Ya Illahi Rabbi
Jikalau cinta ini adalah ketertawanan
Tawanlah hatiku dengan cinta kepadaMu
Agar tidak ada lagi yang dapat menawan hatiku..Jikalau rindu ini adalah rasa sakitPenuhilah rasa sakit ini dengan rindu kepada-Mu….
Ramai yang terkeliru...
Adakah diri ini juga begitu???
Namun keinginan yang kelihatan mustahil dinyatakan kepada Allah secara lintasan hati,
"Ya Allah, berikanlah hambaMU yang lemah ini kemungkinan itu. Tunaikanlah hasrat hati. Jika tidak... damaikanlah, tenangkanlah hatiku agar redha dengan ketentuanMU tanpa mencacatkan keyakinanku pada segala zat kebesaranMU... hambaMU ini terlalu lemah, sering menzalimi diri sendiri dalam sedar dan dalam lekaku, diperbodohkan nafsu dalam menggapai redhaMU tanpa kusedari banyak sekali hatiku tidak redha dengan cubaan dariMU ya Allah.."
Kini, setelah begitu lama rasanya masa berlalu, ketika diri terlalu mengharapkan kasih sayang Allah, mengenangi masa lampau yang telah dilalui, betapa agungnya kebesaran dan kekuasaan Allah, barulah dapat merasai sesuatu yang luar biasa yang Allah khabarkan kepada insan biasa seperti saya.
“Akulah yang Maha berkuasa yang mampu menunaikan segala hajat,” sebagaimana yang dikhabarkan melalui surah Al-Ikhlas
“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”
Namun perjalanan yang manusia lalui terduga dengan pelbagai cabaran dan ujian. Allah sering menyatakan yang manusia bersifat lemah, bernafsu dan sering tergelincir daripada jalan yang lurus.
Semakin lama perjalanan semakin terasa cubaan dan godaan yang menjauhkan diri daripadaNYA yang maha berkuasa. Begitu juga, terusku melaluinya sebatas tahuku, selalu mengharapkanMU. Semakin jauh perjalanan, semakin luas pandangan... Namun seringku terseret oleh rasa yang menghimpit ruang rongga nafasku. Sungguh aku malu... Bantulah hambaMU ini untuk terus merasa kesendirian itu, jika itu yang dapat membantuku dekat padaMU ya Raabbi.
Ketika beberapa bulan sebelum Ramadhan lagi semakin aku mengingati arwah ibuku, nasihat & peringatannya seolah-olah berulang tayang di dalam ingatan dan di celahan doa-doaku.
Seringkali dalam perjalanan hidup ini...
Betapa begitu kemewahan keduniaan sering mengelabui mata yang sering terlalai jika tidak di awasi.
Terfikir sendiri, perjalanan ini tiada penghujung.
Lalu kuteruskan berjalan, berjalan dan berjalan.
Bertemu pelbagai tempat persinggahan yang dinamakan kerjaya, perkahwinan, isteri, ibu, sahabat dan bertemu dengan pelbagai lokasi yang berbeza.
Persinggahan dalam perjalanan ini juga mempertemukan saya dengan pelbagai wajah yang berbeza-beza sifatnya.
Kehidupan adalah pengorbanan.
Segala kejadian yang berlaku jika dilihat dengan mata hati, ia boleh menjadi punca modal motivasi besar untuk berubah.
Di sebalik pelbagai cubaan dan dugaan, kedewasaan mengajar diri untuk mentafsir semula laluan yang telah ditinggalkan.
Perjalanan yang selalu difikirkan tidak bernoktah rupanya akan berakhir. Ia sangat hampir. Hujungnya, kita akan berjumpa dengan titik akhir kehidupan, KEMATIAN. Perjalanan lalu tidak boleh diubah lagi.
Maka dengan itu, perjalanan yang bakal kita tempuhi menjadi sangat penting dalam konteks menjadikan masa-masa tersisa selari dengan keperluan kehidupan di alam baru.
Ya Allah sesungguhnya hambaMU ini tidak tahu di mana akhirnya diriku. Mampukah aku??
No comments:
Post a Comment