Maafkanku
Kerana kalutku
Pecah seribu...
Menyelam takut hingga kelabu
Hampir
Terlalu hampir aku tenggelam
Kelemasan, dalam ungunya lembayung hatiku
Senandungnya bisu
Telah berdarah, melangkah perih
Katamu...
Aku mawar dipagari duri
Kerna tak mengerti, kau berlalu pergi
Tanpa usir
Tanpa pesanan
Tiada wawasan
Hanya kekusutan di jantung hati
Aku di sini hanya melirih
Mengula setiap hiris
Adakah kau kan datang?
Saatku telah berlari
Mana titik tolaknya
Di mana titik temu
Tak tahu
Hati siapa yang membeku
Hatiku atau hatimu...
Norlidar
28.08.2012
4.50am
Kerana kalutku
Pecah seribu...
Menyelam takut hingga kelabu
Hampir
Terlalu hampir aku tenggelam
Kelemasan, dalam ungunya lembayung hatiku
Senandungnya bisu
Telah berdarah, melangkah perih
Katamu...
Aku mawar dipagari duri
Kerna tak mengerti, kau berlalu pergi
Tanpa usir
Tanpa pesanan
Tiada wawasan
Hanya kekusutan di jantung hati
Aku di sini hanya melirih
Mengula setiap hiris
Adakah kau kan datang?
Saatku telah berlari
Mana titik tolaknya
Di mana titik temu
Tak tahu
Hati siapa yang membeku
Hatiku atau hatimu...
Norlidar
28.08.2012
4.50am
No comments:
Post a Comment