Siapakah yang memperkenankan doa orang yang berada dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-NYA
(Surah An-Naml : ayat 62)
Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah atau gundah-gulana dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian dari penebusan dosa.
Bila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah.
Bila anda menderita cacat atau penyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah.
Rasa lapar itu akan dibalas dengan pahala-NYA, rasa sakit akan dibalas dengan ganjaran-NYA dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada hilang di sisi Yang Maha Esa. Allah selalu menjaganya seperti menjaga titipan yang akan ia penuhi di akhirat kelak.
~Solat menjamin kelapangan dada pelakunya, mengusir segala kesedihannya~
No comments:
Post a Comment