Wednesday, 26 March 2014
Tuesday, 25 March 2014
Friday, 21 March 2014
SABAR
Allah Subahana wa Taala berfirman: ""Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah Al Baqarah ayat 216)
Allah Subhana wa Taala juga berfirman : " Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Surah Al Baqarah ayat 286)
Firman-Nya lagi : “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu”.
(Surah Ali Imran ayat 200)
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(Surah Al Zumar ayat 10)
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah ayat 153)
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”
(Surah Muhammad ayat 31)
Ayat-ayat Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW untuk sepanjang zaman dan sepanjang kehidupan.
Tuesday, 18 March 2014
SYARAT TAUBAT ATAS DOSA DENGAN ALLAH DAN MANUSIA
Kita sentiasa berada dalam dosa. Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab antara hamba dengan Allah SWT dan kerananya juga Allah memandang hamba-Nya itu dengan penuh benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayang-Nya. Bila ini terjadi, apa saja amal ibadah dan kebajikan yang kita buat, Allah tidak pandang dan tidak terima. Yakni pahalanya tergantung atau tidak sampai kepada Allah. Bahkan bukan itu saja, di Akhirat nanti, Allah akan menghukum dengan Neraka yang maha dahsyat. Oleh itu wajib setiap hamba Allah itu bertaubat dengan segera terutamanya apabila melakukan dosa dan kesalahan.
Taubat ertinya kembali merujuk kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Menyerah diri (surrender) pada-Nya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, dukacita serta rasa tidak patut di atas dosa-dosa yang dilakukan sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa pecah-pecah bila mengingati dosa-dosa yang dilakukan itu. Merayu moga-moga Allah ambil perhatian. Memohon agar Allah yang Maha Pengampun akan mengampunkannya. Meminta agar Allah memandang dan memberi dengan penuh kasih sayang. Hati yang pecah-pecah itu menjadikan anggota-anggota lahir (mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan derhaka itu.
Itulah pengertian taubat. Tidak sepertimana sesetengah orang memahami pengertian taubat selama ini. Kata mereka, cukup dengan hanya mengucapkan istighfar di mulut, “Astaghfirullahal azim.” Hati tidak merasa bersalah dan berdosa. Tidak semudah itu Allah SWT hendak menerima taubat hamba-hamba-Nya kecuali setelah menempuh syarat-syarat (proses) yang telah ditetapkan-Nya.
Syarat-syarat taubat ada dua bahagian sebagaimana dosa dan pahala terbahagi kepada dua iaitu:
a. syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan Allah
b. syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan sesama manusia
SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN ALLAH
Antara syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah:
1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya.
2. Berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang menjadi larangan Allah itu.
3. Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil.
a. Antara contoh-contoh dosa besar ialah meninggalkan sembahyang, tidak puasa, tenung nasib, minum arak, zina, judi, rasuah, riba, memfitnah, mengumpat, membunuh dan lain-lain lagi.
b. Di antara dosa-dosa kecil ialah mendedahkan aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendengar nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, bercakap perkaraperkara lucah, bergurau berlebih-lebihan, berkelakar, membazir dan lain-lain lagi.
Oleh itu, kalaulah selama ini kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba, mendedahkan aurat, minum arak) maka kita tidak akan buat lagi atau terus tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita terlibat dengan dosa-dosa kerana meninggalkan perkara-perkara wajib (seperti meninggalkan sembahyang dan tinggal puasa), maka kita tidak akan meninggalkannya lagi. Ertinya kita terus melaksanakan perkara-perkara yang wajib dengan bersungguh-sungguh dan membayar (qadha) segala perintah wajib yang tertinggal.
SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN MANUSIA
Sekiranya seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yang ada hubungan sesama manusia, antara syarat-syarat taubat yang mesti ditempuhi ialah:
1. Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar-benar terasa di hati perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
3. Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia itu.
4. Meminta maaf atau meminta redha (halal) kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil.Dosadosa sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak.
Secara ringkasnya ia boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
a. Dosa yang ada hubungan dengan harta.
Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya atau seumpamanya.
b. Dosa yang ada hubungan dengan peribadi.
Contohnya pukul, cubit, rotan, dera seperti membuli, mengikat, merantai, menyeksa dengan barang-barang tajam atau binatang-binatang bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa-dosa ini semuanya mesti diminta maaf kepada orang berkenaan dan bersedia menerima hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan hukuman di atas perbuatan kita itu.
c. Dosa yang ada hubungan dengan maruah atau agamanya.
Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya, menuduh dia dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, fitnah dan lain-lain kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
d. Dosa yang ada hubungan dengan keluarganya.
Contohnya kita pernah pegang-pegang, raba-raba, cium anak gadisnya atau zinai anggota keluarganya atau bunuh ahli keluarganya dan lain-lain. Maka hendaklah minta maaf dan minta redha dari keluarganya. Kalau mereka tidak redha dan maafkan, kenalah sanggup diapa-apakan sahaja oleh pihak keluarganya itu sama ada dipukul, ditempeleng dan sebagainya mengikut yang ditentukan oleh syariat.
Di sini kita dapat lihat bahawa bertaubat terhadap dosa dengan sesama manusia lebih berat daripada dosa dengan Allah. Ia mesti menempuh empat syarat tetapi dosa dengan Allah hanya tempuh tiga syarat.
Semua tuntutan syariat ini mesti dibuat mengikut kaedah di atas, barulah taubat itu diterima oleh Allah. Sungguhpun begitu bukan mudah untuk menunaikan syarat-syarat tadi melainkan setelah memiliki hati yang benar-benar ikhlas dan surrender (menyerah sebulat hati) pada-Nya. Kalau tidak dapat menunaikan syarat-syarat ini, taubat itu tetap tidak akan diterima. Orang yang egonya tinggi amat berat untuk bertaubat. Lebih-lebih lagi dosa yang dilakukan itu terhadap sesama manusia.
Begitulah kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya kalau mereka membuat dosa-dosa. Masih ada peluang bertaubat untuk mendapat keampunan dari Allah dengan menempuh syarat-syarat yang telah disebutkan. Kecuali dosa syirik yang tidak mendapat keampunan dari Allah. Ini telah dinyatakan di dalam firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa syirik tetapi akan mengampunkan selain itu.”
(An Nisaa’ : 48)
Maknanya selain syirik, orang-orang yang bertaubat daripada dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah. Apabila diampunkan, maka samalah dia seperti orang yang tidak berdosa. Sabda Rasulullah SAW:
Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak berdosa.” (Riwayat At Tabrani)
Sabdanya yang lain: “Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang terjerumus berbuat dosa tetapi bertaubat.” (Riwayat Ahmad)
Seterusnya Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan.” (Riwayat Ahmad)
“Semua anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yang bertaubat.” (Riwayat Addarami)
“Tiada sesuatu yang lebih disukai Allah daripada seorang pemuda yang bertaubat.” (Riwayat Ad Dailami)
Allah juga memberitahu kita dalam firman-Nya: “Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 39)
Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Maidah: 40)
Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’: 110)
Berdasarkan Hadis-Hadis dan ayat-ayat Al Quran tadi, dapat difahami bahawa wajib setiap orang Islam itu bertaubat daripada dosa-dosanya supaya tidak menjadi hijab antara dia dengan Allah SWT (huraian lanjut dalam Bab 28: Rahsia Hati). Setelah bersih daripada dosa, hijab pun terangkat. Terhubunglah kembali kasih Allah yang terputus selama ini. Dia memandang hamba-Nya itu dengan pandangan penuh kasih sayang sehingga rahmat-Nya melimpah ruah. Justeru itu, hiduplah si hamba yang bertaubat itu dengan penuh bahagia di dunia dan mendapat balasan Syurga di Akhirat.
Demikianlah jika sebaliknya berlaku. Kalau hamba itu tidak bertaubat daripada dosa-dosanya, ertinya dia akan sentiasa berada dalam keadaan dosa. Maka terhijablah dia dengan Allah SWT. Hubungannya dengan Allah terputus. Di waktu itu Allah memandangnya dengan penuh kebencian dan kemurkaan. Rahmat dan kasih sayang Allah terputus. Seluruh amal ibadahnya tergantung. Di Akhirat nanti Allah seksa lebih dahulu dengan azab yang amat pedih.
Sebab itu Allah meminta dan memujuk hamba-hamba-Nya supaya segera bertaubat. Firman-Nya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa, iaitu orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang yang membuat kebajikan. Dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui".
Firman Allah seterusnya : “Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang yang beramal.”
(Ali Imran: 133-136)
Berdasarkan ayat ini Allah meminta kita bersegera bertaubat. Yakni membesihkan diri dari dosa dan menyerah diri sepenuh hati pada Allah, sebelum kedatangan mati atau sebelum bertemu dengan-Nya. Kerana mati itu tidak tahu bila masanya. Boleh jadi mengejut, datang tiba-tiba. Setelah bertaubat, Allah menyuruh kita segera mengejar Syurga. Yakni dengan cara melakukan amal soleh atau amal kebajikan seperti berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, bersedekah, menahan marah, memaafkan kesalahan orang dan sebagainya. Orang yang tidak bertaubat ertinya orang yang berdosa.
Jika dalam waktu yang sama dia beramal ibadah atau mengadap Allah, perbandingannya samalah dengan seorang rakyat datang mengadap raja iaitu:
a. Jika seseorang itu terlibat dengan dosa-dosa besar, dirinya umpama seorang rakyat yang hendak bertemu raja sedangkan seluruh badan dan pakaiannya penuh dengan najis tahi anjing yang sangat busuk dan menjijikkan. Najis tahi anjing itu bukankah najis mughallazah, yakni najis yang amat be-rat. Jadi dia bukan saja tidak dapat berjumpa dengan raja bahkan di pagar istana lagi sudah ditangkap dan dihukum penjara oleh pengawal-pengawal istana, kerana dianggap mengotori majlis raja.
b. Orang yang melakukan dosa-dosa kecil pula macamlah seorang rakyat yang hendak bertemu dengan raja tapi badan dan pakaiannya penuh dengan najis tahi ayam atau tahi kucing atau tahi lembu yang sangat busuk dan sangat dibenci orang. Macam nasib orang tadi juga, belum sempat berjumpa raja, di pagar istana lagi dia sudah ditangkap dan dihukum penjara. Cuma hukuman yang dijatuhkan mung-kin agak ringan sedikit berbanding dengan orang yang pertama tadi.
c. Demikianlah juga berlaku dengan orang yang melakukan perbuatan-perbuatan makruh. Orang ini macamlah orang yang badan dan pakaiannya bercelomos dengan lumpur, debu-debu, habuk-habuk atau peluh yang busuk dan berbau hangit tapi bukan bernajis. Tiba-tiba dia mahu mengadap raja. Mungkin dia tidak dihalang untuk ke majlis raja tapi dia akan dimarahi dan ditempelak oleh pengawal raja kerana dianggap tidak bersopan. Walaupun tidak ditangkap tapi dia akan dapat malu juga kerana dimarahi.
Oleh itu untuk bertemu raja, ada syarat-syaratnya yang mesti dijaga supaya sentiasa berdisiplin iaitu kemas, bersih, rapi dan tahu adab-adab mengadap raja. Kalau tidak, di luar istana lagi akan dihalau, tidak diterima masuk mengadap dan ditangkap untuk dipenjarakan.
Demikianlah juga dengan orang-orang yang melakukan kesalahan, sama ada dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil, kalau tidak bertaubat, di Akhirat dia tidak berpeluang melihat Zat Allah yang Maha Indah. Sebaliknya, tempatnya adalah Neraka yang amat pedih dan amat dahsyatnya. Orang yang melakukan perbuatan makruh juga kalau tidak bertaubat, walaupun tidak diazab seksaan Neraka, tapi Allah memandang dengan penuh benci. Dia dimarahi, diherdik dan diberi malu di depan makhluk-makhluk lain sehingga malu yang dirasakan pada kita waktu itu tidak terhingga dan terkata. Sehingga cair dan gugurlah segala daging-daging di muka dan akhirnya tinggallah rangka-rangka yang sangat hodoh dan mengerikan. Begitulah penanggungan malu yang dirasakan waktu itu.
Itu baru azab malu kerana terlibat dengan perbuatan makruh yang Allah benci. Itupun sudah tidak tertanggung oleh kita. Gambarkanlah seksaan yang akan ditanggung kalau melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Sudah tentu tersangatlah azab dan seksanya. Oleh itu marilah kita sama-sama bertaubat daripada segala dosa sama ada dosa-dosa kecil dan perbuatan yang dibenci iaitu makruh. Moga-moga kita menjadi orang yang bertaubat dan taubat kita diterima oleh Allah.

Monday, 17 March 2014
DOSA TIDAK DIAMPUN?
Banyak dosa besar yang tidak diampun oleh Allah selain daripada Syirik kepada Allah SWT. Akan tetapi yang berhak mengampuninya ialah manusia sendiri. Dosa-dosa ini ialah dosa-dosa yang berkaitan dan bersabit dengan manusia sesama manusia. Dosa-dosa ini tidak akan diampun oleh Allah SWT walaupun dengan Taubat Nasuha, Haji yang Mabrur atau puasa yang sempurna. Antara dosa-dosa tersebut ialah;
1. Mengumpat atau Membuat Gosip
2. Menfitnah
3. Memakan harta Anak Yatim
4. Mencuri
5. Berzina dengan isteri jiran atau orang lain
6. Menyakiti hati orang lain
7. Derhaka kepada kedua ibubapa
8. Membunuh jiwa orang Islam tanpa hak
9. Mengadu Domba
10. Merompak harta orang
11. Khianati amanah
12. Menuduh perempuan baik berzina
13. Menyakiti hati jiran tetangga
14. Dengki dan khianat
15. Sihir atau melakukan santau kepada orang lain
16. Menipu harta orang lain
17. Isteri yang derhaka
18. Suami yang tidak menunaikan hak isteri dan anak-anak
19. Melanggar janji
20. Mengambil hak orang lain
21. Merogol
22. Tidak membayar hutang
23. Menyebabkan kerugian nyawa, anggota atau harta orang lain
Cara Menebus Dosa
Semua dosa-dosa di atas apabila bertaubat hendaklah disertai dengan :
1. Kemaafan orang yang terlibat atau
2. Membayar balik apa yang diambil tanpa keizinan atau
3. Menebus balik setiap kesalahan dengan hukuman Qisas atau balas balik.
4. Jika sudah tidak ditemui orang yang berkenaan atau takut membahayakan nyawa jika berdepan dengan mereka, boleh ditebus kesalahan kepada seseorang dengan bersedekah di atas nama mereka yang terlibat dengan kadar yang sepadan yang ditetapkan oleh pihak Qadhi atau Hakim.
5. Berkhidmat atau menanggung bebanan keluarga orang yang berkenaan selama kadar yang sepadan dengannya, sebagaimana yang disepakati oleh keluarga mereka atau diputuskan oleh Qadhi ataau hakim.
6. Menghadiahkan pahala zikir, haji, umrah dan seumpamanya kepada orang yang berkenaan.
7. Memohon kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan, mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat seseorang dengan takdirnya maka akan terlepaslah segala bebanan dosa.
"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
(Surah An Nisa ayat 17)
Wallahu'alam
SIKAP MANUSIA KETIKA MENERIMA KEBENARAN
Ketika Rasul-rasul Allah SWT diutuskan kepada manusia, mereka terbahagi menjadi dua(2) golongan iaitu :-
1. Golongan yang mengaku dirinya beriman; dan
2. Golongan yang mengaku dirinya tidak beriman.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa “Aku beriman”, maka tatkala Allah memberikan ujian kepadanya, maka ternyata, ujian menambahkan mereka lari jauh daripada kebenaran (tidak jujur dan berdusta dalam pernyataan imannya). Mereka berpaling menjauhi dan lari daripada ujian, sebagaimana mereka lari daripada seksaan Allah SWT.
Firman ALLAH:
“Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut: 3)

ORANG MUKMIN YANG BERJAYA
Imannya tidak luntur, dengan setiap ujian dan dugaan samada berupa musibah atau kenikmatan hidup yang diberikan kepada mereka, malah perkara tersebut akan menambahkan lagi iman mereka.
Sebagaimana firman Allah di dalam surah al Ahzab yang bermaksud :
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (menunggu apa yang dijanjikan Allah kepadanya) dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janji).”
(Surah al Ahzab : 23)
Kejayaan mengharungi ujian bukanlah diukur ketika ujian itu terhapus, tetapi ketika kita mampu bersabar dan redha tatkala ujian itu menimpa kita. Rasulullah mendidik umatnya agar sabar itu adalah pada awal ditimpa musibah. Hal ini diriwayatkan di dalam hadis, pada ketika Rasulullah SAW melalui di sebelah seorang wanita yang menangisi lantaran kematian anaknya.
Rasulullah SAW berkata kepadanya,
Takutlah kepada Allah dan bersabarlah.”
Wanita itu berkata,
“Engkau tidak rasa musibah yang aku alami.”
Ketika Rasulullah SAW berlalu dari situ ada sahabat
berkata kepada wanita itu bahawa orang yang
menasihati tadi adalah Rasulullah SAW. Alangkah
terkejutnya wanita itu, dia segera pergi ke rumah
Rasulullah SAW dan berdiri pintunya.
Dia berkata, “Wahai Rasulullah, tadi aku tidak
mengenalmu. Sekarang aku sabar.”
Rasulullah SAW bersabda, “Sabar itu di awal
musibah.”
(Bukhari dan Muslim)
Monday, 10 March 2014
AMPUNKANLAH DAKU
Cinta
ampunkanlah daku
andai Engkau murka
kerana daku menggariskan luka
pada jejari masa
saat aku menggoreskannya sendiri
dengan kukuku yang tajam, tak terkendali
Cinta
ampunkanlah daku
andai murkanya Engkau
memuncak....
kerana daku hanya menurut kehendak
mungkin tidak berakal bijak
Cinta
ampunkanlah daku
andai murkanya Engkau hingga menggelegak
saat aku tidak mendengarkanmu
saat kau berbisik bukan berteriak
apakah aku sudah pekak?
oh tidak....
la ilaha illallah
Norlidar
10.03.2014

Saturday, 1 March 2014
SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT
Mengapakah doa-doa kita tidak memberi sebarang kesan dan dimakbulkan. Di manakah silapnya? Padahal kita telah berdoa dan meminta setiap hari. Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepada-Nya; Sebagaimana firman-Nya:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”
(Surah Mu’min ayat 60)
Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa?”
Ibrahim Adham menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).”
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.
Beliau menjawab, “Ada sepuluh perkara, iaitu:
1- Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.
3-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
4-Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6- Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7- Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
8- Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9- Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10- Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Jika begitu, bagaimana mungkin Allah Ta’ala dapat mengkabulkan doa kamu?”
Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjalankan tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah Ta’ala. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.

Subscribe to:
Posts (Atom)