Monday, 14 May 2012

HATI HANISAH (episod 4)


Hanisah berperawakan bersahaja berkulit hitam manis dan bertudung.

Manakala Fatiha pula nampak manis, berkulit putih dan bertocang rambut. Mereka berada di tingkatan 4, di sekolah itu.

Semua murid-murid pun bangun secara serentak apabila teacher Miss Lim masuk ke kelas mereka.

“Good afternoon Miss Lim” ucap murid-murid kelas itu, berbagai ragam tonasinya di telinga.

Bagaikan murid-murid tahun satu saja pulak bunyinya. Hanisah, Fatiha dan murid-murid lainnya tersenyum kelucuan.

Lamunan Hanisah pun terpadam dan meneruskan perhatiannya kepada guru itu mengajar dan latihan-latihan yang telah ditetapkan untuk mereka sekelas.

Dua waktu untuk English ni terlalu singkat rasanya. Setelah kelas berakhir mereka pun bersurai ke kelas asal masing-masing semula.

Seperti biasa Hanisah dan Fatiha berjalan berdua semula ke 4A2 semula. Begitu juga rakan-rakan mereka yang lainnya.

Setiba di kelas, Hanisah pun duduk dibangkunya di barisan ke 2 dari belakang, kerana Hanisah adalah antara pelajar perempuan yang tinggi.

Agaknya ini untuk memudahkan guru yang mengajar untuk memantau pelajar-pelajar dari depan kelas.

Dalam perjalanan pulang Hanisah terkenangkan pesanan ibunya untuk berhati-hati dengan pergaulan di sekolah terutama dengan murid-murid lelaki.

Nasihat ibunya lagi, diwaktu usia begini keutamaan yang paling penting selain agama dan kedua ibu bapa adalah pelajaran.

"Mak, nisah janji nisah akan ingat selalu nasihat mak ni." katanya waktu mereka sedang minum petang suatu hari.

"Bagus! Alhamdulillah.. Ingat selalu tau pesanan mak ni.." Hanisah masih dapat merasakan bagaimana ibunya mengusap rambutnya ketika itu.

Hanisah masih ingat juga, di mata ibunya terlihatkan pancaran kasih sayang yang membahagiakan.



Bersambung…



   Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun di alam maya atau nyata. Jika ada persamaan sama ada nama watak atau apa saja adalah cuma kebetulan sahaja. Harap maaf.




No comments:

Post a Comment