
 Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila bersolat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. pada tiap - tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
 memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
 malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebajikan dan
menghapuskan darinya seribu kejahatan.

16. Sewaktu wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
 ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
 memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.


Friday 24 January 2014

KEEMASAN




KEEMASAN

Sebentar lagi
cerah beransur pergi
keemasan....
lalu kelam

izinkanlah daku
mengutip serpihan waktu
melerai rasa
dalam bayangan mega
terlihat berbalam

entahlah
hatiku berbicara
dalam irama 
tanpa warna

Norlidar Lidon
24.01.2014

RESAH

Resah di hatimu
digugah rindu
jarum berdetak
memancung umurmu
tajam....
andainya tak menunduk sujud
putuslah lehermu
matilah roh itu

Norlidar Lidon
24.01.2014



Friday 17 January 2014

PATUH KEPADA SUAMI

Seringkali seorang isteri tatkala berbuat baik, tunduk dan patuh kepada ayah dan ibunya maka ia merasa telah benar-benar beramal soleh.

Maka mampukah ia menghadirkan perasaan ini tatkala ia tunduk, patuh, dan berbuat baik kepada suaminya?

Tatkala ia berbakti kepada suaminya seakan-akan ia berbakti kepada kedua ibunya??

Seringkali seorang istri merasa telah terjerumus dalam dosa besar tatkala tidak patuh dan tatkala menyakiti hati kedua orangnya, maka apakah ia juga merasakan telah terjerumus dalam dosa besar tatkala tidak patuh, tidak taat, serta tatkala menyakiti dan menyedihkan hati suaminya?.

Bukankah para ulama telah menjelaskan bahwa seorang istri harus lebih berbakti kepada suaminya daripada kedua orang tuanya??

Semoga Allah menjadikan para isteri-isteri solehah lebih semangat dalam berbakti kepada suami mereka...

sungguh keredhaan suami mereka adalah kunci untuk membuka pintu-pintu syurga.

Semoga hati Muslimat semua dapat tunduk patuh kepada suami masing-masing, redha dengan pemberian Allah Tuhan semesta alam.

Aamiin. 

ALHAMDULILLAH, BAHAGIA ITU SEDERHANA






Bismillahirrahmanirrahim.

BAHAGIA ITU SEDERHANA.

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku masih bertenaga dan mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menyetrika tumpukan baju, itu berarti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu berarti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu berarti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendapatkan banyak komplen atau rungutan dari customer atau rakan sejawat kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi ekzos dan hon kenderaan itu bererti aku masih boleh mendengar

Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, karana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.


Seseorang yang peduli tentang aku telah mengirimkannya kepadaku dan kerana aku ambil peduli tentangmu maka aku kongsikan bersamamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Alhamdulillah, bersyukurlah kita dalam setiap keadaan meskipun kita rasa tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.


Aamiin Allahuma Aamiin.

Thursday 9 January 2014

SEPI MEMBEKU

Sampainya hatimu
membiarkan saja
lalu daku pun terbiar
sepi
pudar warna....



Norlidar Lidon
09/01/2014

Tuesday 7 January 2014

KASIH 14

Wahai kasihku
tenangkan kalbumu
benar dan Cinta
tak beranjak kasih-Nya
alunkan doa jua munajat
tundukkan hati
kita hamba-Nya
serahan sepenuh jiwa
adalah kurniaan terindah
untuk Yang Maharaja
benderanglah jiwa


Norlidar Lidon
04.01.2014

Friday 3 January 2014

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH UNTUK SUAMI TERCINTANYA

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥


DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH

Ya Allah.. ampunilah dosaku yang telah kuperbuat.
limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.
berikanlah aku kekuatan mental.
kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.
peliharalah lidahku dari kata-kata nista.
kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu.
berikanlah aku sifat kasih sesama insan.


Ya Allah…
sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash.
berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu.
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah-Mu.
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu.
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu.
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala keanekaragamnya.

Tetapi ya Allah…
sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.
tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala takdir-Mu.
sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu.
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.
sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.
kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya.
sekiranya suamiku menyintai kesesatan.
pandulah dan bantulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah…
Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.
dan Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.
sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau reidhai.
sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu
sekiranya aku engkar dan derhaka
berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah…
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu.
aku buta tanpa bimbingan-Mu.
aku cacat tanpa hidayah-Mu
aku hina tanpa Rahmat-Mu.

Ya Allah…
kuatkan hati dan semangatku.
tabahkan aku menghadapi segala takdir dan cubaan-Mu.
jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.
bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu.
bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.

Hanya pada-Mu,

Ya Allah…
kumemohon segala harapan.
kerana aku pasrah dengan takdir-Mu.
kerana aku sedar hinanya aku.
kerana aku insan lemah yang kerap keliru.
kerana aku lalai dengan keindahan dunia-Mu
kerana kurang kesabaranku menghadapi ujian-Mu
kerana pendek akalku mengarungi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…….
aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati.
isteri yang dikasihi.
isteri yang solehah.
isteri yang senantiasa di hati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

https://www.facebook.com/notes/renungan-n-kisah-inspiratif/doa-seorang-istri-solehah-buat-suami-tercintanya%EF%B7%B2/480581276041


PINTU YANG DIKETUK

Sekian lama aku berteriak memanggil nama-Mu
sambil terus-menerus mengetuk pintu rumah-Mu.

Ketika pintu itu terbuka,
aku pun terhenyak dan mulai menyadari
sesungguhnya selama ini
aku telah mengetuk pintu dari dalam rumahku sendiri.

~ Rumi ~


KASIH 13

Wahai kasih
bisik rintih
telah diagih
benar dan Cinta
menari tanpa irama
rindumu tiada kidungnya
mohon tiada alpa



Norlidar Lidon
03.01.2014