Di suatu pagi hari..
Selepas hujan lebat turun di awal pagi hari..
Seorang anak kecil perempuan berjalan sambil tangannya di dalam genggaman tangan si ayah.
Si anak memandang ke wajah ayahnya.. wajah yang tak pernah puas dipandangnya, diamatinya lagi.
Ayahnya berpaling dan tersenyum melihat ke arah anaknya.
Anak itu dengan suaranya yang manja berkata, "Ayah, kenapa katak-katak itu akan buat bising selepas hujan turun... macam menyanyi saja?..."
Lelaki itu tersenyum dan berkata, 'Mungkin juga tapi..."
ayatnya tergantung..
Si anak yang berumur 5tahun itu terdongak kepalanya untuk melihat ke mata ayahnya.. menunggu jawapan seterusnya..
Ayahnya memandang ke atas, "Wah cantiknya... itu ada pelangi."
Si anak kecil pun melihat ke arah itu sambil tersenyum lebar hingga nampak giginya. "Cantik..."
Si ayah berhenti sekejap, memandang anak kecil itu lagi lalu berkata, Katak-katak itu bertasbih, bertahmid dan membesarkan Allah."
Si anak bertanya lagi, "Macam mana tu ayah..?"
Lalu si ayah menjawab, "Seperti manusia, "Subhanallah, Alhamdulillah, La illahaillaAllah Allahuakbar.."
dari memori seorang anak kecil di suatu masa dulu
untuk seorang ayah yang selalu ku rindui.