Mungkin aku tak seindah pelangi
di kala redanya hujanmu
kerana
terkadang aku membuat luka hatimu
Mungkin aku tak segemilang purnama
di gelap malammu
kerana aku hanyalah kerdipan lentera kecil
Mungkin aku tidaklah setegar karang
yang boleh engkau banggakan
kerana aku adalah sosok rapuh
yang selalu berbicara dengan airmata
Tetapi aku ingin jadi pohon di hari lelahmu
yang akan selalu setia menemanimu
yang akan selalu menantimu
tak peduli di musim hujan dan kemarau
aku...
akulah pohon rindumu
selalu ada di sini
mahu cuba meneduhkanmu
dari segala resah
dari segala gundah
dari segala kehausan rasa
berbicaralah denganku
aku ingin mendengarkan
luahan hatimu
Norlidar
No comments:
Post a Comment