Tuesday, 23 October 2012

NILAI SEPINGGAN NASI

Berapa harga sepinggan nasi di tempat anda?
Mungkin nasi kosong begini cuma RM2.00 saja di Kuala Lumpur.

Tapi cuba kita bayangkan dan hayati perit getirnya seorang pesawah padi yang menanam padi, pastilah dia menilai sepinggan nasi yang kita beli dengan nilai yang berlainan.

Pesawah harus melalui jerih payah yang bukan sedikit, tak semudah kita membeli sepinggan nasi di kedai-kedai makan.

Kita yang tak melalui semua pengalaman seorang penanam padi, bagaimanapun cukuplah untuk membayangkan meskipun tak sama. Teriknya dipanah matahari di tengah sawah padi dari mulanya proses penanaman sehingga hasilnya dituai (Kita pula selalu hanya tahu membeli, memasak & adakalanya membazirkan)

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=50&idskandungan=224&mtopic=6

Kalau kita punya hati dan pengertian yang mendalam
1. seharusnya dalam hidup ini akan tiada pembaziran makanan walaupun hanya sebutir nasi kerana kita tahu ramai saudara-saudara Muslim di negara lain yang tidak mampu seperti kita ini yang mewah dengan makanan, kemudahan dan pembaziran-pembaziran yang kita lakukan setiap hari.

2. seharusnya mudah kita bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan.

3. seharusnya kita lebih bersyukur dengan apa saja makanan yang terhidang untuk kita

4. seharusnya kita tidak terlalu mudah mentafsirkan seseorang dengan mudah. Apalagi memandang rendah kepada seseorang.

5. Pilihlah hidup serba sederhana dan kurangkan pergaulan yang tidak perlu.



No comments:

Post a Comment