Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun keduanya itu pun sama memperolehi kebaikan. Berlumbalah untuk memperolehi apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata : "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki oleh-NYA pasti akan berlaku," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan."
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Friday, 13 March 2015
ORANG MUKMIN YANG KUAT ADALAH LEBIH BAIK DAN LEBIH DICINTAI ALLAH
Thursday, 5 February 2015
MUSLIM YANG BERMANFAAT
Daripada Jabir bin Abdullah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Thursday, 5 September 2013
HADIS : IMAN
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. (HR Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa menggembirakan hati seorang mukmin berarti dia telah menggembirakan hatiku. Dan barang siapa membuatku gembira berarti ia telah memperoleh janji hidayah dan kebahagiaan dari Allah."
Thursday, 15 August 2013
ORANG YANG PALING RASULULLAH SAW CINTAI DAN PALING HAMPIR DENGAN BAGINDA
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya"
(Hadis Riwayat : At Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kebaikan itu ialah akhlak yang baik".
(Hadis Riwayat -Muttafaqa Alaih)
Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati".
(Hadis Riwayat : At Tirmizi)
"Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya"
(Hadis Riwayat : At Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kebaikan itu ialah akhlak yang baik".
(Hadis Riwayat -Muttafaqa Alaih)
Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati".
(Hadis Riwayat : At Tirmizi)
Thursday, 8 August 2013
TUJUH GOLONGAN MANUSIA YANG AKAN DIBERI PERLINDUNGAN ALLAH
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu; Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya”. (Riwayat at-Tirmidzi)
Sunday, 21 July 2013
LUAPAN AMARAH
Dari Abu Bakrah Nufai' Bin Al Harith Ats Tsaqafi r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Apabila ada dua orang Islam yang bertengkar dengan pedangnya masing-masing maka orang yang membunuh dan orang yang terbunuh sama-sama berada dalam neraka." Saya bertanya: Wahai Rasulullah, yang membunuh sudah wajar kalau berada di neraka, kemudian kenapa orang yang terbunuh juga masuk neraka?" Baginda Rasulullah menjawab: "Kerana ia sangat berambisi untuk membunuh kawannya".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Andai saja ibadah puasa ini tidak dapat membendung emosi...
apalagi luapan amarah yang bersangatan...
maka apa sebenarnya nilai puasa kita ini??
wallahu'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)



