Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tak perlulah kusertakan nama kerana jika kau terbaca pasti dirimu mengetahui bahawa catitan ini adalah buatmu. Coretan ini juga kutujukan buat sahabat hati yang Allah kurniakan kelembutan pada hatinya. InsyaAllah.
Maafkanlah diriku kerana hati ini terlalu ingin rasanya mencatatkan sesuatu buatmu sahabat yang kukasihi. Maafkan aku jika kau tak suka caraku ini.
Inginku sampaikan padamu bahawa melalui persahabatan ini, aku tidak pernah ada sebarang kepentingan apa-apa sekalipun melainkan hanya rasa kasih sayangku padamu sebagai sahabat hatiku yang juga seorang wanita sepertiku. Aku sayangi kamu kerana kamu juga makhluk ciptaan Allah sepertiku cuma kelebihannya di sini kita pernah berkongsi sedikit rasa dan sedikit cerita.
Maafkan aku kiranya kau pernah merasakan aku menilaimu dari sudut apa sekali pun. Tapi ketahuilah tiada maksud hatiku untuk berbuat demikian. Aku tahu kau juga seorang yang privasi type sepertiku, sedikit sensitif sepertiku dan mungkin kerana itulah kita rasa selesa berkongsi rasa. Aku sendiri tak pasti sejak bila ada rasa kasih sayangku padamu tetapi itu adalah keajaiban Allah menyemai rasa kasih sayang dalam hati makhluk-NYA.
Buat sahabatku yang dikasihi.
Aku amat memahami dari gerak gayamu bahawa kau begitu menghargai privasimu, rasanya amat jarang sekali kutanyakan soalan peribadi. Malah nama penuhmu juga tak kuketahui, begitu juga umurmu. Seingatku aku ada melihat photomu yang dikongsikan di inbox dan juga nombor telefonmu yang hanya sekali saja kuhubungi tetapi kita masih belum mendengar suara masing-masing sampai saat ini. Lucu kan? Serasanya kita telah kenal begitu lama.
Buat sahabat yang kukasihi.
Adakalanya aku boleh senyum sendirian mengenangkan cerita lucu yang kita kongsikan. Adakah kau lupa yang aku juga selalu kongsikan ceritaku denganmu? Terima kasih kerana menghadirkan sebuah kemanisan kenangan dalam hidupku ini.
Inilah yang kau tuliskan pagi ini buatku. Sengaja aku tuliskan berwarna kerana itulah warna yang kusuka.
nor..nor mungkin akan jauhkan diri dari *******...
****************************************************************************** ***************************************************
maafkan ******* sebab ******* tak kuat..
******* harap sangat nor tak benci *******..tapi ******* sedia terima kalau nor menolak ******* sebagai kawan..
Buat sahabat yang kukasihi.
Tak kiralah apa pun kau lakukan, TAK pernah ada benci dalam hati ini kerana kita adalah sahabat. Apapun juga keputusan yang telah kau pilih di dalam hidupmu itu adalah hak peribadi. Sebagai sahabat, aku sebenarnya cuma mahu kau lakukan yang terbaik buat dirimu, masa depanmu. Apa-apa soalanku mahupun jawapan yang kau berikan sejak akhir-akhir ini adalah untukmu sendiri. Soalan-soalan yang kutanyakan adalah bertujuan untuk menjadi stimulasi untuk kaufikirkan sendiri. Mungkin ianya akan membantumu melihat apa tindakan yang wajar kau lakukan seterusnya. Sungguh, aku tak tahu apa yang dapatku lakukan untukmu selain dari soalan-soalan itu dan mendoakanmu dari kejauhan.
Buat sahabat yang kukasihi.
Inginku ingatkan sekali lagi apa jua keputusanmu, buatlah dengan bijak, usahlah tergesa-gesa kerana semuanya adalah untuk masa depanmu dan kebahagiaanmu di dunia hingga ke akhirat. Mintalah petunjuk dari Allah kerana DIAlah yang Maha Mengetahui. DIA tahu apa yang terbaik untuk semua makhluk-NYA.
Aku ini hanyalah seorang sahabat yang hanya sekadar boleh mendengar dan memberikan lebih banyak soalan... Aku adalah sahabat yang punya banyak kelemahan dan tidaklah sekuat yang kau sangkakan. Aku juga seorang wanita yang pernah menangis sepertimu bukanlah superwoman. Tapi ketahuilah tiada istilah benci dalam hati dan tiada juga istilah putus asa dalam diri ini. Maka dengan itu tidak keterlaluan andai aku memohon agar kau kuatkanlah hatimu dan usah berputus asa dari Rahmat-Nya InsyaAllah....
Buat sahabat yang kukasihi.
Apa pun keputusanmu, aku tetap di sini jika kau rasa perlu. Mungkin ada ketika tertentu aku kesibukan kerana urusan kerja atau urusan keluarga tapi aku tetap ada. Persahabatan ini akan terus berlangsung selagi hayat dikandung badan. Tapi ketahuilah dalam hatiku ini selalu aku mengharapkan semoga kasih sayang dan cinta kita hingga ke Syurga-Nya. Aamiin.
Salam sayang dari sahabatmu
dan aku tetap di sini selalu..
Norlidar
No comments:
Post a Comment