Tuesday, 26 July 2016

KASIH 24


Hadirkanlah
Mentari pagi
Daku nantikan
Cahaya-Mu
Suluh terang
Petanda dah siang
Kuakkanlah jendela
Bermandi cahaya
Hari gemilang


Norlidar
02.05.2016

KASIH 23


Kasih 
Di saat awan kelabu
Berarakan
Ditiup bayu

Luruh titis-titis syahdu
Engkau suburkanlah jua
Hati-hati perih....
Hati-hati yang kering kontang


Menanti Rahmat-Mu

Norlidar
08-05-2015, Kuala Lumpur


Wednesday, 4 May 2016

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR



KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR.

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Sipenjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah sipenjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yang hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur untuk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yang akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja sipenjual roti yang berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada sipenjual roti: "Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab sipenjual roti: "Itulah amalan ku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

Imam Ahmad bertanya.... "Dan faedah yang aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yang aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doa ku yang masih belum Allah berikan."

"Apakah hajatmu yang belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab sipenjual roti: "Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yang hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan sipenjual roti. Lantas beliau berkata: "Rupanya ini semua perancangan Allah yang sangat hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaan mu."

"Apakah maksudmu wahai tetamu yang aku muliakan?" tanya sipenjual roti dengan penuh kehairanan.


"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yang kau doakan dan pohon pada Allah untuk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.


Subhanallah...



Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)





KONGSIKANLAH AGAR IA MEMBERI MANFAAT KEPADA LEBIH RAMAI ORANG.. in sha ALLAH.