Kita adalah manusia yang tak sempurna. Begitu jugalah dengan segala ciptaan manusia masakini. Sesempurna manusia ingin mencipta barangan ciptaannya, pasti ada kelemahan. Itulah yang terjadi baru-baru ini, kerana tak berhati-hati telah tak sengaja tag seseorang dengan photo yang saya post di facebook bersama teman-teman lain
Sememangnya sungguh memalukan bila berlaku kesilapan begini. Kesilapan hanya disedari setelah di click like photo tersebut. Maka yang paling perlu dilakukan adalah memohon kemaafan dari silap yang berlaku tanpa sengaja.
Kerana masa yang lalu tak dapat diulangi hanya permohonan maaf saja yang mampu dipinta. Apakan daya diri kerana ketelanjuranku, disebabkan tak berhati-hati.
No comments:
Post a Comment