Friday, 3 January 2014

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH UNTUK SUAMI TERCINTANYA

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥


DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH

Ya Allah.. ampunilah dosaku yang telah kuperbuat.
limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.
berikanlah aku kekuatan mental.
kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.
peliharalah lidahku dari kata-kata nista.
kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu.
berikanlah aku sifat kasih sesama insan.


Ya Allah…
sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash.
berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu.
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah-Mu.
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu.
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu.
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala keanekaragamnya.

Tetapi ya Allah…
sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.
tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala takdir-Mu.
sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu.
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.
sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.
kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya.
sekiranya suamiku menyintai kesesatan.
pandulah dan bantulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah…
Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.
dan Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.
sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau reidhai.
sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu
sekiranya aku engkar dan derhaka
berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah…
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu.
aku buta tanpa bimbingan-Mu.
aku cacat tanpa hidayah-Mu
aku hina tanpa Rahmat-Mu.

Ya Allah…
kuatkan hati dan semangatku.
tabahkan aku menghadapi segala takdir dan cubaan-Mu.
jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.
bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu.
bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.

Hanya pada-Mu,

Ya Allah…
kumemohon segala harapan.
kerana aku pasrah dengan takdir-Mu.
kerana aku sedar hinanya aku.
kerana aku insan lemah yang kerap keliru.
kerana aku lalai dengan keindahan dunia-Mu
kerana kurang kesabaranku menghadapi ujian-Mu
kerana pendek akalku mengarungi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…….
aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati.
isteri yang dikasihi.
isteri yang solehah.
isteri yang senantiasa di hati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

https://www.facebook.com/notes/renungan-n-kisah-inspiratif/doa-seorang-istri-solehah-buat-suami-tercintanya%EF%B7%B2/480581276041


No comments:

Post a Comment