Wanita solehah adalah wanita yang sedar terhadap petunjuk agama serta mendalam imannya, memiliki keyakinan bahawa Allah telah menetapkan matlamat hidup berdasarkan firman-NYA dalam surah Az Zariyat ayat 56:
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku."
Tumpuan menyembah dan beribadah hanya ditujukan kepada Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Pengatur alam. Dengan kata lain seluruh penyembahan yang sebenar hanya layak ditujukan kepada Allah SWT.
Rabiatul Adawiyah dengan sikap tegas sentiasa mengatakan bahawa hidupnya telah dipersembahkan kepada Allah SWT sahaja. Jiwanya kuat terdorong untuk melakukan ketaatan kepada Allah semata-mata atas rasa kerinduan untuk bertemu Allah.
Begitulah sepatutnya pendirian wanita solehah yang sedar bahawa keredhaan Allah mengatasi segala keinginan dan mentaati segala perintah Allah mendahului segala matlamat. Mematuhi hukum syarak menguasai kehidupan. Wanita solehah sentiasa berbangga dengan keperibadian Islam seperti yang telah terbukti dalam sejarah awal kegemilangan Islam yang memaparkan peribadi muslimah yang mesti kita contohi.
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment