Thursday 27 February 2014

DI SEBALIK UJIAN DAN HALANGAN ADA KEBAHAGIAAN

Allah Subhana wa Taala berfirman: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Surah At-Taubah Ayat 16)

Mereka yang berjaya meraih kebahagiaan dan kejayaan di dunia dalam melakukan ketaatan kepada Allah, Allah akan menyediakan nikmat yang lebih membahagiakan di akhirat nanti.

Kebahagiaan dunia yang sebenarnya adalah bila kebahagiaan itu memberikan manfaat yang lebih baik di akhirat.

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan-Nya dan kesabaran-Nya untuk terus bermujahadah dalam mencapai redha Allah.

Aamiin

RASA 3

Rasa ini
dipersoal lagi
kotak fikirku
diterjah lagi
soalan yang sama
lagi dan lagi

dulu bicara sendiri
kali ini kita berdiskusi
mencari
aku meraba-raba
sendiri

segalanya
hanya milik Allah
aku berserah
yakinku kerana-Nya
berlindung aku hanya pada-Nya

Norlidar Lidon
26/02/2014

Tuesday 25 February 2014

HANYA INDAH

Kita pun tersenyum
kerna
kata tak lagi bermakna
saat bersua
yang dirasakan
hanya indah



Norlidar Lidon
25/02/2014

SELEMBUT SALJU

Pertama kali mengenalimu
tersentuh hatiku
dengan kasih sayang
dan kemesraan yang membekas di kalbu
dikau bagiku umpama salju
sering menyejuk lelah rasaku

Saat bertemumu
adalah anugerah terindah
terkelu lidah
tak mampu kuluah
dalam ingatanku dikau segar selalu
seakan ada di sisi setiap waktu
menemani
berkata-kata
dari hati ke hati



Norlidar Lidon
25/02/2014

puisi khas untuk hima wari 

Saturday 22 February 2014

MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN

Allah Subhana wa Taala berfirman: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
(Surah Ali Imran ayat 104)

HATI YANG TERTUTUPI DOSA




"Sesungguhnya hati yang tertutupi oleh dosa adalah seperti cermin yang tertutupi karat dan bintik hitam. Apabila kamu memikirkan suatu urusan akhirat, maka kamu tidak akan melihatnya pada hati yang kotor. Jika kamu membersihkan hatimu dengan meninggalkan dosa-dosa, maka hatimu menjadi cermin yang bening."

(Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.)

Wednesday 19 February 2014

KENANGAN LALU

Saat kita duduk bersama
ada ketikanya, kita terdiam
memilih cerita untuk dinikmati bersama
mengimbas kenangan orang-orang tersayang
keletah mereka
yang indah dan menghibur jiwa
senyum dan ketawa kita

sebentar saja bertemu
harus berpisah
berlainan arah
namun dalam hati tetap segar
biarpun masa telah jauh beredar
kenangan tetap indah
tiada yang berubah
semoga ada peluang bertemu lagi

insya Allah



Tuesday 18 February 2014

CINTA PADA SUATU WAJAH

Saya kongsikan kisah ini diceritakan dan dibenarkan untuk dikongsi bersama sahabat yang dikasihi semua.

Aku duduk bersama Muslimah-muslimah lainnya di masjid itu. Setelah solat Isyak, bertambah ramai Muslimah lainnya menghadirkan diri. Setelah bacaan ratib Al Hadad selesai dibacakan seperti selalu di majlis mingguan ini, Majlis Maulid pun bermula. 

Datang seorang Muslimah lain yang memakai niqab memberi salam sambil menghulurkan tangannya lalu duduk di sisi kiriku. Kusedari matanya tersenyum semasa bersalaman denganku sebentar tadi. Sepasang mata bundar yang kelihatan lembut dan tenang sekali walaupun ku kira dia lebih berusia dariku mungkin kurang lebih 5tahun.

Selepas beberapa saat kakak tadi menyentuh tanganku dan beri isyarat untuk berkongsi buku qasidahnya lalu dengan perlahan akupun merapatkan diri sambil melihat matanya yang tersenyum menyambut kehadiranku. Ya, maklumlah sebagai orang baru aku tak punya apa-apa yang dibawa hanya membawa jasad yang terasa berat dan asing di sini.

Dari sekilas pandang kulihat temanku ini hatiku berkata sendirian, "Tangannya lebih kecil dan kurus dariku dengan urat darahnya timbul... hmmm mungkin kerana harus berusaha merapikan rumahtangganya dan menjaga serta mendidik anak-anak dan barangkali rajin berpuasa juga dengan seizin suaminya". 

Ku alihkan pandangan mataku ke tanganku sendiri yang lebih berisi dan urat darahku tidaklah timbul sepertinya. Dalam diam hatiku berkata, "Ahh mungkin aku terlebih manja dan kurang berpuasa"

Setelah dibaca selawat dan qasidah hingga tiba ke qasidah seterusnya dan seterusnya kami alunkan dan hayati bersama. Dan akhirnya qasidah yang satu ini tidak terdapat dalam bukunya itu lalu teman di sebelahku ini berkata, 
"Mari kita ikut baca dari skrin sana katanya".

Skrin itu terletak beberapa meter dari tempat kami duduk namun tulisan yang terpapar agak besar juga.

"Saya tak tak nampak..." kataku perlahan tersipu sendiri. 

"Marilah sini" dia menarikku untuk duduk rapat kepadanya kerana di sangka pandangan ku terlindung.

"Tak, saya memang tak nampak dari jarak ni.." yang kulihat di skrin itu adalah huruf yang bercantum sesama sendirinya.

"Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, betapa besarnya kasih sayang Allah kepadaku, membawa aku ke tempat ini dan melihat perbezaan kami. Ya Allah, bagaimanalah hamba-Mu ini menggunakan anugerah-Mu. Barangkali teman di sebelahku ini seorang suri rumahtangga sepenuh masa yang lebih terjaga matanya dari melihat dunia luar. Yang terlalu banyak debu-debu kotoran dunia luar." bisik hatiku.



Semoga kita semua dapat melihat kebaikan dari apa yang kita lihat, bermujahadah dalam memelihara dan memperbaiki diri kita menjadi muslimah yang solehah.

Aamiin Ya Allah.


Wallahu'alam

RAWAN

Hati ini
ada ketika terpenuhi
sesak dengan darah
merah....
tersayat duri
lalu kubisikkan pada hati
kasihku, usahlah begitu
biarlah airmata itu jadi mahal

Saat hati dibanjiri duka
ingatlah kasihku
kasihnya ayah dan bonda
kasih mereka melimpah ruah
apatah lagi kasih-Nya Allah
senyumlah tanda redha

Saat hati resah gelisah
berbisiklah dalam doamu
luahkanlah seluruh wahammu pada-Nya
mungkin debu dosa
sudah mula melata
suatu hari kan kembali juga
kepada-Nya



Norlidar Lidon
18.02.2014


Monday 17 February 2014

TINGGALKAN YANG MERAGUKAN

Tinggalkan yang meragukan :

Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Saya menghafal sabda dari Rasulullah s.a.w. iaitu : “Tinggalkan apa-apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukannmu. Kerana sesungguhnya bersikap benar itu adalah ketenangan, sementara berdusta itu menyebabkan timbulnya keraguan.” 

( Hadis Riwayat Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis Shahih)



BERTAUBAT


Bertaubat :

عن الأغر بن يسار المزني رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا أيها الناس توبوا إلى الله واستغفروه فإني أتوب في اليوم، إليه مائة مرة.

Dari Al-Aghar bin Yasar Al-Muzani r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripada-Nya, kerana sesungguhnya aku sahaja pun bertaubat dalam sehari seratus kali.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday 12 February 2014

1000 KEBAIKAN DALAM SEHARI



Dari Sa'ad bin Abi Waqqash ra. ia berkata," Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Setelah itu beliau bertanya, 'Apakah mampu salah seorang dari kalian memperoleh 1000 kebaikan dalam sehari?' 


Lalu salah seorang dari para sahabat bertanya, " Ya Rasulullah, bagaimana mungkin seseorang akan mampu meraih 1000 kebaikan dalam sehari ?"

Rasulullah berkata, " Ketahuilah bahwa orang yang bertasbih 100 kali akan di catat 1000 kebaikan untuknya dan dihapus 1000 kesalahan darinya."

(Hadis Riwayat Muslim)


سبحان الله 

TASBIH = SUBHANALLAH...