Saturday, 4 May 2013

HATI TERTUTUP DALAM 3 KEADAAN


Ibrahim bin Adham pernah mengingatkan kepada penduduk Baghdad yang bermaksud:

Hati manusia akan tertutup dengan tiga (3) keadaan iaitu bergembira, berdukacita & berbangga.

Andainya kamu terlalu suka dengan apa yang kamu ada, maka kamu akan menjadi bakhil dan bakhil adalah dilarang. 

Apabila kamu berdukacita dengan kehilangan sesuatu, kamu akan menjadi orang yang tidak redha dengan dugaanNYA, orang ini akan diseksa. 

Apabila kamu menerima pujian, kamu akan berbangga. Sifat ini akan merosakkan amalan.

Dari itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh memperhatikan keadaan hati kita.

wallahu'alam


No comments:

Post a Comment