Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Robb sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda SAW
"Allah pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu" (Surah Az Zumar : 62)
Ayat di atas menjelaskan, bahawa Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu. Adapun Arasy adalah atap bagi seluruh makhluk yang ada dan semua yang wujud di antara Arasy sampai ke bawah berada dalam kekuasaan Allah SWT.
Para ulama sepakat bahawa Allah menciptakan langit dan bumi serta yang wujud di antara keduanya selama enam masa, sebagaimana disebutkan di dalam Al Quran:
"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas Arasy." (Surah al Hadid : 4)
Namun para ulama berbeza pendapat tentang makhluk pertama yang dicipta Allah SWT, apakah Qalam atau Arasy dan masing-masing kelompok memiliki dalil.
Pendapat pertama mengatakan bahawa makhluk pertama yang Allah cipta ialah Qalam. Mereka berhujah dengan hadith nabi Muhammad SAW.
"Sesungguhnya makhluk yang pertama Allah cipta ialah Qalam. Kemudian Allah berfirman kepadanya, "Tulis" Maka Qalam menuliskan semua peristiwa yang akan berlaku hingga akhir masa"
Pendapat kedua mengatakan bahawa makhluk pertama Allah cipta ialah Arasy. Mereka berhujah
dengan hadith Nabi Muhammad SAW:
"Manakala Allah telah selesaikan mencipta, Allah menuliskan di dalam kitab-NYA yang wujud di sisi-NYA di atas Arasy. "Sesungguhnya rahmat-KU telah mengalahkan kemurkaan-KU." Dan pendapat ini lebih dekat kepada kebenaran.
~Imam Ibnu Kathir~
No comments:
Post a Comment