Monday, 8 October 2012

CINTA DAN JODOH


Teman...

Ada ketikanya hati kita melara kerana ditinggalkan cinta. Betapa hebat pun rasa cinta kita kepadanya, belum tentu rasa itu akan dibalas sebagaimana yang kita harapkan. Di sinilah mula timbulnya keperitan rasa.

Bagaimana bermula, berapa lama, apa yang telah dikorbankan, di mana antara anda dan dia bermula. Itu telahpun berlalu. Jika tiada jodoh langsung ataupun jodoh terhenti di peringkat mana sekalipun.

Percayalah, sesungguhnya itulah kebaikan kurnia dari Allah.

Biarpun saat ini, mungkin anda rasa anda memang sepatutnya terus bahagia dan bersama si dia hingga hujung nyawa.

Tapi takdir Allah mengatasi segala yang makhluknya rancang, ingin ataupun dambakan..

Belajarlah untuk melepaskan dan terima hakikat yang anda berdua telahpun terpisah untuk kebaikan.

Biarkanlah dia berbahagia di mana saja si dia berada sekarang.

Relakanlah si dia berbahagia dengan caranya.

InsyaAllah, kebahagiaan anda akan menyusul tiba... di saat yang DIA telah tetapkan..


No comments:

Post a Comment