Saturday 28 July 2012

LAUTAN RASA


Di saatku kehilangan kata-kata
Yang ku mampu
Hanya membaca
Membaca perubahan warna
Di celahan tiupan bayu
Ditemani desiran ombak
Yang hadir penuh gemalai

Dalam diamku
Jemari melangkah di pasir putihmu
Diterpa rasa kekaguman
Subhanallah... betapa indah
Lenyap sudah segala gundah
Segala resah

Dipesisir pantai ini
Berselang tasbih, tahmid wa syukirillah
Dipaut ke tengah lautan
Berdeburan di sana

Birunya langitMU
Birunya lautMU
Membuihkan kagum dan kelu
Damai yang melenyapkan segala sendu
Diriku hilang
Disapa sepoi-sepoi angin itu
Mentari pun hadir malu
Menyapaku
Lalu mengigit kulit di pipiku
Hari telah siang
Bangunlah dari impian
Yang indah...

Wednesday 25 July 2012

KAUKAH MAJNUN ITU?


Kaukah majnun???
Yang mencari-cari lailamu itu..
Kaukah yang termimpi lailamu di cahaya bulan..
Meski yang terlihat olehmu hanya bulan
Namun laila takkan pernah kau lupakan

Kaukah majnun...
Yang telah jerih memanggil-manggil lailamu itu..
Dalam sedar kau termangu
Dalam mimpi kau menunggu..

Majnun...
Malam nanti..
Cuba kau intai lagi
Jika tak terlihat matamu si bulan
Maka kau carilah mentari


Tapi jika mentari yang kau cari
Di tika matamu tak lagi bisa menahan..
Menahan kepedihan rindumu itu

Majnun...
Tika itu... wudhulah kamu..
laungkan azan yang paling merdu
Sayu di hatimu
Sujudlah..

Majnun..
Di sujudmu itu..
Kau bisikkanlah pengakuan
Dan juga doa-doamu

Kau senandungkanlah namaNYA
Tiap masa
Tenang akan jadi milik mu
ABADI...

06.11.2010
5.07p.m

KEYAKINAN


Beberapa hari yang lalu seorang sahabat ada membuka kata mengenai keyakinan. Katanya percaya dan yakin bukanlah sesuatu yang sama. Benar.

Tapi mampukah kutanamkan keyakinan yang hebat di waktu ketandusanku... ketandusan ini bagai di Gurun Sahara...




Hmmm... lalu terimbas kembali kisah wanita hebat Siti Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim a.s.

Jika kita hayati kisah Siti Hajar, saat beliau ditinggal oleh suaminya yang tercinta, Nabi Ibrahim a.s, di Mekah Almukaramah. Ketika itu, tiada seorang pun penghuni di Mekah, malah tiada sebarang makanan atau minuman di sana. Siti Hajar hanya ditemani bayinya yang masih menyusu iaitu Nabi Ismail a.s semasa bayinya.

Kisah ini menghidangkan satu gambaran peristiwa yang sangat mengkagumkan di kalangan wanita muslimah, tentang dalamnya iman dan ketakwaan, ketawakalan serta keredhaan hati Siti Hajar yang sangat mendalam dan utuh kepada Allah.

Untuk meyakinkan dirinya dengan mantap dan ketegaran serta penuh keyakinan, Siti Hajar bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s, "Allahkah yang memerintahkan kekanda berbuat seperti ini kepadaku wahai Ibrahim?" Ibrahim a.s menjawab, "Ya benar"

Kalau begitu, DIA pasti tidak akan mensia-siakan kami" jawab Siti Hajar dengan penuh keredhaan dan disertai keyakinan akan datangnya khabar gembira dan perlindunganNya.

Dan cuba pula bayangkan bagaimana perasaan Nabi Ibrahim a.s. yang harus meninggalkan isteri tercinta bersama Ismail yang masih menyusu, seorang anak yang sangat diharapkan kehadirannya selama puluhan tahun dan kini, kerana mematuhi perintah dari Tuhannya, terpaksa ditinggalkannya ditengah-tengah padang pasir yang gersang tanpa ada tumbuhan, tiada sumber air bahkan tiada seorang manusia pun di sekitarnya.

Namun dengan hati yang sangat berat, perintah Rabbnya bagaimanapun harus dilaksanakan. Begitulah dengan kepatuhan dan hati yang bertawakal, kemudian Nabi Ibrahim kembali ke negeri Syam yang amat jauh jaraknya dari Mekah. Beliau hanya meninggalkan satu kantung berisi buah kurma dan sedikit air minum sebagai bekal bagi isteri dan putera tercintanya itu.

Andai kata tidak ada iman yang mendalam yang memenuhi seluruh ruang hati Siti Hajar dan tidak ada tawakal yang sedemikian utuh kepada Allah yang menghiasi kalbu Siti Hajar tidak akan rela berkeadaan begitu. Di sinilah letaknya nilai iman yang maha tinggi itu. Muslimah sejati harus menjadikannya sebagai teladan mutlak untuk pakaian harian mereka.


Wallahu'alam


Tuesday 24 July 2012

MAWARKU


Pada hakikatnya, semua wanita di dunia ini adalah sama di sisi Tuhan. Baik yang hitam mahupun yang putih, yang cantik mahupun yang kurang cantik, yang kaya mahupun yang miskin, wanita bujang mahupun yang telah berkahwin. 


Di sisi Allah, yang paling mulia, yang paling tinggi darjatnya, apabila wanita itu memang benar-benar beriman dan bertakwa kepadaNYA.


Bagi seorang muslimah yang sentiasa beriman maka ia akan menganggap apa pun peristiwa yang terjadi di dunia ini dan segala peristiwa yang menimpa diri manusia adalah merupakan takdir dari Yang Maha Kuasa.






kewajipan yang harus dilakukan dalam mengharungi kehidupan ini, adalah meniti jalan-jalan kebaikan dan juga berusaha sedaya mungkin untuk melakukan amal-amal soleh. Tak kira dalam urusan dunia atau akhirat, seorang muslimah itu bertawakal kepada Allah serta redha kepada ketetapanNYA dan akan sentiasa memerlukan pertolongan, bimbingan, rahmat kasih sayang serta redha Allah ke atas dirinya

Saturday 21 July 2012

SANGKAAN

Begitu
Di dalam kehidupan ini
Seringkali mereka...
mereka berprasangka
Bukanlah perkara yang baru

Lihatlah saja
Apa soalan yang mereka tujukan
Sungguh...
memang manusia ini sungguh melucukan
Lalu aku pun tersenyum

Seringkali mereka bertanya
Hanya aku di sini
Senyum hingga ke telinga
Disalah erti adalah perkara biasa
Biarpun mereka teman yang paling rapat.
Yang memahami hanya Dia

Dikatakan pelik juga lucu
Sedangkan diriku sendiri tak mampu
Menyerlahkan diri dalam terangnya suasana..
Allah...




Friday 20 July 2012

KEINGINAN ATAU KEPERLUAN PERJALANAN


Ya Illahi Rabbi

Jikalau cinta ini adalah ketertawanan

Tawanlah hatiku dengan cinta kepadaMu

Agar tidak ada lagi yang dapat menawan hatiku.. 
Jikalau rindu ini adalah rasa sakit
Penuhilah rasa sakit ini dengan rindu kepada-Mu….


Keinginan atau keperluan


Ramai yang terkeliru...
Adakah diri ini juga begitu???



Namun keinginan yang kelihatan mustahil dinyatakan kepada Allah secara lintasan hati,
"Ya Allah, berikanlah hambaMU yang lemah ini kemungkinan itu. Tunaikanlah hasrat hati. Jika tidak... damaikanlah, tenangkanlah hatiku agar redha dengan ketentuanMU tanpa mencacatkan keyakinanku pada segala zat kebesaranMU... hambaMU ini terlalu lemah, sering menzalimi diri sendiri dalam sedar dan dalam lekaku, diperbodohkan nafsu dalam menggapai redhaMU tanpa kusedari banyak sekali hatiku tidak redha dengan cubaan dariMU ya Allah.."

Kini, setelah begitu lama rasanya masa berlalu, ketika diri terlalu mengharapkan kasih sayang Allah, mengenangi masa lampau yang telah dilalui, betapa agungnya kebesaran dan kekuasaan Allah, barulah dapat merasai sesuatu yang luar biasa yang Allah khabarkan kepada insan biasa seperti saya.

“Akulah yang Maha berkuasa yang mampu menunaikan segala hajat,” sebagaimana yang dikhabarkan melalui surah Al-Ikhlas



“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”


Namun perjalanan yang manusia lalui terduga dengan pelbagai cabaran dan ujian. Allah sering menyatakan yang manusia bersifat lemah, bernafsu dan sering tergelincir daripada jalan yang lurus.


Semakin lama perjalanan semakin terasa cubaan dan godaan yang menjauhkan diri daripadaNYA yang maha berkuasa. Begitu juga, terusku melaluinya sebatas tahuku, selalu mengharapkanMU. Semakin jauh perjalanan, semakin luas pandangan... Namun seringku terseret oleh rasa yang menghimpit ruang rongga nafasku. Sungguh aku malu... Bantulah hambaMU ini untuk terus merasa kesendirian itu, jika itu yang dapat membantuku dekat padaMU ya Raabbi.


Ketika beberapa bulan sebelum Ramadhan lagi semakin aku mengingati arwah ibuku, nasihat & peringatannya seolah-olah berulang tayang di dalam ingatan dan di celahan doa-doaku.




Seringkali dalam perjalanan hidup ini... 
Betapa begitu kemewahan keduniaan sering mengelabui mata yang sering terlalai jika tidak di awasi.


Terfikir sendiri, perjalanan ini tiada penghujung. 
Lalu kuteruskan berjalan, berjalan dan berjalan. 
Bertemu pelbagai tempat persinggahan yang dinamakan kerjaya, perkahwinan, isteri, ibu, sahabat dan bertemu dengan pelbagai lokasi yang berbeza.


Persinggahan dalam perjalanan ini juga mempertemukan saya dengan pelbagai wajah yang berbeza-beza sifatnya.


Kehidupan adalah pengorbanan. 
Segala kejadian yang berlaku jika dilihat dengan mata hati, ia boleh menjadi punca modal motivasi besar untuk berubah. 


Di sebalik pelbagai cubaan dan dugaan, kedewasaan mengajar diri untuk mentafsir semula laluan yang telah ditinggalkan.


Perjalanan yang selalu difikirkan tidak bernoktah rupanya akan berakhir. Ia sangat hampir. Hujungnya, kita akan berjumpa dengan titik akhir kehidupan, KEMATIAN. Perjalanan lalu tidak boleh diubah lagi. 




Maka dengan itu, perjalanan yang bakal kita tempuhi menjadi sangat penting dalam konteks menjadikan masa-masa tersisa selari dengan keperluan kehidupan di alam baru.




Ya Allah sesungguhnya hambaMU ini tidak tahu di mana akhirnya diriku. Mampukah aku??



Monday 16 July 2012

DI MANA?

Ya Rabb
Di mana aku ini?
Tubuhku?
Hatiku?
Jiwaku?
Fikirku?
Renungku?

Di awal dini ini
kutanyakan pada hati.
Di sudut kamarku
Di atas permukaan
Menyoal jawab diri
Bergelora
KepadaMU
Hikmah hariku
Dosa-dosaku
AmpunanMU...

Ya Rabb aku pilu..


Wednesday 11 July 2012

MONOLOGKU DI PANTAI


Kita lihat ke lautan luas, pasti tak nampak penghujungnya kan?

Begitulah kehidupan kita ni apabila berdepan dengan masalah.

Tapi kita yakin akan bertemu juga daratan walaupun tak nampak, kita yakin ada jalan

keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi.."


Di dalam proses atau semasa melakukan perubahan diri dan meningkatkan kualiti diri, insan perlu memaksa dirinya melakukan apa yang dirasakannya sukar, membebankan & ada kalanya apa yang dirasakan mustahil mampu dilakukan perlu dilakukan.

Beranilah menghadapi walau kadang ternyata seperti... separuh jiwaku telah pergi...:)




Allah Maha Mengetahui...
Bagaimana saratnya jiwa anda diulit permasalahan, rawannya jiwa yg tersiksa dengan pelbagai sebab..
Carilah masa untukNYA..
Luangkan masa di malam harinya.

DIA menantimu...♥
DIA selalu merinduiMU...♥



MONOLOG SEORANG MUSAFIR...

~IMAN DAN KEHIDUPAN~


"Insan boleh berdolak-dalih dalam pelbagai perkara tetapi dalam soal keimanan; ketenangan jiwa tidak ada seorang insan pun dapat berbohong kepada dirinya sendiri. 

Mungkin di hadapan manusia dia boleh berpura-pura tetapi Allah; dirinya sendiri pasti mengetahui keadaan sebenar jiwanya ketika itu.



♥ ♥ ♥ ♥
Kehidupan seharian insan jika tidak diisi dengan keimanan, dari semasa ke semasa, sedikit demi sedikit, insan akan rasa semakin sunyi walaupun hidup bersama ramai kawan dan kesenangan yang pelbagai.

Tetapi apabila Allah bersama insan dan insan itu juga selalu berharap kepada Allah, jiwa insan itu tenang, tidak pula rasa sunyi.

Dengan landasan iman, pasti segalanya selamat. Insya Allah.


♥ Jika gembira, bergembiralah di atas landasan iman.
♥ Jika sedih, bersedihlah di atas landasan iman.
♥ Jika sayang, sayanglah dengan apa yang dibataskan iman.
♥ Jika marah, marahlah kerana iman.