Sunday, 18 November 2012

SENJA

Di suatu senja
Kita merentas batas masa
Mungkin kerana kilau cahaya
Senja pun tak mungkin berlama
Mengusik hatiku yang lara

Di suatu senja
Bila hati terasa kehilangan
Kerana kasih dilamar cinta
Sayang pun hilang ke mana
Bepergian sebelum pudar warna

Di suatu senja
Aku terkaku tanpa rasa
Mencarimu perih tanpa suara
Bergema hanya di jiwa
Akan berpatah arahkah rasa

Ya Allah, temukanku dengannya
Mungkinkah di Syurga



No comments:

Post a Comment