Wahai cucuku..
Rindu, saat kau tiada lagi di sisiku. Hilang rasa ceria.. tanpa senyum dan ketawa kita.
Aku bagai anak kecil yang lupa berapa usia.
Bersama-samamu di sini, segalanya terasa manis.
Tiada resah, sedih ataupun gelisah. Hanya ada keseronokan walau hanya dari pandangan kita berdua.
"Nek, nek.. Mia nak tengok upin ipinlah.." katamu penuh manja dengan lirikan mata, gerakan kepala dan matamu yang meminta.
Seterusnya.
"Nek, nek su.. Mia nak tengok yang tu, Alif Ba Tha." katamu masih mahu meneruskan tanpa henti.
Dan lagi.
"Nek, nek, nek su... Mia nak tengok keretapi" katamu masih mahu meneruskan tanpa lelah mahupun bosan.
Selepas sudah penat matamu memandang kaca bercahaya, kau mula bermain di anak tangga. Naik ke atas dan kemudian turun ke bawah meniti anak-anak tangga.
Mia, bila Mia dah balik, nek su rindu lagilah.
Beginilah aturan Ilahi, Damia Batrisya adalah anugerah kasih dan sayang di dunia untuk kurasakan kerana mereka yang patut dipanggil datuk dan nenek telah lama pergi. Aku di sini menikmati kasihnya anak kecil ini tanpa henti.

No comments:
Post a Comment