Friday, 29 January 2016

KASIH 22



Wahai Cinta
Titisan suci-Mu
Gugur di hamparan rasa
Menggetar jiwa
Penuh harap 
Asyik pesona
Meluntur debu
Di kepala kaki
Hingga ke nurani


Norlidar
Kuala Lumpur 
29.01.2016

Tuesday, 26 January 2016

ORANG YANG CERDIK



Daripada Abi Ya'la Syaddad Bin Aus r.a, daripada Rasulullah SAW sabdanya "Orang yg CERDIK ialah orang yg selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal utk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yg lemah (TIDAK CERDIK) ialah orang yg BERANGAN-ANGAN kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan daripadaNya) tanpa beramal soleh"


Riwayat Tirmizi
Buku 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
(Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki)

HATI KITA

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wahai diriku, cerminlah diri dan hatimu selalu.

Semoga dengan Cinta, Kasih Dan Sayangnya Allah kepada hamba yang dhaif ini akan selalu dikurniakan-Nya pancaran iman ke dalam hatiku, dianugerahi-Nya kesabaran-Nya dan kekuatan-Nya untuk terus tabah sepanjang perjalanan hidupku. InsyaAllah. Aamiin.... Allahuma aamiinn.