Monday, 25 February 2013

SIFAT DAN TABIAT DUNIA



SIFAT DAN TABIAT DUNIA...

1. Bila seseorang itu buru dunia, menyebabkan ia sibuk. Akal fikiran dan fizikalnya sibuk, lalu jiwa   dan hatinya juga turut sibuk dan menjadi tidak tenang.

2. Apabila dunia telah didapat, menjadikan dunia pula jadi susah (sibuk). Bila dunia yang dimilikinya cacat(dicacatkan oleh orang), maka hatinya cacat, lalu hati menjadi keluh kesah, timbul pula dendam, dengki, khianat dan lain-lain.

3. Dunia boleh musnah dan tidak kekal.

4. Dunia mengecewakan kita, samaada dapat atau tidak. Dapat pun kecewa, kerana tidak boleh menjadi ubah mazmunah, bahkan bertambah mazmumah (penyakit hati), lebih-lebih lagi tidak dapat akan dunia. Contohnya : Dapat Isteri cantik, belum tentu isteri cantik bawa bahagia. Ada harta banyak, bimbang dicuri atau hilang dan lain-lain.

5. Bila dunia ada pada kita, orang lain akan hasad dengki. Bila ada orang mendengki kita, kita pula jadi susah. Tapi kalau (amal ibadah banyak, tiada orang dengki)

6. Dunia menjadi rebuatan, lalu menjadi punca pergaduhan dan krisis.

7. Kerana dunia, orang berlumba-lumba mengejarnya. Menjadikan seseorang itu sentiasa tegang fikirannya dan hatinya.

8. Dunia menjadikan seseorang itu sentiasa bimbang dan takut, kalau-kalau ia hilang atau dicuri orang.

9. Orang yang tidak ada dunia,tapi jika ia cintakan pula dunia, ia akan rasa rendah diri dan hina.

10. Dunia melahirkan rasa sombong dalam diri manusia.

11. Dengan dunia orang tidak pernah rasa cukup (tidak pernah puas).

12. Dunia selalu melalaikan. Jarang dunia mendorong kita mengingat dan mendekati ALLAH.

13. Dunia menyebabkan orang malas belajar. (belajar untuk mengenal agama, malah melupakan agama).

14. Dunia memisahkan sesama manusia.

15. Kerana dunia (pangkat atau kuasa), orang hormati kerana takut bukan sayang atau kerana kemuliaan akhlak. Kebiasaanya orang dihormati kerana harta yang dimiliki/kuasa malah latar belakangnya yang ternyata dunia.

16. Orang ada dunia, bila terlucut dunia daripadanya, ia akan dihina atau hilang harga diri.

17. Orang yang biasa ada dunia, ia lebih dimulia (zahirnya) daripada orang yang tidak tahu apa-apa.

18. Lumrah atau kebiasaan dunia itu dimiliki oleh orang jahat, biasanya dunia merubah seseoranh menjadi jahat setelah mendapatkan dunia.

19. Bila mati,dunia tidak dibawa ke akhirat

20. Dunia adalah pusaka Fir'aun, Qarun, Haman, dan orang-orang yang menderhakai ALLAH.

Demikianlah tabiat dunia yang hanya menipu daya dan sebagai gurau senda. Gurau senda yang manusia tiada sedar ketika memilihnya.. "tidak akan berkumpul dua cinta dalam satu hati, iaitu cinta dunia dan cinta ALLAH" .. Semua kesenangan dunia itu akan lenyap tanpa bekas manakala seseorang dicelupkan ke dalam neraka. Na’udzu billahi min dzalik.... 


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Kelak pada hari kiamat akan didatangkan orang yang paling senang hidupnya di dunia dari kalangan penghuni neraka. Kemudian ia dicelupkan ke neraka sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesenangan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah wahai Rabb-ku.’ Lalu didatangkan orang yang paling sengsara hidupnya di dunia dari kalangan penghuni syurga. Kemudian ia dicelupkan ke syurga sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesusahan atau penderitaan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah, aku tidak pernah merasakan kesusahan atau penderitaan sedikitpun.’”
(HR. Muslim).


No comments:

Post a Comment