Kringggggg.
Loceng terakhir sekolah pun berbunyi menandakan waktu persekolahan berakhir untuk hari tersebut.
“Hanisah, tadi Rasyid dari kelas sebelah kirim salam perkenalan”. kata Razak yang duduk dibelakangnya di barisan terakhir dalam kelas.
“Rasyid? Siapa Rasyid tu?" Hanisah sengaja bertanya. Dalam hatinya mula berkata. Wah, bukan main lagi beraninya Rasyid tu.
“Hanisah! Macam manalah kamu tak tahu ni.” Jawab Razak sambil menggeleng-gelengkan kepala dan menggaru-garunya dalam masa yang sama.
"Atau kau sengaja buat-buat tak tahu?" Tanya Razak dengan nada sedikit lucu sambil mengangkat-angkatkan keningnya.
Ish dah nak tiru Ziana Zain pulak rakan sekelas aku ni. Gerutu Hanisah di dalam hati tapi masih mengekalkan riak wajahnya.
“Rasyid la Cik Hanisah... kan yang bercermin mata dan berkulit putih tu.. Alahai Rasyid yang satu kelas English dengan kita tu”, Razak seperti tak tahu bagaimana lagi untuk menerangkannya kepada Hanisah.
Di hari yang lain pula. Setelah habis waktu persekolahan, semua murid-murid pun bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing.
Semasa itu Hanisah telah keluar dari kelas tetapi setelah beberapa jauh berjalan barulah disedarinya, tempat pensilnya ketinggalan di dalam kelas.
“Hanisah! Eh sebenarnya ada surat untuk kaulah dari Rasyid” Terkejut Hanisah dengan apa yang didengarnya itu.
“Razak! Kau ni teruk betullah, aku terkejut tau kau sergah aku macam ni” kata Hanisah. Sebenarnya Hanisah tidaklah terkejut sangat dipanggil dengan tiba-tiba begitu. Tapi ini kejutan yang double.. ada surat la pulak.
“Nah ini suratnya…” Rasyid mengunjukkan sekeping surat yang terlipat kemas. Diletakkan di atas mejanya.
Hanisah dengan cepat mengambil surat itu, terus mengoyak duakannya lalu memandang ke muka Razak dengan tepat. Mukanya dirasakan sedikit hangat. Apakah perasaan sebenarnya ketika itu? Geram, marah, kecewa atau apa?
“Razak, kau bagitahu si Rasyid ni…. Aku tak mahu terima surat ni, tak mahu buka surat ini dan tak mahu tahu apa-apa pun mengenai isinya. Faham tak??” Begitulah yang dikatakan Hanisah dengan nada yang begitu tegas dan yakin sekali.
Mulut Razak terlopong seketika kehairanan dan juga terkejut dalam waktu yang sama.
“Eh Hanisah.. Tadi kau tanya aku siapa Rasyid ni? Lepas tu, yang tiba-tiba kau koyakkan surat tu kenapa pula” Tanya Razak yang sememangnya hairan sungguh dengan sikap Hanisah.
Selama dia kenali Hanisah tidak begitu pada pandangan Razak teman sekelasnya, dia hanya buat halnya sendiri atau bersama kawan-kawan perempuannya yang tak berapa ramai. Tapi tak sangka begitu pula sambutannya atas pemberian surat itu.
Apa yang aku nak beritahu Rasyid nanti ni. Gerutu hatinya sendirian. Hmmm rasanya ramai yang minat si Rasyid ni. Ramai budak-budak perempuan yang lain selalu tersenyum-senyum malah ada yang berbisik-bisik bila melihat ke arah Rasyid.
Popular kot... fikir Razak dalam diam tapi apa pasal minah ni kata tak kenal pulak. Banyak sungguh pertanyaan dalam kepalanya.
~ MONOLOG ~
Rasyid, maafkan aku ya. Bukan aku tak suka atau jauh sekali membenci kamu. Sebenarnya inilah pengalamanku yang pertama. Buat masa ini aku tak dapat nak terima sebarang apa-apa tanda dari dirimu. Surat atau hadiah apalagi pelawaan untuk berjumpa.
Aku tahu ramai kawan-kawan sekolah kita melakukan semua itu. Tapi aku tak mahu kerana aku tak bersedia untuk untuk menanggung bebanan perasaan begitu ketika ini. Aku yakin tak bersedia untuk semua itu dan aku rasa kau pun belum bersedia ke episod seterusnya kerana kita masih pelajar lagi. Apalagi masih di tingkatan 4.
Terlalu awal untuk kita memulakan bunga-bunga kemesraan atau jauh sekali menyematkan rasa cinta atau mungkin saja menghuru-harakan perasaan kita dengan banyak hal yang kita sendiri belum mengetahui.
Inilah kefahaman yang ibu telah sematkan dalam hatiku ini. Jadi, insan yang bernama Rasyid diharapkan kau sudi memaafkan diriku. Andai ada perbuatanku , sikapku atau tingkah lakuku yang menyakitkan hati atau menggores perasaan kamu.
Akan aku doakan kamu selalu, suatu hari nanti agar bertemu dengan seseorang yang menepati hatimu.
Semoga berbahagia selalu sahabatku.
Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun di alam maya atau nyata. Jika ada persamaan sama ada nama watak atau apa saja adalah cuma kebetulan sahaja. Harap maaf.