Saturday, 27 July 2013

USAHLAH BERSEDIH

Keputusasaan adalah musuh anda yang paling berbahaya...
Sesungguhnya ia mampu menghancurkan ketenangan anda...

Dr 'Aid Bin Abdullah Al Qarni
~La Tahzan~

 "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
(Surah Al Baqarah ayat 153)


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(Surah Al Baqarah ayat 286)


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
( Surah Al Ankabut ayat 2-3)



 




CAHAYAMU



Kusapa rembulan
tatkala ia mengambang penuh
tersenyum tanpa jawab
hanya melayar indah cahayaMu
menebar pesona ke seluruh buana

Subhanallah


Norlidar
24/07/2013

Friday, 26 July 2013


“ Dan bila di katakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi." Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan pembaikan."

"Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."

"Apabila di katakan kepada mereka: 'Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman.' Mereka menjawab: 'Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman.’ Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”

(Surah Al-Baqarah: ayat 11-13)


Sunday, 21 July 2013

LUAPAN AMARAH


Dari Abu Bakrah Nufai' Bin Al Harith Ats Tsaqafi r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Apabila ada dua orang Islam yang bertengkar dengan pedangnya masing-masing maka orang yang membunuh dan orang yang terbunuh sama-sama berada dalam neraka." Saya bertanya: Wahai Rasulullah, yang membunuh sudah wajar kalau berada di neraka, kemudian kenapa orang yang terbunuh juga masuk neraka?" Baginda Rasulullah menjawab: "Kerana ia sangat berambisi untuk membunuh kawannya".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Andai saja ibadah puasa ini tidak dapat membendung emosi...
apalagi luapan amarah yang bersangatan...
maka apa sebenarnya nilai puasa kita ini??


wallahu'alam.

Monday, 8 July 2013

SEKUNTUM MAWAR


sekuntum mawar ini, lembut warnanya..
durinya bukanlah untuk melukai..
cuma untuk melindungi diri
dari gugurnya kelopak-kelopak lembut mewangi...

andai dipetik sembarangan...
jika dipetik dari tangkainya atau gugur kelopaknya
maka hilanglah seri hayatnya...
keringlah mawar, pudarlah warna
tiada makna



Wallahu'alam

NAILAH AL-FARAFISYAH


Dia seorang wanita yang cantik dan baik akhlaknya, isteri Khalifah Uthman bin Affan, Nailah Al-Farafisyah. Seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy malah mempunyai ayah yang menganut agama nasrani, namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu kerana kelebihan kecantikkan, kebijaksanaan, kefasihan lidah serta kematangan fikirannya.

Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu.

Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal. Khalifah menegurnya "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku." Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.



Kedua-dua lelaki tersebut telah berada dihadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.

Muhammad mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.

Sesudah pembunuhan itu, tidak seorang pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.

Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang mencetus perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah." Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong.

Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?" Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman". 

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.




Wallahu'alam


KUNCINYA


Andai kamu kehilangan kunci
ke hatinya...
si dia yang kamu cintai

Ketuklah pintu cintaNya
 Pasti DIA
hanya DIA yang mampu
memberikan kamu laluan terus
menemui hatinya
yang kamu dambakan




wallahu'alam




Tuesday, 2 July 2013

HATI-HATILAH HATI


Karamkah jiwa
lara...
kerana tergores tinta
andai begitu kau rasa
yang kau damba hanya cinta manusia

Ikhlaskah namanya
andai kau bariskan satu persatu
berjela-jela
segala kebaikanmu
jasamu yang banyak...
adakah kau lupa
kebaikanmu adalah anugerahNYA
kebaikan itu adalah milikmu
di sana...

Usahlah alpa...
usah kau nanti penghargaan manusia
kepadaNyalah kausandarkan segala
sedang kamu suka, suka suka kamu
mengingati kebaikanmu
mengapa...
bukanlah keranaNYA
periksa hatimu
muhasabahlah selalu...

sudah hilangkah malu
bagaimana adab terhadap Rabbmu...