Friday 30 October 2015

QAD KAFANI

ﻗَﺪْ ﻛَﻔَﺎﻧِﻲ ﻋِﻠْﻢُ ﺭَﺑِّﻲ
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku
ﻣِﻦْ ﺳُﺆَﺍﻟِﻲ ﻭَﺍﺧْﺘِﻴَﺎﺭِﻱ
Daripada permintaan dan usahaku
ﻓَﺪُﻋَـﺎﺋِﻲ ﻭﺍﺑْﺘِﻬـَﺎﻟِﻲ
Doa serta permohonanku
ﺷَـﺎﻫِﺪٌ ﻟِﻲ ﺑِﺎﻓْﺘِﻘَﺎﺭِﻱ
Sebagai bukti pada kefakiranku
ﻓَﻠِﻬَﺬَﺍ ﺍﻟﺴِّﺮِّ ﺃَﺩْﻋُـﻮ
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa
ﻓِﻲ ﻳَﺴَﺎﺭِﻱْ ﻭَﻋَﺴَﺎﺭِﻱ
Pada saat aku senang dan susah
ﺃَﻧَﺎ ﻋَﺒْﺪٌ ﺻَﺎﺭَ ﻓَﺨْﺮِﻱ
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
ﺿِﻤْﻦَ ﻓَﻘْﺮِﻱ ﻭَﺍﺿْﻄِﺮَﺍﺭِﻱ
Dalam kefakiran dan keperluanku
ﻳَﺎ ﺇِﻟَـﻬِﻲ ﻭَﻣَﻠِﻴْـﻜِﻲ
Wahai tuhanku yang memiliki aku
ﺃﻧْﺖَ ﺗَﻌْﻠَﻢُ ﻛَﻴْﻒَ ﺣَﺎﻟِﻲ
Kau Maha tahu akan keadaanku
ﻭَﺑِﻤَﺎ ﻗَﺪْ ﺣَـﻞَّ ﻗَﻠْﺒِـﻲ
Dan apa yang berada dalam hatiku
ﻣِﻦْ ﻫُﻤُﻮْﻡٍ ﻭَﺍﺷْﺘِﻐَﺎﻟِـﻲ
Dari kesedihan dan kesibukanku
ﻓَﺘَـﺪَﺍﺭَﻛْﻨِﻲ ﺑِﻠُﻄْﻒٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan
ﻣِﻨْﻚَ ﻳَﺎ ﻣَﻮْﻟَﻰ ﺍﻟْﻤَﻮَﺍﻟِﻲ
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba
ﻳَﺎ ﻛَﺮِﻳْﻢَ ﺍﻟْﻮًَﺟْﻪِ ﻏِﺜْﻨِﻲ
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba
ﻗَﺒْﻞَ ﺃﻥْ ﻳَﻔْﻨَﻰ ﺍﺻْﻄِﺒَﺎﺭِﻱ
Sebelum lenyap kesabaran hamba
ﻳَﺎ ﺳَﺮِﻳْﻊَ ﺍﻟْﻐَﻮْﺙِ ﻏَﻮْﺛًﺎ
Wahai pemberi pertolongan dengan segera
ﻣِﻨْﻚَ ﻳُﺪْﺭِﻛْﻨَﺎ ﺳَﺮِﻳْﻌًﺎ
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu
ﻳَﻬْﺰِﻡُ ﺍﻟْﻌُﺴْﺮَ ﻭَﻳَﺄْﺗِﻲ
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan
ﺑِﺎﻟَّﺬِﻱ ﻧَﺮْﺟُﻮ ﺟَﻤِﻴْـﻌًﺎ
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua
ﻳﺎ ﻗَﺮِﻳْـﺒًﺎ ﻳﺎ ﻣُﺠِﻴْـﺒًﺎ
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab
ﻳﺎ ﻋَﻠِﻴْﻤًﺎ ﻳﺎ ﺳَﻤِﻴْـﻌًﺎ
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar
ﻗَﺪْ ﺗَﺤَﻘَّﻘْﺖُ ﺑِﻌَﺠْﺰِﻱ
Aku mengaku akan kelemahanku
ﻭﺧُﻀُﻮْﻋِﻲ ﻭﺍﻧْﻜِﺴَﺎﺭِﻱ
Dan ketaatan serta kesedihanku
ﻟَﻢْ ﺃَﺯَﻝْ ﺑِﺎﻟْﺒَﺎﺏِ ﻭَﺍﻗِﻒْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu
ﻓَﺎﺭْﺣَﻤَﻦْ ﺭﺑِّﻲ ﻭُﻗُﻮْﻓِﻲ
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku
ﻭﺑِﻮَﺍﺩِﻱ ﺍﻟْﻔَﻀْﻞِ ﻋَﺎﻛِﻒْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada
ﻓَﺄَﺩِﻡْ ﺭﺑِّﻲ ﻋُﻜُـﻮْﻓِﻲ
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana
ﻭﻟِﺤُﺴْﻦِ ﺍﻟﻈَّﻦِّ ﻻ‌َﺯِﻡ
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik
ﻓَﻬُﻮَ ﺧِﻠِّﻲ ﻭﺣَﻠِﻴْﻔِﻲ
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku
ﻭﺃَﻧِﻴْﺴِﻲ ﻭﺟَﻠِﻴْﺴِﻲ
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku
ﻃُﻮْﻝَ ﻟَﻴْﻠِﻲ ﻭﻧَﻬَﺎﺭِﻱ
Sepanjang malam dan siangku
ﺣَﺎﺟَﺔً ﻓِﻲ ﺍﻟﻨَّﻔْﺲِ ﻳَﺎ ﺭﺏّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat
ﻓَﺎﻗْﻀِﻬَﺎ ﻳﺎ ﺧَﻴْﺮَ ﻗَﺎﺿِﻲ
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan
ﻭﺃَﺭِﺡْ ﺳِﺮِّﻱ ﻭﻗَﻠْﺒِﻲ
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku
ﻣِﻦْ ﻟَﻈﺎَﻫَﺎ ﻭﺍﻟﺸُّﻮَﺍﻅِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya
ﻓَﺎﻟْﻬَﻨَﺎ ﻭﺍﻟْﺒَﺴْﻂُ ﺣَﺎﻟِﻲ
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
ﻭﺷِﻌَﺎﺭِﻱ ﻭﺩِﺛَﺎﺭِﻱ
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Wednesday 7 October 2015

IBADAH ITU CINTA


Ibadah itu Cinta; "Qiyammullail ini adalah nikmat daripada Allah سبحانه وتعالى. Kalau qiyammullail ditinggalkan, anda sebenarnya telah mengharamkan pemberian yang begitu besar daripada Allah kepada diri anda. Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa kebahagiaan dan ketenangan jiwa itu boleh diperolehi dengan solat malam."


"Di Dalam hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa; "Dan orang yang bangun Qiyyamullail akan bangkit dalam keadaan jiwa yang baik dan tubuh badan yang segar." Perhatikan bagaimana Nabi kaitkan antara kebahagiaan jiwa dengan tubuh badan yang sihat. Sebaliknya pula, orang yang tidak bangun malam, maka dia bangkit dalam keadaan jiwa tak baik dan malas."


"Bilamana jiwa seseorang tidak baik dan malas, maka dia akan susah diajak beribadah, tak nampak kebaikan pada diri, dan akhlaknya. Apabila dia memberi bahagian jiwa dengan Qiyyamullail, jiwanya akan baik dan semakin banyak beribadah dan menteladani Rasulullah SAW."


"Tidak dinafikan lagi bahawa Allah سبحانه وتعالى menurunkan rahmat itu pada kamu yang meraikan rasulullah ﷺ didalam dalam majlis seperti ini. Majlis-majlis seperti ini dan seumpamanya adalah pembuka kepada curahan rahmat Allah sepertimana turunnya hujan ke muka bumi ini."


"Bagi mereka yang hati dan jiwanya tersinari dengan amalan-amalan zikir, mereka akan merasakan acara ini seperti hidangan yang mewah dan yang dicari-cari, iaitu hidangan yang memuaskan hati dan jiwa mereka. Mereka lebih menyukai majlis ini daripada suka kepada majlis-majlis yang melalaikan."


"Kita lihat bagaimana seseorang yang suka tengok bola. Walaupun tengok tiga jam sekalipon, dia tak rasa bosan pun, walaupun perbuatan itu tidak memberi makanan kepada jiwanya. Bilamana anda mendapat rahsia di dalam majlis ini, anda takkan rasa bosan walaupon kena duduk di dalam majlis ini sehingga fajar."


"Di Mesir, ada majlis zikir yang dibuat selepas Isyak sehingga waktu Fajar, sepanjang malamnya dipenuhi dengan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Kenapa mereka boleh tahan berzikir sebegitu lama?" Sebahagian daripada kita mungkin bertahan selama enam jam dan akan merasa bosan selepas itu. Akan tetapi sebahagian yang lain yang menemui rahsianya itu takkan pernah merasa bosan."


"Secara amnya, ada manusia yang mempunyai kelebihan iaitu mereka tak merasa bosan kerana telah menemui rahsia ibadat tersebut. Begitu juga dengan amalan solat biasa. Oleh sebab itu, kita tidak perlu hairan apabila mendengar bahawa Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani itu solat seribu rakat pada waktu malam."


"Ini kerana dia suka melakukannya dan telah menemui rahsia solat dan dengan itu tidak merasa bosan dengan ibadah itu. Kita pun tak merasa hairan jika orang seperti Imam Ali Zainal Abidin yang bangun solat seribu rakaat setiap malam, kerana mereka telah menjumpai rahsianya. Kita hari ini lima puluh rakaat pun takkan tahan dan akan mula mengelak mencari amalan selain solat selepas itu."


"Syeikh Nuruddin, yakni guru kepada Imam Asy-sha’roni menceritakan; "Bahawa beliau berselawat lima ratus ribu kali pada setiap malam. Kenapa dia boleh melakukannya? Kerana dia sukakan kepada selawat itu. Kita pula hari ini, selepas lima ratus kali sudah rasa bosan, bahkan tasbihnya pun dilempar jauh-jauh."


"Kenapa? Kerana dia tak sukakan kepada selawat itu. Jika dia menyukai dan menghayati selawat itu, maka dia akan boleh menyamai seperti Syeikh Nuruddin. Al-Imam Abu Hanifah membaca dan mengkhatam Quran dalam masa dua rakaat tanpa rasa bosan, ataupun mengheluh."


"Kita pula bagaimana? Berapa juzukkan kita tahan membacanya setiap hari? Kalau anda tergolong dalam kumpulan yang asyik baca Quran sampai terlupa aktiviti lain, maka terimalah berita gembira bahwa anda adalah orang-orang yang tinggi darjatnya."


"Seorang ulama besar di Hadramaut, bernama Al-Habib Hasan bin Soleh Al-Bahra, membaca sembila puluh ribu kali surah Al-Ikhlas sehari. Sembilan puluh ribu, bukan sembilan ribu! Berapa kalikah anda membacanya? Surah ini pendek, mudah dan disukai Allah سبحانه وتعالى."


"Keberkatannya akan membawa pelbagai anugerah dan menyamai satu pertiga Al-Quran. Surah ini mudah dibaca dengan lidah berbanding surah lain. Setiap surah ada keistimewaan tersendiri, bahkan setiap ayat juga. berapa kali anda dan saya membacanya? Jika dibaca, anda akan menjadi orang yang dikasihi Allah سبحانه وتعالى."


"Oleh kerana itu, bila bangun malam, jiwa kita sukakan ibadah seperti itu dan hati kita akan tersinari dengan ibadah itu. Bila kita sukakan kepada ketaatan dan suka membaca Al-Quran, maka pada hakikatnya rahsianya adalah anda cintakan Zat yang menciptakan ibadah itu iaitu Allah سبحانه وتعالى. Inilah bentuk-bentuk anugerah batiniah, yakni sinar ibadah simbol kecintaan yang mudah dan ringan untuk kita mendapatkannya."


Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf.

CARILAH ALLAH DISETIAP MARTABAT WUJUD


CARILAH ALLAH DISETIAP MARTABAT WUJUD

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: 
“Wahai para pecinta! Wahai para pencari! Waspadalah, jangan sampai kalian kehilangan Rabb Yang Maha Benar, sebab jika kalian kehilangan Dia, bererti kalian telah kehilangan segala-galanya.


Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Agung mewahyukan kepada Nabi ʽIsâ a.s : “Wahai ʽIsâ, waspadalah, jangan sampai engkau kehilangan Aku, sebab jika engkau kehilangan Aku, bererti engkau telah kehilangan segala-galanya, tetapi jika engkau menjumpai Aku, bererti engkau telah menjumpai segala-galanya.”


Nabi Mûsâ a.s mengatakan kepada Tuhannya dalam munajatnya kepada-Nya: “Wahai Tuhanku, nasihatilah aku!” Maka Dia lalu menjawab: “Aku menasihatkan kepadamu agar bertawakal kepada-Ku dan mencari-Ku.”


Percakapan ini diulang empat kali, setiap kali dengan permintaan yang sama dari Mûsâ a.s dan jawapan yang sama pula dari Tuhannya. Allah tidak mengatakan kepadanya agar mencari dunia, ataupun mencari akhirat.


Seolah-olah Dia mengatakan kepadanya:


“Aku menasihatkan kepadamu agar taat kepada-Ku dan tidak membangkang kepada-Ku."


"Aku menasihatkan kepadamu agar mencari kedekatan-Ku."


"Aku menasihatkan kepadamu agar mengukuhkan keesaan-Ku (tauhîd) dan bekerja demi Aku."


"Aku menasihatkan kepadamu agar berpaling dari segala sesuatu selain Aku.”


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Jala Al-Khathir


Thursday 25 June 2015

BALASAN SYURGA BUAT WANITA

•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته



Keadaan wanita di dunia ini tidaklah lebih dari :

-Mereka meninggal sebelum sempat menikah.

-Mereka meninggal setelah diceraikan suaminya dan belum

sempat menikah dengan yang lain.



-Mereka telah menikah akan tetapi suaminya tidak bersamanya

di surga, semoga Allah SWT melindungi kita dari hal ini.

-Mereka meninggal setelah suaminya meninggal.

-Suaminya meninggal dan mereka tetap tidak bersuami baru hingga meninggal.

-Suaminya meninggal kemudian merekapun dinikahi oleh lelaki lain.


Keadaan di atas masing-masing kelak akan mempunyai balasan

tersendiri saat mereka di syurga seperti berikut:

wanita yang meninggal sebelum sempat menikah maka Allah SWT

akan menikahkan mereka di syurga dgn seorang lelaki

dari penduduk dunia ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

''Di syurga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan).(HR.Muslim)



Syeikh Ibn'utsaimin brkata:''apabila seseorang belum menikah,

yaitu seorang wanita di dunia ini, maka sesungguhnya Allah SWT akan menikahkannya

degan lelaki yang ia sukai di syurga, kerana kenikmatan syurga tidaklah hanya untuk lelaki saja.

akan tetapi semuanya adalah juga untuk lelaki dan wanita termasuk bentuk kenikmatan (syurga) adalah perkahwinan. (Al-Majmu'.Al-Tsamin.1/175) maksudnya akan menikah dengan salah seorang dari mereka.




Wanita yang meninggal setelah sempat menikah, maka saat di syurga ia untuk suaminya yang dahulu.

Wanita yang suaminya meninggal kemudian tetap tidak menikah setelah kematian suaminya hingga 

ia pun meninggal, maka ia akan tetap menjadi isterinya di syurga.



Wanita yang suaminya meninggal dan kemudian menikah dgn lelaki lain, maka ia

untuk suaminya yang paling terakhir, walaupun sempat menikah berkali-kali, berdasarkan sabda 

Rasulullah SAW: "Wanita adalah untuk suami terakhirnya,''

(silsilah Al-Ahadits Al-shahihah li Al-Albani,1281).




Dan berdasarkan perkataan Hudzaifah ra. kepada istrinya,''jika kamu menikah dengan siapapun

sepeninggalku sesungguhnya wanita saat di syurga adalah untuk suami terakhirnya di dunia

kerana itulah Allah SWT pun mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk dinikahi oleh orang lain

sepeninggalnya kerana mereka itu kelak akan menjadi isteri-isterinya di surga,(silsilah Al-Ahadits

Al-shahihah li Al-Albani,1281)


Pertanyaan bila ada yang berkata: ''Sesungguhnya tersebut dalam do'a jenazah kita membaca:
''Dan gantikanlah(untuknya)suami yang lebih baik dari suaminya (yg terdahulu),''(HR.Muslim)

Maka jika ia telah bersuami, bagaimana kita mendoakan untuknya dengan doa seperti itu dan kita mengetahui bahwa suami di dunia akan menjadi suami di syurga akan tetapi bila ia belum mempunyai suami dimanakah suaminya..?

JawaPan:adalah seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ibn'Utsaimin yaitu,''jika dia belum menikah,maka yang dimaksudkan adalah suami yang lebih baik dari suami yang ditakdirkan untuknya jika ia tetap hidup, adapun jika dia sudah menikah maka yang dimaksud dengan suami yang lebih baik adalah yang lebih baik sifat-sifatnya di dunia kerana yang disebut dengan menggantikan adalah bisa dengan menggantikan orangnya seperti bila kita menukar kambing dgn unta atau menganti sifat-sifatnya seperti bilamana kita berkata: semoga Allah menggantikan kekufuran orang itu dgn keimanan atau seperti pada firman Allah SWT:


''(Yaitu) pada hari (ketika) bumi digantikan dgn bumi yg lain dan (demikian pula) langit...(QS.Ibrahim.:48).

Dimana buminya adalah tetap bumi ini akan tetapi diratakan dan langitnya adalah tetap langit ini akan tetapi terbelah,''(Al-Bab Al-Maftuh,3/23-24)


CREDIT : https://www.facebook.com/notes/ummu-alaydrus/balasan-syurga-buat-wanita/10150287516480395?pnref=lhc

Tuesday 2 June 2015

CARILAH ALLAH



CARILAH ALLAH WAHAI SAUDARAKU...ENGKAU PASTI MENJUMPAINYA

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Wahai saudaraku, engkau mengaku Islam dan mengaku memiliki Kitab Suci yang bernama Al-Quran. Sesungguhnya jika engkau beramal (bertingkah laku dan berakhlak) berdasarkan Al-Qur’an, maka engkau akan mudah menempati darjat di sisi Allah.

Dengan beramal berdasarkan sunah Rasulullah, engkau akan menempati kedudukan di sisi Nabi Muhammad Saw. Janganlah engkau berhenti mengamalkan ара yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Al-Qur’an itu sebagai pengharum dan sebagai sumber resapan kaum sufi. Al-Qur’an juga menjadi pembuka pintu kedekatanmu bersama Allah. Al-Qur’an sebagai penyambung hati jika engkau melangkah menuju kepada Allah.

Wahai saudaraku, sesungguhnya orang dungu itu menunggu kepastian, sedangkan orang berilmu itu menyertainya dan rela atas ketentuan. Janganlah engkau menanti kepastian dan merasa sedih terhadap kepastian itu. Sebab sikap bodoh seperti itu dapat menghancurkanmu.

Wahai saudaraku, janganlah engkau menjadi manusia yang tergila-gila dengan harta benda dan jangan hanya mengejar isi dunia saja. Jangan pula engkau bekerja hanya didasari atas kepentingan duniawi belaka. Perbuatan itu sungguh akan menghantarkan dirimu kepada kebatilan dan kecelakaan akhirat.

Rasulullah Saw. bersabda:

اِنَّ لِلَّهَ عَزَّ وَجَلَّ مَلِكًا يُنَادِى كُلَّ يَوْمٍ غُدْوَةً وَعَشِيَّةً، يَابَنِى اَدَمَ لِدُوْا لِلْمَوْتِ وَابْتَولِلْخَرَابِ واجْمَعُوا لِلاَعْدَاءِ
“Sesungguhnya Allah mempunyai Malaikat yang tiap hari, pagi dan sore selalu memanggil "Wahai anak cucu Adam bersiap-siaplah untuk mati, bangkitlah untuk binasa, dan berkumpulah (bersatulah) untuk menghadapi musuh.”

Wahai saudaraku, orang beriman itu selalu memasang niat baik dalam setiap tingkah laku dan perbuatannya. Dia beramal di dunia dengan niat untuk kepentingan akhiratnya. Orang beriman selalu memakmurkan masjid, madrasah-madrasah, pesantren, dan selalu mengajak kaum muslimin untuk berbuat begitu. Orang beriman selalu membantu keluarga, membantu orang miskin, anak yatim, dan hanya semata-mata untuk kepentingan umat. Sebab dia yakin bahwa Allah akan membalas kebaikannya dengan berbagai kenikmatan, baik di dunia maupun di akhirat.

Orang beriman itu tidak beramal kerana kepentingan hawa nafsunya. Namun mereka berbuat sesuai dengan perintah Allah yang terkandung dalam Al-Qur’an. Kalau anak cucu Adam telah sampai ke taraf ini, pasti dia akan selalu dekat kepada Allah. Hatinya tetap teguh bersama para nabi dan rasul-Nya. Dia selalu menerima ajaran yang datang dari Rasul-Nya dan menerapkan dalam setiap amal ibadahnya.

Orang beriman selalu berzikir (ingat) Allah, baik zikir lisan mahupun zikir hati. Alangkah senangnya hidup mereka. Sebagaimana yang dikisahkan Allah tentang ashabul kahfi: “Mereka itu dalam keadaan tidur dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri.” (QS Al-Kahfi [18]: 18).

Sesungguhnya mereka itu adalah orang yang berakal. Kerana itu mereka selalu bersyukur dalam setiap keadaan. Mereka adalah orang yang takut kepada Allah dan lebih mengutamakan perintah-Nya daripada kepentingan dirinya sendiri.

Wahai saudaraku! Sungguh celaka dirimu jika melakukan perbuatan sebagaimana yang dikerjakan oleh para penghuni neraka. Padahal dirimu menginginkan syurga. Hal itu membuktikan kerakusan yang tidak pada tempatnya. Engkau tidak akan pernah mendapatkan ара yang kau harapkan. Sebab jalan yang engkau tempuh itu menyimpang dari yang diperintahkan Tuhan mu. Janganlah engkau terpedaya oleh kenikmatan dunia, bahkan sampai menjadikan mu lupa kepada Allah. Tunggu saja, dalam waktu dekat kenikmatan duniawi yang berada di tangan mu itu akan dicabut oleh Allah. Dan, Allah akan merendahkan kehidupanmu hingga engkau benar-benar kembali tunduk dan patuh kepada-Nya.

Wahai saudaraku, jika engkau berada dalam kejayaan, maka manfaatkanlah kejayaanmu itu untuk bekal amal taat kepada-Nya. Gunakanlah kejayaan itu untuk mencari jalan menuju kepada jalan-Nya. Wahai saudaraku, ingatlah bahawa harta yang engkau miliki itu dapat membakar dan menghanguskan kulitmu di akhirat nanti. Maka belanjakanlah hartamu sesuai dengan ketentuan Al-Qur’an dan sunah Rasul mu. Agar engkau menjadi sejahtera, dunia dan akhirat.

Wahai saudaraku, cepat-cepatlah engkau menuju kepada Allah. Berlarilah kepada Allah. Gunakanlah harta yang ada di tanganmu untuk alat menuju kepada-Nya, untuk menegakkan syariat-Nya, untuk taat kepada-Nya dan untuk mencari redha-Nya. Seorang mukmin itu harus tahu bahawa Al-Qur’an adalah Roh hidayah yang ada di alam ini, oleh kerana itu, antara orang muslim dan Al-Qur’an harus ada hubungan yang erat. Sebab Al-Qur’an adalah tali Allah yang kuat dan jalan yang lurus. Al-Qur’an sebagai rahmat untuk alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Dalam Al-Qur’an telah terhimpun dasar-dasar kebaikan dan petunjuk untuk membangun kehidupan dan meletakkan landasan ketenteraman di muka bumi ini.

Allah Swt. berfirman: “Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.” (QS Al-Isrâ' [17] :9)”

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tuesday 19 May 2015

AL-QURAN MENJAWAB KELUHAN MANUSIA



AL-QURAN MENJAWAB KELUHAN MANUSIA


Dalam perjalanan hidup seorang manusia, kerap kali dia dirundung masalah. Dan seringkali, kerananya, manusia bingung tanpa arah, seolah-olah kehilangan punca dan tiada tempat bersandar.


Terdapat ayat-ayat al-Qur’an, yang menjawab keluhan-keluhan utama, ketika manusia mendapat ujian ataupun musibah.


Berikut sekelumit ayat – ayat yang langsung dapat menjawab berbagai pertanyaan manusia sebagai khalifah di muka bumi :


KENAPA AKU DIUJI ??


Al-QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ( Al-Ankabut : 2-3)


KENAPA PERLU ADA UJIAN INI ??


Al-QURAN MENJAWAB :

“(Allah-lah) yang menciptakan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji kalian, siapa di antara kalian yang lebih baik amalannya." (al-Mulk :2)


APAKAH MOTIF UJIAN INI ??


Al-QURAN MENJAWAB

“Inilah kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku samada bersyukur atau kufur. Sesiapa yang bersyukur, maka ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Jika seseorang itu kufur:. (an-Naml:40)


KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN ??


Al-QURAN MENJAWAB :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” ( Al-Baqarah : 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??


Al-QURAN MENJAWAB:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah : 286)


KENAPA AKU DITIMPA KEKECEWAAN ???


Al-QURAN MENJAWAB :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-Imran : 139)


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???


Al-QURAN MENJAWAB :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata” (Al-Imran : 139)


APA YANG AKU DAPAT ???


Al-QURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…” (At-Taubah : 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???


Al-QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal” (At-Taubah : 129)


AKU TAK SANGGUP !!!!


Al-QURAN MENJAWAB :

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Yusuf : 12)


Segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Allah Pemilik Semesta Alam. Cukup jelaslah bahawa Allah-lah yang memberi kita cubaan permasalahan dan ujian, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawapannya! Hanya Allah tempat sandaran manusia.






SILA SHARE DAN SEBARKAN








~ Ustaz Iqbal Zain

Friday 15 May 2015

AMANAT TERAKHIR RASULULLAH SAW


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melakukan ibadah Haji yang terakhir pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah yang juga berlakunya peristiwa Haji Wida’ di Lembah Uranah, BukitArafah.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyampaikan khutbah atau amanat terakhirnya di hadapan sekumpulan besar kaum Muslimin yang kandungannya penuh dengan nilai akhlak dan persaudaraan. Seharusnya kita yang mengaku menyayangi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mengambil peringatan dan sekaligus mengamalkan pesanan istimewa Baginda tersebut.
.
Amanat penting yang terangkum dalam khutbah perpisahan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah seperti berikut:
.
Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
  • Wahai manusia sekalian! Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
  • Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
  • Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Sesungguhnya syaitan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kamu) dengan cara yang lain. Syaitan akan puas jika kamu sekalian melakukan perbuatan tercela. Oleh kerana itu hendaklah kamu menjaga agamamu dengan baik.
  • Takutlah kepada Allah SWT dalam bersikap kepada wanita, kerana kamu telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu sekalian.
  • Wahai manusia sekalian! Sebagaimana kamu mempunyai hak (kewajipan) atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai kewajipan atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan kewajipan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
  • Layanilah wanita-wanita (hamba) kamu dengan baik! Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kamu makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kamu pakai dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Jika mereka melakukan suatu kesalahan yang tidak boleh kamu maafkan, maka pulangkanlah hamba tersebut dan janganlah kamu menyeksa mereka.
  • Wahai manusia sekalian! Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
  • Ketahuilah kamu sekalian, bahawa setiap Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Oleh sebab itu janganlah kamu menganiaya diri kamu sendiri.
Ya Allah, sudahkah aku menyampaikan mesej ini kepada mereka?
  • Ingatlah bahawa kamu akan menemui dan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
  • Wahai manusia sekalian! Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
  • Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
  • Hendaklah orang-orang yang hadir mendengar ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain yang tidak hadir dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami kata-kataku ini dari kamu yang mendengar terus dariku pada hari ini.
.
Kalau kamu semua nanti akan ditanya tentang kau, maka apakah yang akan kamu katakan?
Semua yang hadir menjawab, “Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tentang kerasulanmu, engkau telah menyampaikan amanah, dan telah memberikan nasihat.”
Sambil menunjuk ke langit, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian bersabda;Saksikanlah Ya Allah! Bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
.
(HR. Bukhari dan Muslim).
.
.

والله أعلم بالصواب  

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


ISTIQAMAH SEORANG WANITA DI BULAN REJAB


ISTIQAMAH SEORANG WANITA DI BULAN REJAB

Ada seorang wanita yang tinggal di sekitar Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis), dia mempunyai kebiasaan (amalan) unik. Jika datang Bulan Rejab, salah satu dari bulan yang dimuliakan Allah seperti disebut dalam Surah At Taubah ayat 36, dia beri’tikaf di Masjidil Aqsa dengan memakai pakaian (selimut) bulu, pakaian paling sederhana saat itu, dan membaca Surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad,…) sebanyak 12.000 kali sebagai suatu bentuk zikir kepada Allah. Dia tidak pernah meninggalkan kebiasaan amalannya itu setiap kali Bulan Rejab datang, hingga kematian menjemputnya.

Bulan Rejab memang bulan yang penuh keberkahan. Dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa Bulan Rejab adalah Bulan Allah, Bulan Sya’ban adalah Bulanku (Bulan Nabi SAW), dan Bulan Ramadhan adalah Bulan Umatku (Umat Nabi SAW, umat Islam). Setiap memasuki Bulan Rejab, beliau juga mengajarkan doa kepada para sahabat, yaitu : “Allahumma baarik lanaa fii rajaaba, wa sya’baana, wa ballighnaa romadhoon.”

Makna dari doa tersebut adalah : Ya Allah, berilah keberkahan kepada kami pada bulan Rejab ini, juga pada Bulan Sya’ban, dan sampaikanlah (panjangkanlah umur) kami kepada Bulan Ramadhan. Mungkin kerana ingin menghormati, sekaligus ‘memancing’ barakah dari Bulan Rejab itu, wanita tersebut menjalankan amalan zikirnya tersebut secara istiqomah, walaupun tidak ada anjuran khusus dari Rasulullah SAW atau para sahabat lainnya.

Soal ibadah yang bernama zikir ini, menurut pendapat majoriti ulama, memang tidak ada anjuran khusus seperti halnya ibadah khusus yang mempunyai kaifiat dan waktu yang tersendiri seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lainnya. Setiap orang boleh mengamalkan zikir dimana saja, dimana saja dan sebanyak apa, sesuai dengan keadaan dan kemampuannya, tidak ada batasan khusus. Perintah Al Qur’an dalam berzikir hanya bersifat umum : Yaa ayyuhal ladziina aamanudzkurullaaha zikiran katsiiran, wa sabbihuuhu bukratan wa ashiilaa. (Wahai orang-orang beriman, berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya pagi dan petang)

Hanya saja para ulama menggaris-bawahi, bacaan yang dibaca dalam zikir itu sebaiknya adalah ayat-ayat (surat) Al Qur’an, kalimat-kalimat toyyibah yang diajarkan Rasulullah SAW, selawat, dan doa-doa. Nabi SAW memang mengajarkan zikir khusus pada beberapa waktu tertentu, seperti misalnya setelah solat lima waktu, pada waktu pagi dan petang, dan lain-lainnya, tetapi tidak bersifat wajib, tetapi hanya sunnah saja. Tidak bermakna ia tidak boleh dibaca selain dari waktu pagi dan petang.

Tidak ada penjelasan pasti bagaimana wanita di Masjidil Aqsa itu menjalankan zikirnya yang 12.000 Surah al Ikhlas itu. Kelihatannya cukup berat, tetapi sebenarnya tidak seperti itu, kerana surat al Ikhlas sangat pendek dan mudah dihafalkan. Kalau dijalankan selama sebulan (lebih kurang selama 30 hari), sebenarnya tidaklah terlalu berat. Duabelas ribu kali, bererti 400 kali setiap harinya, kalau dibaca setelah solat lima waktu, berarti 80 kali, dan itu tidak sampai sepuluh minit jika dibaca tartil (tidak terlalu cepat atau lambat).

Ketika usianya makin tua dan dia merasa ajalnya makin dekat, wanita itu berwasiat kepada anak lelakinya, agar nantinya dia dikafani dengan selimut bulu yang biasa dipergunakannya untuk i’tikaf di Baitul Maqdis dan berzikir dengan surat al-Ikhlas pada Bulan Rejab itu. Atau paling tidak, selimut bulu itu disertakan (ikut dikuburkan) ketika dia dimakamkan. Ketika wanita itu meninggal, anak lelakinya itu malu untuk mengkafaninya dengan selimut (pakaian) bulu itu, yang keadaannya sudah tua dan sangat lusuh, apalagi dia termasuk orang yang berkemampuan. Dia membeli kain yang berkualiti bagus dan berharga mahal untuk mengkafani jenazah ibunya.

Pada malam harinya, anak lelaki itu bermimpi bertemu ibunya dalam keadaan marah. Ibunya itu berkata, “Aku tidak senang kepadamu kerana kamu tidak mahu melaksanakan wasiatku!!”

Anaknya itu terbangun dalam keadaan ketakutan. Dia segera mengambil selimut bulu milik ibunya dan segera berangkat ke pemakaman dengan membawa cangkul (atau alat penggali). Dia terus menggali sampai kedalaman tertentu, tetapi ternyata dia tidak menemukan jenazah ibunya. Dia kebingungan sekaligus ketakutan, jangan-jangan ini akibat kesalahannya juga kerana tidak melaksanakan wasiat ibunya. Tiba-tiba terdengar hatif (suara tanpa wujud) bergema di sekitarnya, “Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya orang yang berbakti kepada Kami dalam Bulan Rejab, tidak akan Kami biarkan sendirian!!”


Ustaz Iqbal Zain

SILA SHARE DAN SEBARKAN

KISAH BENAR MENGENAI TAWAKKAL

KISAH BENAR MENGENAI TAWAKKAL

Sebuah kisah yang telah diceritakan sendiri oleh Atha' bin Al-Azraq. Pada suatu hari isteri Atha' menyuruhnya pergi ke pasar untuk membeli gandum kerana gandum di rumahnya telah habis. Setelah isterinya memberi wang sebanyak 2 dirham, Atha' mengambil karung guni dan berjalan menuju ke pasar.
Di dalam perjalanan dia mendapati seorang hamba sahaya sedang menangis. Orang ramai yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan hamba tersebut. Oleh kerana kasihan melihat keadaan hamba tersebut, Atha' menghampiri hamba yang sedang menangis itu lalu bertanya: "Kenapa kamu menangis di tepi jalan ini?" Hamba itu menjawab: "Saya diberi wang sebanyak 2 dirham oleh tuan saya supaya membeli barang keperluan di pasar. Apabila tiba di sini, saya dapati wang itu sudah tiada." Hamba tadi menangis lebih kuat lagi seraya menyambung: "Mungkin wang itu tercicir semasa dalam perjalanan kemari."
Atha' bertanya lagi: "Kenapa kamu tidak pulang saja dan memberitahu tuanmu tentang kehilangan wang tersebut?." Sambil menangis hamba tadi menjawab: "Jika saya pulang dan memberitahu tentang kehilangan wang tersebut, tentulah saya dimarahi dan dipukul dengan teruk". Atha' merasa simpati di atas penjelasan hamba itu lalu berkata: "Ambil wang ini dan belilah barang-barang yang dipesan oleh tuanmu." Hamba tadi mengambil wang itu dan mengucapkan terima kasih kepada Atha' lalu beredar dari situ menuju ke pasar untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh tuannya.
Setelah hamba tadi beredar dari situ Atha' berfikir sendirian: "Bagaimana aku hendak membeli gandum yang dipesan oleh isteriku sedangkan wang 2 dirham telah aku berikan kepada hamba tadi?" "Dari mana aku hendak mencari wang sebanyak itu?" katanya lagi. Untuk menenangkan fikirannya, Atha' menuju ke sebuah masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat sunat. Atha' berada di dalam masjid agak lama, sehingga beliau sempat bersolat Asar di situ. Beliau berdoa supaya Allah SWT membantunya.
Setelah selesai solat Asar, Atha' menuju ke rumah kawannya kerana ia takut dileteri oleh isterinya kerana pulang tanpa membawa gandum yang dipesannya. Pada mulanya Atha' ingin menceritakan dan meminta bantuan daripada kawannya tetapi apabila tiba di rumah kawannya, ia tidak tergamak untuk memberitahu hajatnya. Apabila kawannya melihat Atha' membawa karung kosong, lalu kawannya bertanya: "Apa tu? Karung kosong?" jawab Atha': "Ya" "Kalau begitu isilah habuk kayu ini dan bawalah pulang untuk dijadikan bahan bakar," kata kawannya. Tanpa berkata apa-apa, Atha' terus mengisi karung guni dengan habuk kayu yang diberikan oleh kawannya dan terus pulang ke rumahnya.
Apabila tiba dirumahnya, Atha' meletakkan guni yang berisi habuk kayu tadi di rumahnya dan beredar dari situ dengan senyap-senyap kerana takut isterinya berleter disebabkan karung tersebut telah diisi dengan habuk kayu. Atha' kemudian menuju ke masjid. Agak lama juga beliau berada di sana sehingga hampir larut malam barulah dia pulang. Setibanya di rumah, dia tercium bau harum roti yang sedang dibakar. Atha' kemudiannya masuk ke dapur dan melihat isterinya sedang membakar roti lalu berkata: "Harumnya bau roti ini!" Jawab isterinya: "Memanglah kerana gandum ini dari kualiti yang baik". Atha' bertanya lagi: "Dari mana kamu dapat tepungnya?" "Dari mana lagi, dari karung yang awak bawa baliklah!", jawab isterinya. Atha' kehairanan lalu berkata di dalam hatinya: "Dari mana datangnya gandum itu sedangkan karung tadi berisi dengan habuk kayu. Ajaib sungguh!"
Atha' bertanya kepada isterinya: "Mana karungnya? Biar aku lihat.." Isterinya menghulurkan karung tadi dan dilihatnya. "Memang benar, karung tadi yang berisi habuk kayu telah bertukar menjadi gandum yang berkualiti baik," kata Atha' di dalam hatinya. Atha' hanya mampu memandang sahaja sedangkan dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya gandum tersebut.
Begitulah jika kita sentiasa merendah diri, beriman dan bertawakkal kepada Allah SWT...
Firman Allah SWT: “Dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara.” (QS Al-Ahzab: 33)
Allah SWT juga berfirman: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (QS Luqman: 22)

Wallahua’lam..


Ustaz Iqbal Zain
SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sunday 10 May 2015

TANPA PREJUDIS

bagaimana harusku
berhenti berfikir
tanpa Engkau hadir
melengkapkan jemala hamba
untuk bebas terbang
tanpa walang
setiap yang hidup perlu pengisian
tanpa prejudis

Norlidar
10.05.2015
Selangor Darul Ehsan

Friday 8 May 2015

KASIH 23


Kasih
di saat awan kelabu
berarakan 
di tiup bayu
luruh titis-titis syahdu
Engkau suburkan tanah-tanih
segala benih yang kami semai
suburkanlah jua
hati-hati perih....
hati-hati yang kering kontang
menanti Rahmat-Mu

Norlidar
08.05.2015, Kuala Lumpur

Wednesday 22 April 2015

CARA RASULULLAH MENEGUR ISTERINYA




Cara Nabi Menegur seorang Isteri baginda

Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah s.a.w untuk makan.

Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin. Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata :
"Wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan."

Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi :
"Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu?"

Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata :
"Dahulu kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu."

Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum.

Tuesday 21 April 2015

ILMU TANPA AKHLAK



Ilmu tanpa Akhlak; "Al-Imam As-Syafi'e rah. pernah berpesan, kita ini tidak akan mendapatkan sesuatu ilmu itu kecuali dengan enam perkara.

Yang pertama adalah kecerdasan akal. Akal untuk memahami, membaca dan menghafal.

Yang kedua adalah semangat. Orang yang mencari ilmu mesti punya semangat dan keazaman untuk mendapatkan ilmu. Mereka ini diibaratkan seperti orang yang dahaga sangat dan amat memerlukan kepada minuman."

Dan yang ketiga adalah rajin dan istiqamah. Dalam kehadiran, dalam membaca, dalam mendengar, dalam mencatit serta apa sahaja untuk mendapatkan ilmu. Memerlukan istiqamah.

Yang keempat adalah mempunyai wang. Wang untuk membeli buku, membeli pen, transport, dan membayar yuran pengajian sekiranya di universiti."

Yang kelima adalah hubungan yang baik antara guru dengan murid.

Dan yang keenam adalah petunjuk daripada guru. Bukan daripada kitab, kitab adalah wasilah. Tetapi daripada guru. Guru yang bersanad akan keilmuannya."


"Kerana apa yang kita baca dan faham sendiri itu belum tentu yang di maksudkan oleh sohibul kitab. Oleh sebab itu kita memerlukan guru mursyid, untuk mengajar dan menerangkan apa yang di maksudkan oleh ulama pengarang kitab."

"Dikatakan ilmu itu tanpa adab dan tanpa akhlak akan jadi pincang, terkadang kita nampak orang alim tetapi bilamana berhadapan dengan masalah yg mencabar emosi dan juga akhlak, akan terlihat di situ dia alim dan berakhlak atau alim sahaja. Orang berilmu yang berakhlak atau orang itu hanya berilmu sahaja."

"Dikatakan Imam As-Syafie pernah dimaki oleh seseorang yang lalu. Tetapi, beliau tidak menjawab dan tak mengendahkan orang tersebut dan berlalu pergi. Lalu datang anak muridnya dan berkata "Wahai Imam, kenapa tuan tidak menjawab kepada orang yang memaki hamun kepada tuan tadi? selalu orang dimaki sekali tetapi kita dibantai dengan tiga empat kali dengan makian."

"Lalu Imam As-Syafie berkata; "Orang jahil berkata perkara yang tidak baik kepada saya, saya tidak ingin melayan, kerana ia akan bertambah jahil dengan kata-katanya yang jahil dan saya bertambah mulia dengan tidak melayani beliau. Umpama kayu gaharu, jika kita hendak tahu ia wangi atau tidak, dibakar dulu. Ya kan?"

"Nak tahu kedudukan seseorang itu alim dan berakhlak ataupun tidak, hendaklah diuji, apabila diusik emosinya jika ia melenting.

Mungkin dia berilmu tetapi akhlaknya dan cara mengawal emosinya itu adalah akhlak kerana akhlak itu tidak mungkin didapati oleh sesiapa tanpa ilmu."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid

Friday 3 April 2015

KISAH AHMAD BIN HARUN AR-RASYID (Putera Raja Yang Meninggalkan Kemewahan)


KISAH AHMAD BIN HARUN AR-RASYID
(Putera Raja Yang Meninggalkan Kemewahan)

Ahmad adalah salah seorang putera Khalifah Harun ar-Rasyid yang sangat berbeza pendiriannya daripada putera-puteranya yang lain. Dia lebih suka berzikir kepada Allah Subhanahu wata’ala daripada membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan melalaikan.

Di antara kata-kata masyhur yang pernah diluahkannya: “Wahai ahli kubur! Engkau adalah orang yang telah mendahului kami menghadapi Allah Subhanahu wata’ala. Aku tahu bahawa engkau adalah orang yang pernah memiliki dan menakluki dunia ini semasa hidupmu, tapi aku tidak nampak dunia ini dapat menyelamatkan engkau daripada ajal dan akhirnya engkau dihalau juga ke kubur, begitulah juga nasibku, sama seperti engkau.”

Pada suatu hari Ahmad datang kepada ayahandanya, Khalifah Harun ar-Rasyid yang sedang berada di majlis rasmi bersama para menteri. Seperti biasa dia memakai jubah sufi daripada kain kasar dan di kepalanya pula terlilit serban yang sudah lusuh. Beberapa orang menteri merasa tidak senang dengan kehadirannya dan melaporkan perkara itu kepada khalifah.

Khalifah pada mulanya tidak begitu mengambil kisah akan keadaan anaknya itu tetapi bila laporan dibuat, khalifah terpaksa bertindak dengan berkata:

“Wahai anakku! Pakaian dan keadaan dirimu itu menyinggung perasaanku di hadapan pembesar negara, pakailah pakaian yang elok dan bersopan.”

Ahmad yang memang terdidik sejak kecil lagi tidak menjawab dan menyanggah perkataan ayahandanya, sebaliknya memandang ke bumbung istana, melihat seekor burung sedang bertenggek di atas salah satu palang istana seraya berkata:

“Wahai burung, demi Allah yang menjadikan engkau, sila ke mari!” Kata Ahmad sambil menghulurkan tapak tangannya. Burung itu pun terbang dan hinggap di tangannya.
Kemudian Ahmad berkata kepada burung itu: “Wahai burung, sila engkau balik semula ke tempatmu.” Ketika itu juga burung tersebut terbang semula ke atas palang bumbung istana.

Kejadian yang dianggap ajaib ini membuatkan orang yang hadir termasuk khalifah menjadi hairan. Namun beliau sedar bahawa puteranya yang satu ini memang mempunyai maqam yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wata’ala.

Selepas itu Ahmad berkata kepada khalifah: “Wahai ayahanda! Hulurkan tangan ayahanda.” Khalifah Harun ar-Rasyid terkejut mendengar pemintaan anaknya itu. Bagaimanapun secara spontan Kalifah Harun ar-Rasyid menghulurkan tangannya.

Kemudian Ahmad mengarah lagi: “Wahai burung! Demi Allah yang telah menjadikan engkau, silalah engkau hinggap di tangan khalifah.”

Burung itu tidak mahu menurut perintahnya. Khalifah menjadi gelisah dan serba salah apatah lagi semua mata tertumpu ke arahnya. Para hadirin berbisik sesama sendiri membuat pelbagai andaian mengapa burung itu tidak mahu hinggap di tangan Khalifah Harun ar-Rasyid.

Kemudian Ahmad berkata lagi kepada ayahandanya: “Ayahanda, jangan sampai ayahanda mati di dalam kealpaan dan keseronokan dunia sehingga burung pun tak mahu mendekati ayahanda. Kalau ayahanda merasa malu disebabkan saya berada di sini, baiklah saya keluar dari istana ini.”

Khalifah berusaha menghalang maksud anaknya, namun Ahmad tetap dengan pendiriannya. Khalifah pasrah dengan keputusan anaknya itu. Maka keluarlah putera ini meninggalkan bapanya dan segala kemewahan menuju ke Basrah. Dia tidak membawa apa-apa bekalan selain daripada sebuah Mushaf al-Qur’an dan sebentuk cincin di jari pemberian ibunya. Cincin itu asalnya adalah milik Khalifah Harun ar-Rasyid yang dihadiahkan kepada isterinya.

Di Basrah, sedang Ahmad mundar-mandir di tempat kerja mengorek tanah, tiba-tiba beliau disapa oleh Syeikh Abdullah ibnu Farad, seorang bangsawan di situ.

“Wahai anak muda, adakah engkau mencari kerja?” tanya orang kaya ini.

“Ya, saya sedang mencari kerja untuk menampung keperluan hidup”, sahut Ahmad.

“Kalau begitu, kerjalah dengan saya kerana kebetulan saya sangat memerlukan pekerja untuk menyiapkan pembinaan rumah dan parit.”

“Wahai orang kaya, saya setuju tetapi ada dua syarat sebelum saya memulakan kerja”, ujar Ahmad.

“Apa syaratnya?” Pintas Syeikh Abdullah.

“Pertama, saya mahu diupah hanya untuk keperluan makan saja, dan yang kedua, tuan mengizinkan saya sembahyang setiap kali masuk waktu.” Kata Ahmad.

Setelah keduanya bersetuju maka bekerjalah anak muda ini dengan rajin dan tekun serta tidak mencuri tulang. Apabila masuk waktu, dia berhenti dan menunaikan sembahyang, kemudian menyambung kerjanya semula.

Pada hari itu apabila Syeikh Abdullah datang kembali ke tempat kerjanya, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati hasil kerja putera Ahmad ini sama dengan kerja yang dibuat oleh sepuluh orang. Oleh kerana itu Syeikh Abdullah merasa tidak patut upahnya dibayar seperti yang dimintanya. Maka beliau pun menghulurkan dua dirham kepada Ahmad.

“Tuan, mengapa upah saya ditambah menjadi dua dirham?” Tanya Ahmad.

“Engkau seorang yang rajin, hasil kerjamu sama seperti pekerjaan yang dibuat oleh sepuluh orang, adalah zalim sekiranya saya membayar upahmu hanya untuk keperluan makanmu saja.” Jawab Sheikh Abdullah.

“Tidak boleh tuan, kita sudah berjanji dengan upah satu perpuluhan enam dirham, tidak boleh lebih, sila ambil bakinya”, katanya tegas.

Syeikh Abdullah bertambah hairan, baru sekarang dia berjumpa dengan pekerja yang tidak mahu dibayar lebih, walaupun kerjanya sangat banyak. Beliau merasakan rezekinya semakin bertambah dengan adanya pekerja seperti anak muda ini yang tidak tahu penat lelah. Setiap pekerjaan yang diamanahkannya dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat.

Pada suatu hari, Abdullah cuba mengintai bagaimana Ahmad melakukan pekerjaannya. Abdullah bersembunyi-sembunyi mengintip, apa yang dilihatnya amat memeranjatkan. Ahmad hanya duduk disatu tempat membaca al-Quran dan batu-batu sendiri berterbangan tersusun ditempatnya sehingga terbina bangunan. Baru Abdullah mengetahui mengapa hasil pekerjaannya begitu pantas sekali. Dan fahamlah Abdullah bahawa anak muda ini adalah seorang wali Allah.

Sehinggalah setelah beberapa lama bekerja, tiba-tiba pada suatu hari Ahmad tidak datang bekerja menyebabkan Syeikh Abdullah tertanya-tanya, mungkinkah beliau berhalangan atau sakit. Setelah masuk hari kedua Ahmad masih juga tidak muncul, maka Syeikh Abdullah mengambil keputusan mencarinya sendiri.

Setelah mendapat maklumat daripada orang ramai, akhirnya beliau dapati anak muda itu sedang sakit terlantar di pondok buruknya. Syeikh Abdullah sangat terkejut kerana tempat tinggalnya hanyalah pondok yang tidak berpintu serta beliau tidur hanya beralaskan pecahan batu bata. Beliau kelihatannya sangat lemah tidak bermaya dan tenat.

Setelah memberi salam, Syeikh Abdullah mengangkat kepala anak muda itu dan diletakkan ke ribanya. Apabila mengetahui bahawa yang datang itu adalah Syeikh Abdullah iaitu majikannya, Ahmad kuatkan dirinya dan berkata :

“Tuan sungguh baik hati! Tuan mengambil berat tentang diri saya. Ketahuilah, tuan akan ditanya di akhirat nanti, apa tanggungjawab tuan kepada saya. Tuan, janganlah mudah tertipu oleh nikmat dunia, ingatlah nikmat itu akan habis, umur pun akan berakhir. Jika tuan mengusung mayat saudara tuan ke kubur, ingatlah tuan juga akan diusung ke sana suatu hari nanti.”

Suasana sedih itu membuatkah Syeikh Abdullah menitiskan air mata. Nasihat daripada anak muda ini sedikit sebanyak menyedarkan dirinya bahawa setiap yang hidup pasti akan menemui mati.

“Tuan, mahukah tuan berjanji jika roh saya telah berpisah daripada tubuh, hendaklah tuan sendiri yang memandikannya, tuan kafankan mayat saya dengan jubah yang saya pakai ini?” Sambungnya lagi.

“Ya, saya berjanji, tapi kenapa aku tidak boleh kafan mayatmu dengan kain kafan yang baru?” Ujar Syeikh Abdullah yang tidak dapat menahan esak tangisnya.

“Tuan, ketahuilah, orang yang masih hidup lebih memerlukan pada yang baru daripada orang yang sudah mati. Pakaian akan hancur sedangkan amal akan kekal selamanya”, katanya yang semakin tenat.

Di dalam suanana pilu itu anak muda ini sempat berkata: “Tuan, ambillah bungkusan dan serban ini untuk diberikan kepada tukang gali kubur. Mushaf dan cincin ini tolong sampaikan kepada pemerintah, Khalifah Harun ar-Rasyid.”

Sampai di sini airmata Syeikh Abdullah tidak dapat dibendung lagi, kerana sangat terharu mendengar wasiat anak muda ini yang sudah hampir ajalnya menghadap Allah Subhanahu wata’ala itu. Namun untuk memudahkan beliau menerima wasiat itu, ditunjukkan wajahnya yang gembira.

Anak muda itu melanjutkan wasiatnya: “Saya mohon disampaikan barang ini dengan tanganmu sendiri, jangan melalui perantaraan orang lain. Katakan kepada Amirul Mukminin: “Wahai Amirul Mukminin, ini ada amanah daripada seorang lelaki muda yang tidak saya kenali dan disuruh sampaikan kepada tuan. Anak muda itu berpesan kepada Amirul Mukminin: “Jangan sampai engkau mati di dalam kealpaan dan keseronokan dunia.”

Sebaik saja anak muda ini berkata sedemikian, rohnya pun melayang dicabut malaikat dan pergilah anak muda ini menemui Tuhannya yang dirindui selama ini.

Setelah menyempurnakan mayat Ahmad sebagaimana yang diwasiatkan, maka Syeikh Abdullah pun bersiap untuk menyampaikan wasiat yang kedua iaitu menyerahkan barang anak muda ini kepada Khalifah Harun ar-Rasyid.

“Wahai Amirul Mukminin! Saya Abdullah ibnu Farad. Saya ada menerima wasiat daripada seorang anak muda yang tidak dikenali untuk diserahkan barang ini kepada tuan dengan pesanannya agar jangan sampai tuan mati di dalam keadaan kealpaan dan keseronokan dunia”, kata Syeikh Abdullah memperkenalkan dirinya.

Sebaik saja Amirul Mukminin melihat Mushaf dan cincin takhta kerajaan, tiba-tiba badan baginda gementar dan mukanya berubah teringatkan anaknya yang pergi tanpa berita itu. Apa lagi kata-kata itu pernah didengarnya suatu waktu dulu.

“Dekatlah diri engkau denganku, ceritakan apa yang berlaku”, kata Amirul Mukminin.

Terjadilah perbualan yang sangat mengharukan antara Khalifah Harun ar-Rasyid dengan Syeikh Abdullah yang pernah menjadi majikan kepada puteranya.

“Wahai Syeikh Abdullah! Semasa hayatnya pekerjaan apa yang engkau bagi kepadanya?” Soal Amirul Mukminin.

“Mengorek tanah dan mengecat rumah”, jawab Syeikh Abdullah jujur.

“Wahai Abdullah, adakah sampainya hati engkau menjadikan orang yang bersambung nasab dengan nasab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai pekerja yang sedemikian?” Tanya Khalifah.

“Saya mohon maaf wahai Amirul Mukminin. Sebenarnya saya tidak mengetahui putera itu anak tuan”, kata Syeikh Abdullah.

Khalifah tidak dapat menahan sebak mengenangkan kisah perjalanan anaknya yang menempuh jalan zuhud itu dan akhirnya menemui Allah. Khalifah berkata “Wahai Abdullah, dia dilahirkan sebelum aku menaiki takhta sebagai khalifah, dan dia tumbuh menjadi anak yang soleh, dia menghafal al-Qur’an dan mempelajari ilmu syari'at. Ketika aku diangkat menjadi khalifah dia meninggalkan aku dan tidak mau menikmati harta dunia yang aku miliki sedikitpun juga”.

Maka aku menyerahkan cincin ini kepada ibunya, ia adalah permata yang sangat mahal harganya.
Aku berkata kepada ibunya, serahkan cincin ini kepada anak kita dan mintalah agar dia membawanya agar dia boleh memanfaatkannya suatu hari kelak, Dia adalah seorang anak yang sangat berbakti kepada ibunya. Semenjak ibunya meninggal aku tidak pernah lagi mendengar beritanya kecuali khabar yang telah engkau sampaikan kepadaku”, sambung Khalifah lagi.

Pada suatu malam Syeikh Abdullah bermimpi bertemu sekelompok benda putih seakan-akan awan, di bawahnya ada sebuah kubah yang dibuat daripada cahaya. Seketika kemudian awan itu pecah dan muncul seorang anak muda dari dalam sambil memanggil beliau: “Wahai Syeikh Abdullah! Semoga Allah membalas kepada tuan atas jasa-jasa tuan yang telah mengambil berat terhadap diri saya dengan kebaikan yang banyak sekali.”

“Wahai Ahmad, engkau di mana sekarang?” Tanya Syeikh Abdullah.

“Saya telah pergi menemui Tuhan Yang Maha Mulia, Allah telah meredhai diri saya, Dia telah memberikan saya pemberian yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah terlintas di hati manusia”, jawab anak muda itu.

Kemudian anak muda itu menasihatkan agar janganlah manusia keluar dari dunia yang fana ini kecuali di dalam keadaan keredhaan Allah Subhanahu wata’ala. Kemudian Syeikh Abdullah terjaga daripada tidurnya lalu tersenyum dan beliau berhasrat untuk menceritakannya kepada Khalifah Harun ar-Rashid supaya terubat sedikit hati khalifah bila mendengarnya.

Semoga kisah di atas sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan panduan untuk kita semua. Apabila sudah sampai masa kita kembali ke pangkuan Allah Subhanahu wata’ala hendaklah kita berada di dalam keredhaanNya.


(Raudh ar-Rayyahin lil Imam Yafi')


SILA SHARE DAN SEBARKAN

40 MANFAAT DAN KEAJAIBAN SELAWAT


1.Membaca selawat sebagai bentuk realisasi ketaatan kepada perintah Allah Ta’ala.

2.Mencontohi Allah dalam membaca selawat.

3.Mencontohi para malaikat-Nya.

4.Mendapat balasan sepuluh rahmah dari Allah setiap membaca sekali selawat.

5.Diangkat sepuluh darjat kerana membaca sekali selawat.

6.Ditulis sepuluh kebaikan bagi yang membaca sekali selawat.

7.Dihapus sepuluh keburukan bagi yang membaca sekali selawat.

8.Menjadi sebab utama dikabulkan doa.

9.Menjadi sebab meraih syafaat Nabi.

10.Mendapat pengampunan dari Allah.

11.Allah akan mencukupi hidupnya dari berbagai macam keluh kesah.

12.Sebagai sebab dekatnya seorang hamba dengan Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi wa sallam nanti pada hari kiamat.

13.Selawat dapat mengganti dan menduduki ibadah sedekah.

14.Menjadi sebab terpenuhi berbagai macam hajat keperluan.

15.Meraih selawatnya Allah dan selawatnya para malaikat atasnya.

16.Menjadi sebab seseorang meraih kesucian dan kemuliaan.

17.Orang yang gemar membaca selawat akan mendapat khabar gembira
sebelum matinya.

18.Akan meraih keamanan dan keselamatan dari rintangan hari kiamat.

19.Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam akan menjawab selawat dan salam
kepada orang-orang yang membaca selawat dan salam kepadanya.

20.Dapat membantu seorang hamba mengingatkan sesuatu yang terlupa.

21.Menjadi sebab berkahnya suatu majlis agar tidak kembali pulang dalam
keadaan merugi dan cacat.

22.Membaca selawat mampu mengusir dan melenyapkan kemiskinan.

23.Membaca selawat mampu menghilangkan penyakit bakhil dari seorang hamba.

24.Menjadi selamatnya seorang hamba dari doanya Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam yang buruk, kerana beliau mendoakan celaka bagi yang mendengar nama disebut tidak membaca selawat.

25.Membaca selawat menjadi jalan menuju syurga.

26.Selamat dari busuknya majlis kerana tidak membaca selawat.

27.Membaca selawat menjadi penyempurna bagi pembicaraan pada saat berkhutbah/berceramah

28.Menjadi sebab sempurnanya cahaya seorang hamba pada saat meniti titian sirat.

29.Membaca selawat akan mengeluarkan seseorang dari sifat kasar dan keras kepala.

30.Menjadi sebab pujian Allah keatasnya.

31.Mendatangkan keberkahan dan rahmat kepada orang yang membaca selawat.

32.Mengeluarkan seseorang dari zulumat kegelapan kepada nur cahaya.

33.Sebagai bukti cinta Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam secara abadi Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam akan selalu mencintai orang yang membaca selawat

34.Dimudahkan melunaskan hutang piutang

35.Menjadi sebab seorang hamba meraih hidayah.

36.Nama orang yang membaca selawat akan disampaikan kepada Nabi
Shallallahu'alaihi wa sallam

37.Menjadi sebab teguhnya kaki pada saat meniti titian.

38.Dengan membaca selawat berarti seseorang telah menunaikan haknya Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi wa sallam atasnya.

39.Mengandung zikir dan syukur kepada Allah.

40.Selawat adalah doa kerana dengan membaca selawat berarti telah memuji khalilullah dan kekasih-Nya. Dengan itu bererti telah mendoakan baik untuknya.

(Di salin dari kitab yang ditulis Abu Muhammad Abdul Haq al-Hasyimi)

Selawat dan salam pada Habibullah, Rasulullah sallalLahu alaihi wassalam.

Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW wahai saudaraku, cintai sunnahnya dan dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan Ihsan dan menanggalkan kekotoran syirik pada batinmu!

Ustaz Iqbal Zain

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Thursday 2 April 2015

KISAH PUTERI SYAH KIRMANI

KISAH PUTERI SYAH KIRMANI

(Seorang Gadis Yang Tinggi Tawakkalnya Kepada Allah)

Syah bin Syuja’ adalah seorang sufi yang berasal dari keluarga bangsawan di kota Kirmani, sebuah kota di Parsi. Beliau biasa dipanggil sebagai Syah Kirmani. Beliau memiliki dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Meskipun masih remaja keduanya mempunyai kecerdasan kerohanian yang luar biasa. Barangkali mereka memang mewarisi sifat ayahanda mereka melalui tarbiah dan didikan agama yang begitu baik sekali.

Seorang puteri Syah bin Syuja’ telah dipingitnya (tidak boleh keluar rumah) selama 20 tahun. Apabila usianya sudah sampai 20 tahun maka para anak-anak menteri di kota Kirmani ramai yang datang untuk melamarnya. Sebagai orang tua, tentu saja Syah bin Syuja’ merasa senang ramai yang meminang puterinya.

Tetapi, di sisi lain Syah bin Syuja’ merasa sedih dan bimbang, siapa jodoh puterinya itu yang sebenarnya? Maka kepada para anak-anak menteri yang melamar puterinya itu Syah bin Syuja’ meminta waktu 3 hari untuk memutuskannya.

Setelah Syah bin Syuja’ pergi menjelajah dari masjid ke masjid tibalah dia di salah satu masjid yang sedang solat salah seorang guru sufi didalamnya. Guru sufi itu ternyata bukan lain adalah anak murid kepada Syah Kirmani sendiri. Syah bin Syuja’ kemudian segera menemuinya.

“Apakah engkau telah berkeluarga?”
“Belum, wahai Syeikh” jawab guru sufi tersebut
“Mahukah engkau seorang isteri yang solehah ?” tanya Syah bin Syuja’
“ Siapa yang kamu mahu menikahkan puterinya kepadaku? Hartaku hanyalah tiga dirham” jawab guru sufi tersebut.
“Akan kuserahkan puteriku kepadamu” jawab Syah bin Syuja’.

"Layakkah saya untuk bernikah dengan anak perempuanmu sedangkan saya adalah seorang lelaki yang miskin", kata guru sufi itu seolah tidak percaya dirinya ingin dinikahkan dengan anak perempuan syeikhnya sendiri.

“Dari tiga dirham yang engkau miliki itu, belanjakanlah satu dirham untuk roti, satu dirham untuk minyak mawar, dan satu dirham untuk pengikat tali perkawinan” lanjut Syah bin Syuja’.
Akhirnya mereka bersepakat. Malam itu juga Syah bin Syuja’ menghantar puterinya ke rumah guru sufi itu. Keduanya pun di nikahkan. Kini keduanya telah menjadi suami isteri.

Ketika memasuki rumah sang suami buat pertama kali , puteri Syah bin Syuja’ melihat sepotong roti kering di sebuah kendi berisi air.“Roti apakah ini?” tanya nya kepada suaminya.

“Roti kelmarin yang kusimpan untuk buka puasa hari ini” jawab guru sufi yang memang terbiasa dengan amalan puasa sunat.Mendengar jawapan itu, tiba-tiba si gadis hendak meninggalkan rumah guru sufi tersebut. Guru sufi pun pasrah seraya berkata:

“ Sudah kusedari bahawa puteri Syah Kirmani tidak akan sanggup hidup bersamaku yang miskin ini”
Puteri Syah bin Syuja’ menjawab “ Aku meninggalkanmu bukan kerana sedikit hartamu, tetapi kerana lemahnya iman dan kepercayaanmu sehingga engkau menyimpan roti kelmarin dan tidak percaya bahawa Allah akan memberi kamu rezeki setiap hari” kata puteri Syah bin Syuja’ dengan serius.
Guru sufi tersebut sangat terkejut mendengar jawapan isterinya. Ada seorang perempuan yang jauh lebih tinggi berserah diri dan tawakkalnya kepada Allah.

Setelah terdiam sejenak dia melanjutkan perkataannya, “ Aku jadi hairan kepada ayahku, 20 tahun lamanya dia memingitku dan mengatakan akan kunikahkan engkau dengan orang lelaki yang bertakwa kepada Allah, tetapi nyatanya dia menyerahkanku kepada seseorang yang tidak pasrah kepada Allah untuk makanannya sehari-hari”
“Apakah kesalahanku ini dapat diperbaiki?” guru sufi bertanya
“Boleh” jawab puteri Syah bin Syuja’. “Pilihlah satu diantara dua, aku atau roti kering itu!”.

Akhirnya suaminya memilih isterinya dan memberi roti itu sebagai sedekah kepada fakir miskin.
Inilah natijah didikan yang sempurna yang telah diberikan oleh seorang ayah kepada anak perempuannya sehingga seorang gadis memiliki keyakinan dan tawakkal yang tinggi terhadap rezeki Allah . Sedikit pun tidak ragu-ragu dari mana rezeki akan datang kerana ia sesuatu yang telah dijamin keatas setiap manusia oleh Allah.

Mudah-mudahan kisah ini memberi kita kekuatan untuk menghilangkan kekhuatiran kita terhadap hilangnya atau berkurangnya harta dunia dari tangan kita bersama keyakinan bahawa khazanah yang berada disisi Allah adalah lebih baik dan lebih mulia.

Amiin Allahumma Amiin..


~Ustaz Iqbal Zain ~

Wednesday 1 April 2015

AKHIRAT DI HATI


Akhirat dihati; "Ini adalah Kisah dua adik-beradik yang soleh. Abangnya itu banyak harta, tinggal di kota. Yang adiknya pula orang biasa, seorang ustaz yang alim. Duduk di kampung. Bahkan adiknya ini setiap hari nak makan kena pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Tiap hari seperti itu. Dia ditemani dengan muridnya."

Pada suatu hari, ustaz ini memerintahkan muridnya untuk berjumpa dengan abangnya untuk sampaikan salam kepadanya dan meminta nasihat buat dirinya. Lalu murid ini pon pergi tanpa mengetahui kehidupan abangnya. Di dalam hati murid ini sangkaannya abangnya ini mungkin lebih alim lebih zuhud dari gurunya ini.

Sampai sahaja di rumah abangnya maka hairan sungguh muridnya itu. Rumah abangnya sangat besar dan keluasan dunia diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepadanya. Kemudian dia meminta izin untuk berjumpa abang kepada gurunya. Setelah berjumpa, dia sampaikan salam serta dia beritahu yang gurunya itu meminta nasihat. Didalam hatinya, guru aku orang yang zuhud. Abangnya ini penuh dengan nikmat dunia takkan la meminta nasihat daripadanya."

Lalu abangnya pun berkata: "Engkau pulang dan beritahu adikku itu, bahawa jangan sibukkan hatinya dengan dunia." Wah! Bertambah hairanlah anak muridnya itu dan berkata dalam hatinya adakah aku salah dengar ni. Patutnya abangnya itu cakap pada dirinya sendiri yang penuh dengan nikmat dunia.

Lalu muridnya pulang kepada gurunya. Lalu di tanya gurunya, "Kamu dah ketemu dengan abangku? Apa nasihatnya buat diri ku ini?"

Muridnya pun bingung nak sampai kan atau tidak pada gurunya yang zuhud itu. Lalu di sampaikan didalam ketakutan.

"Wahai sheikh! Abangmu berpesan hendaklah engkau mengeluarkan dari hatimu itu dari kesibukan atas dunia."

Lalu gurunya pun menangis. Bertambah hairanlah muridnya itu tadi. Makin binggunglah dengan adik beradik ini. Tangisan gurunya itu bukan setakat mengalir air mata bahkan sampai tersedu-sedu nangis nya. Bila ditanya muridnya, "Wahai sheikh bolehkah kau jelaskan padaku apa yang terjadi antara engkau dan abangmu?"

"Gurunya menjawab, "Adakah engkau tahu bahawa nasihat abangku itu satu tamparan buat diriku. Kerna aku tahu aku di jalan yang salah." Muridnya bertanya, "Kenapa begitu wahai guru? Engkau sudah begitu warak tapi kenapa abangmu berkata demikian?"

Gurunya menjawab, "Engkau tahu bahawa abangku yang banyak harta itu dia sebenarnya tidak mahu akan harta itu. Tapi hatinya selalu bersama Allah سبحانه وتعالى dan disibukkan beribadat pada Allah سبحانه وتعالى, Maka dunia yang mengejarnya. Dia tidak mahu sebenarnya tapi dia tiada upaya untuk menahan dunia menuju kepada dirinya. Sekalipon harta itu hilang sekalipon daripadanya. Sekalipon harta itu direntap oleh Allah سبحانه وتعالى daripadanya. Hatinya tidak terkesan sedikit pon dengan harta dunia itu. Hatinya tetap dengan Allah سبحانه وتعالى."

"Sedangkan aku, Yang kau lihat seorang yang warak, alim ini, setiap kali aku dalam perjalanan pergi ke sungai untuk mencari ikan , aku dalam keadaan ragu dengan janji Allah سبحانه وتعالى. Aku ragu-ragu dengan rezeki Allah سبحانه وتعالى. Aku tidak yakin bahawa aku dapat ikan atau tidak pada hari itu. Setiap hari bermain dalam fikiran ku hari ini aku dapat ikan atau tidak. Kadangkala Allah سبحانه وتعالى tak beri aku ikan dalam masa tiga hari kerna sifat ragu-ragu ku itu."

"Sedangkan didalam Al-quran, Allah سبحانه وتعالى sudah menjanjikan rezeki buat hambanya. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidaklah memungkiri janji. "

"Jangan kita menyangka orang yang kelihatan bajunya mahal, hidup mewah, makan enak, itu orang yang tidak sibukkan hatinya pada Allah سبحانه وتعالى. Kita tidak menilai seseorang itu hanya dari segi luaran. Kerna banyak orang yang miskin, yang tidak yakin dengan pemberian rezeki dari Allah سبحانه وتعالى. "


Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza

IBU ADALAH MADRASAH

Ibu adalah Madrasah; "Ibu itu adalah madrasah pertama kepada anak-anak. Anak itu dicorak daripada kedua ibu-bapa mereka. Antara tokoh-tokoh hebat di dalam sejarah islam bermula daripada didikan ibu mereka. Ada satu kisah ibu yang hebat, yakni ibu kepada Al-Imam As-Syafie. Ibunya suruh imam syafie menuntut ilmu dan tidak membawa balik harta ketika imam as-syafie berusia 15tahun."

"Beliau keluar menuntut ilmu di madinah bersama Imam Malik, kemudian setelah beberapa tahun menuntut ilmu. Imam Syafie pulang. Sebelum pulang, Imam Malik memberi sedikit pemberian untuk bekalan imam syafie pulang ke rumahnya. Sebelum sampai ke rumahnya, imam syafie telah mengagih-agihkan harta bekalan itu kepada orang miskin sehingga hanya tinggal satu kantung wang sahaja."

"Sampai saja dirumah, ketika mengetuk pintu dan memberi salam kepada ibunya. Ibunya didalam rumah pon bertanya

"Siapa itu?" Lalu imam syafie menjawab, "ini anakmu"

kemudian bertanya lagi, ibu beliau tanpa membuka pintu

"Apa yang kamu bawa pulang wahai anakku?"

Imam Syafie menjawab "Tiada dunia yang dibawa pulang wahai ibu." Selepas itu barulah ibunya membuka pintu dan menyambut anaknya."

"Subhanallah. Berbeza dizaman kita sekarang, kata alim ulamak, dunia sekarang sudah terbalik,

disuruh anak mereka belajar tinggi-tinggi untuk membawa pulang dunia yang akhirnya memakan diri anak itu sendiri dan melukakan hati ibu bapa. Anak-anak sudah kerja bagus, kemudian ditinggalkan itu ibu dirumah orang-orang tua."

"Antara ibu yang hebat adalah ibu kepada Syeikh abdul qadir al-jailani. Ibunya menyuruh keluar menuntut ilmu dan menyuruh syeikh jujur dan disaksi oleh Allah سبحانه وتعالى. Ketika syeikh abdul qadir jailani masih kecil remaja, ibunya menyuruh ke baghdad untuk menuntut ilmu bersama kabilah arab yang ingin kesana.

Diberikan sedikit wang peninggalan arwah ayahndanya kepada beliau, dan diwasiatkan oleh ibunya supaya jangan kamu sesekali berdusta."

"Dalam perjalanan kabilah mereka dirompak oleh sekumpulan perompak, namun syeikh itu diabaikan oleh kumpulan perompak kerana beliau masih kecil itu sehingga salah seorang dari perompak itu bertanya pada syeikh, "wahai budak kecil, apakah kamu punya wang?" Lalu dijawab oleh beliau, "ya! ada didalam kantung baju ku ini" Kemudian siperompak itu memeriksa kantung bajunya,

"Benar! tetapi mengapa kamu beritahu kepada aku, setelah kamu tahu aku pasti akan mengambilnya daripada kamu?"

Dijawab oleh syeikh abdul qadir jailani. "Aku ini sudah berjanji kepada ibuku supaya tidak berdusta" Lalu ketawalah siperompak itu lalu memanggil ketua perompak dan diceritakan perihal tadi, kemudian ketua perompak itu bertanya pada syeikh abdul qadir jailani. "kenapa kamu berkata benar?" Dijawab oleh beliau, "Aku telah berjanji dengan ibuku supaya tidak berkata dusta"

Lalu ketawalah ketua perompak itu dan menyambung, "Ibumu bukanya tahu kamu berkata dusta, dia juga tiada disini"

"Lalu dijawab oleh syeikh. "Ya benar, tetapi sewaktu aku mengambil wasiat dari ibuku supaya berkata benar, ia telah disaksikan oleh Allah سبحانه وتعالى akan wasiat itu. Dimana jua aku berada walaupon tiada ibuku, Allah سبحانه وتعالى sentiasa memerhatikan aku." Tersentak ketua perompak dengan jawapan itu lalu berkata ketua itu kepada kumpulannya

"Sungguh benar kata budak kecil ini, kita merompak walhal Allah سبحانه وتعالى memerhatikan kita tanpa kita hiraukan."

"Lalu ketua perompak itu pon bertaubat dan menyerahkan semua rampasan rompakan kepada kumpulan kabilah itu dan bertanya pada Syeikh. "Kemana kamu ingin pergi wahai budak?" dijawab kembali. "Aku ingin ke kota baghdad untuk menuntut ilmu disana." Ketua penyamun itu kemudian berkata, "Jadi aku akan bersama kamu untuk sama-sama menuntut ilmu."

"Dikisahkan kumpulan penyamun itu adalah orang yang pertama mengucap syahadah hasil dari akhlak Syeikh abdul qadir-jailani,

Nah! lihat betapa hebatnya seseorang itu bila diasuh dengan acuan yang betul yang sempurna oleh seorang ibu yang hebat. Dua tokoh islam yang terkemuka ini yang mana hasil dari didikan madrasah yang pertama iaitu Ibu."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza