Wednesday, 29 May 2013

CANTIK DAN KAYA ITU TAK SALAH JIKA SENTIASA MENJAGA KEREDHAAN ALLAH



CANTIK DAN KAYA ITU TAK SALAH JIKA SENTIASA MENJAGA KEREDHAAN ALLAH


Telah diceritakan bahawa ada seorang wanita cantik kaya-raya bersama dayang dan pelayan-pelayannya terlambat melarikan diri ketika terjadinya penyerangan ke atas Iskandariah. Pasukan Perancis telah masuk ke rumahnya dengan pedang terhunus. Kemudian seseorang dari mereka bertanya: "Di manakah hartamu?" Dia menjawab sambil ketakutan, "Harta-benda kami ada di dalam kotak-kotak yang ada dalam rumah ini." Lalu ia menunjuk ke ruangan tempat harta itu berada. Dia semakin ketakutan.


Namun salah seorang dari mereka berkata, "Jangan takut! Engkau berada di sampingku, hartaku dan kebaikanku. Tenanglah!" Wanita cantik itu pun mengerti bahawa lelaki itu tertarik dan menginginkan dirinya. Maka ia mendekatinya dan berkata dengan berbisik, "Saya ingin menggunakan tandas"
Lelaki itu menyangka wanita itu juga menyukainya, maka dia pun mempersilakan wanita itu masuk ke dalam tandas. Sedang mereka sibuk mengambil harta yang ada di dalam peti-peti tersebut, wanita itu keluar dari pintu rumahnya dan masuk ke dalam gudang yang gelap kerana penuh dengan tumpukan jerami yang ada di dalam gudang yang gelap kerana penuh dengan tumpukan jerami itu dan menyembunyikan dirinya di dalam jerami itu. Ketika orang asing itu mencarinya sesudah mengambil harta yang ada di dalam rumahnya, ternyata mereka tidak menjumpainya. Akhirnya, mereka sibuk mengangkat harta benda itu dan kemudian pergi sehingga wanita itu terselamat dari penahanan bersama dengan perhiasan yang dikenakannya. Demikian pula para pelayannya, baik lelaki mahupun yang perempuan, semuanya terselamat dari penahanan kerana mereka bersembunyi dengan baik di atas loteng rumah.

Saat itu wanita cantik itu berkata, "Keselamatan agama dan kehormatan adalah lebih baik daripada harta-benda. Dan harta tidak disimpan oleh orang yang terhormat melainkan hanya untuk menyelamatkan agama dan kehormatan. Sesungguhnya kemiskinan adalah lebih baik daripada tertawan kemudian kufur - mengganti agamanya - di bawah ancaman musuh"



wallahu'alam

No comments:

Post a Comment