Friday, 18 January 2013

MUHASABAH: PERGANTIAN HARI AKAN BERTERUSAN



Pada suatu hari Ahmad Bin Hanbal menziarahi Baqi’ Bin Mukhallad yang sedang terbaring sakit. Ahmad berkata, “Wahai Abu  Abdur Rahman, bergembiralah dengan ganjaran yang Allah janjikan,
hari-hari sihat yang tidak akan ada sakit di dalamnya, dan hari-hari sakit  yang tidak ada lagi kesihatan di dalamnya…”

Dengan kata lain, pada hari-hari sihat tidak pernah terlintas di fikiran manusia tentang sakit. Hal ini menyebabkan keinginan manusia menjadi sangat kuat, cita-cita yang akan dicapai semakin banyak,cita-cita yang hendak dicapai semakin membesar dan obsesinya semakin tumbuh subur.

Dan pada hari-hari sakit kuat, tidak pernah terlintas akan menjadi sihat dalam fikiran manusia itu. Hal ini menyebabkan jiwa diliputi harapan yang tidak berdaya, semangat yang terpenjara dan putus asa yang menjadi-jadi. 

Perkataan Imam Ahmad ini diambil dari firman Allah,
"Dan demi sesungguhnya, jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. Dan demi sesungguhnya, kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan tentulah ia akan berkata 'Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku'. Sesungguhnya ia riang gembira (dengan kesenangannya itu), lagi bermegah-megah (kepada orang ramai). Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar."
(Surah Hud : 9-11)

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata: "Allah Yang Maha Tinggi memberitahu tentang manusia dan sifat-sifat tercela yang ada di dalam diri mereka, kecuali mereka yang diberi Allah rahmat, iaitu hamba-hamba-NYA yang mukmin. Allah memberitahu bahawa jika manusia mendapat suatu kesusahan selepas adanya limpahan nikmat maka dia akan segera menjadi putus asa dan patah semangat untuk mencapai kebaikan pada masa depan. Pada masa yang sama ia mengingkari apa yang berlaku pada masa lalu seolah-olah dia belum pernah melihat kebaikan dan seolah-olah tidak mengharap jalan keluar."

Begitu pula halnya, ketika mendapat limpahan nikmat selepas sebelumnya dililit bencana/cubaan.

"Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku."
(Surah Hud : 10)

" Sesungguhnya ia riang gembira (dengan kesenangannya itu), lagi bermegah-megah (kepada orang ramai)."
(Surah Hud : 10)

Ayat ini menjelaskan bahawa dia berbangga dengan yang sudah dicapainya, sombong dan selalu membanggakan diri kepada sesama manusia.

"Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar."
(Surah Hud : 11)



No comments:

Post a Comment