Monday, 19 May 2014

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG SEDIA ADA


Allah Subhana Wa Taala berfirman: "Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim ayat 7)

Monday, 12 May 2014

KITA ADA ALLAH




Ketika suami atau isteri atau anak-anak kita sedih kerana masalah.
Dengar masalah mereka, tutup mulut, buka telinga, pandang mereka dengan sayang dan wajah sangat ambil berat... selimutkan, sentuhlah mereka sambil mendengar.
Bila mereka menangis, jangan tahan.
Biarkan mereka terus menangis tapi kita peluk mereka..

Teruskan menangis kerana semua orang soleh banyak menangis. Hati mereka lembut.

Setelah habis cerita, katakan jangan sedih dan risau kita ada Allah...Cukuplah Allah buat kita.
Semuanya Allah punya...Allah kan sayang kita. Mesti semua ini kerana sayangnya pada kita.
Cuma kita bagaikan anak-anak kecil untuk fahami semua ini.

Apa yang berlaku semuanya telah ditakdirkan Allah...insyaAllah ada rahmat Allah nak datang..
Pelbagai kesusahan telah kita lalui dalam hidup ini yang bagaikan tiada jalan keluar.
Kita menangis dan kita buntu. Tapi Allah beri jalan keluar dari pelbagai masalah selama ini..
Allah jualah yang sentiasa memberi jalan keluar buat kita semua..

INDAHNYA sebuah Rumah, semua seronok cakap pasal Allah...cerita Nabi saw, Nabi-nabi dan sahabah rhum..Jom bentuk suasana dalam rumah seperti rumah sahabah rhum sehingga malam-malam ini rumah kita bercahaya seperti bintang bercahaya diwaktu malam......

Mungkin rumah kita besar atau kecil..Mungkin dibandar di kampung tapi penentunya bagaimana ia dilihat disisi penghuni langit..Adakah ia dilihat seperti 1400 tahun yang lalu seperti rumah sahabat rhum. Betapa sayangnya Allah pada kita.Tunggu dan lihatlah nikmatnya..

Hidupkan dengan dakwah dan percakapan iman...

Ya Allah cukuplah Engkau buat kami semua..
Ya Allah cukuplah kasih sayang-Mu buat kami.
Ya Allah kami hanya perlukan-Mu Ya Allah..kasih sayang-Mu.. Redha-Mu






Sunday, 11 May 2014

WAHAI SAUDARIKU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai saudariku…

dengan kecantikanmu, engkau lebih indah daripada matahari.
dengan akhlakmu, engkau lebih harum daripada wangian kasturi.
dengan sifat rendah hati, darjatmu lebih tinggi daripada rembulan.
dengan kelembutanmu, engkau lebih halus daripada rintik hujan.
dengan kejujuran di bibirmu, lebih menawan daripada lembayung senja yang merona.
dengan santun tutur bahasamu, lebih merdu daripada seruling bambu.
dengan sifat malu yang engkau kenakan, lebih anggun daripada seribu taman bunga.

Saudariku kamu lebih cantik, elok rupawan bukan sekedar penampilan namun dari keperibadianmu yang menawan.

Ya Allah….

jadikanlah saudari-saudariku ini wanita sholehah yang cantik lahir dan batin.


Aamiin Allahuma Aamiin...