Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
Dialah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti) dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Ustaz Hj Zahazan Mohamed di dalam Bukunya 101 Doa dari Al Quran memetik dari kitab al Darul Manthur tafsir ayat 1-6 surah al Hadid menulis:
Menurut Ibn Najjar dalam kitab Tarikh Baghdad dengan sanad yang dhaif, daripada al Barra’ bin ‘Azib berkata bahawa beliau telah bertanya kepada Ali r.a. Saidina Ali memberitahu kepadaku tentang pekara yang paling hebat yang diberitahu oleh nabi s.a.w.
Beliau berkata maksudnya:
” Bacalah 6 ayat pertama daripada surah al Hadid dan 4 ayat terakhir surah al Hasyr. Kemudian angkatlah kedua tanganmu, berdoa dengan nama-namaNya yang mulai dan dengan berselawat ke atas nabi s.a.w.. InsyaAllah akan diterima oleh Allah”
” Bacalah 6 ayat pertama daripada surah al Hadid dan 4 ayat terakhir surah al Hasyr. Kemudian angkatlah kedua tanganmu, berdoa dengan nama-namaNya yang mulai dan dengan berselawat ke atas nabi s.a.w.. InsyaAllah akan diterima oleh Allah”
No comments:
Post a Comment