Monday, 17 February 2014

TINGGALKAN YANG MERAGUKAN

Tinggalkan yang meragukan :

Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Saya menghafal sabda dari Rasulullah s.a.w. iaitu : “Tinggalkan apa-apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukannmu. Kerana sesungguhnya bersikap benar itu adalah ketenangan, sementara berdusta itu menyebabkan timbulnya keraguan.” 

( Hadis Riwayat Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis Shahih)



BERTAUBAT


Bertaubat :

عن الأغر بن يسار المزني رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا أيها الناس توبوا إلى الله واستغفروه فإني أتوب في اليوم، إليه مائة مرة.

Dari Al-Aghar bin Yasar Al-Muzani r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripada-Nya, kerana sesungguhnya aku sahaja pun bertaubat dalam sehari seratus kali.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, 12 February 2014

1000 KEBAIKAN DALAM SEHARI



Dari Sa'ad bin Abi Waqqash ra. ia berkata," Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Setelah itu beliau bertanya, 'Apakah mampu salah seorang dari kalian memperoleh 1000 kebaikan dalam sehari?' 


Lalu salah seorang dari para sahabat bertanya, " Ya Rasulullah, bagaimana mungkin seseorang akan mampu meraih 1000 kebaikan dalam sehari ?"

Rasulullah berkata, " Ketahuilah bahwa orang yang bertasbih 100 kali akan di catat 1000 kebaikan untuknya dan dihapus 1000 kesalahan darinya."

(Hadis Riwayat Muslim)


سبحان الله 

TASBIH = SUBHANALLAH...