Thursday, 29 March 2012

Makna Sebuah Kehidupan...



Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah kehidupan?

Saat insan melihat ke tanah,
Lalu hati terasa pasrah,
Adakah ini penghujung kisah,
Atau dari sini mulanya kembara,
Kembara menuju destinasi cinta?

Ketika insan mendengar firman,
Mencari jawapan daripada Tuhan,
Tentang makna sebuah kehidupan,
Lalu Allah memberi pedoman,
Tentang diri jua kehidupan,
Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.

Hidup ini maknanya nyata,
Bagi mereka yang inginkan bahagia.
Hidup ini hakikatnya ada,
Pada kembara menuju cinta,
Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.

Maka hiduplah dengan makna ini,
Duhai insan yang mengerti,
Andai kebahagiaan yang ingin dicari,
Kerana hidup di dunia cuma sekali,
Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,
Sedang setiap pilihan akan ditanya,
Apa ertinya ini dan mengapa,
Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,
Kepada Tuhan Maha Pencipta?


-Raja Ahmad Mukhlis Al-Azhari-

(Daripada Buku Makna Sebuah Kehidupan)

sumber : http://mukhlis101.multiply.com

Kata vs pedang - Mana lebih tajam??

Sensitif ke kita ni?
Kadang-kadang sahabat itu berkata tanpa memikirkan kesannya pada diri kita.
Bukanlah maksud hatinya untuk melukai... tapi hatiku tetap terluka dengan kata-kata...
Astaghfirullahal adzim..

Mana mungkin sesuatu itu kita bandingkan dengan yang lain hanya kerana jenisnya yang sama.
Adakah semudah itu?
Adakah boleh kita perbandingkan harga kerusi plastik dan kerusi kayu. Tentu saja tak boleh begitu.

Maka samalah halnya jika kawan kita memperbandingkan kita dengan perempuan lain hanya kita seorang perempuan. Bukanlah rasa terlalu ego... tapi adakah sesuatu itu terlalu mudah dinilai sebegitu rupa.

Adakah kawan ini tak terasa hati jika kita perbandingkan dia dengan seseorang yang lain...

Seharusnya kita mengerti, seseorang itu diciptakan Allah unik dan tidak ada yang sama walaupun kembar seiras.

Berpada-padalah dalam gurauan.
Hatiku bukan plastiklah kawan..:-)

Sesekali terguris juga..:D


Saturday, 17 March 2012

SERINGKALI KITA BERADA DI SINI


Seringkali kita
berada di sini dan di sana
Di lorong laju
Di lorong perlahan
Di jalan-jalan kehidupan

Sering juga kita
Mungkin tersalah pilihan

Seringkali kita
melalui jalan-jalan yang pelbagai warna
ditemukan dengan pelbagai halangan
usahlah lemah wahai jiwa
Ini cuma sebahagian dari hidupmu di dunia..

Bersihkanlah hati
kentalkan jiwa
semangat juangmu.. usah goyah
walaupun sering diterjah
Halangan yg amat BESAR
lagi MENCABAR..


Nota untuk diri sendiri
Berilah anjakan untuk capaian seterusnya...

Thursday, 15 March 2012

Biarlah Rahsia

Ada rasa tak terungkap
ada kata tak terucap
bibirku membisu
bergetar dalam dada
bergema dalam jiwa
biarlah rahsia....
hanya diriku dan DIA


15/3/2012
11.23 am

Saturday, 10 March 2012

Hak kita? ada ke?

Jika hak kita orang ambil kita marah
pernahkah kita fikir hak-hak Allah yang kita tak tunaikan... dan belum tunaikan
Astaghfirullahal adzim..

jika kita marah sangat-sangat..
cuba istigfar..
bayangkan pula murka Allah atas kesilapan diri
bagaimana mungkin kemarahan kita melebihi DIA?

Seharusnya kita mamaafkan..
kerana kita tahu Allah itu Maha Mengasihani
jadi mengapa kita yang cuma hambaNYA yang hina
tak boleh memaafkan saudara kita sendiri (setiap kita bersaudara.. USAH LUPA)

Adakala dalam diri kita sendiri..
kita tersesat oleh perasaan yang tak terkawal..
sentiasalah lihat ke dalam diri dan tanyakan pada hati kita ini
(sebenarnya pesanan utk diriku sendiri)
MENGAPA kita perlu marah?
atas sebab apa?
Jangan tipu diri..
Ingat Allah tahu.. Dia Maha Mengetahui
apa saja yang ada di dalam hati

Bukanlah kita terlalu sempurna..
selalu juga buat silap..

".. hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah An Nur ayat 22



Nota : Aku maafkan kamu kerana itu yang aku mahu..:-)