Thursday, 31 October 2013

MAULIDUR RASUL SAW



Setiap Jumaat minggu pertama dalam setiap bulan

Dari Abu Hurairah r.a. pula katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat : "Manakah mereka yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-KU? Pada hari ini mereka itu akan diberi naungan pada hari tiada naungan melainkan naungan-KU." (Riwayat Muslim)

Suatu mahabbah, suatu kerinduan & suatu amanah kerana-NYA, insyaALLAH...
Ini bermakna Jumaat ini adalah
Maulid Bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Dijemput semua hadir ke
Masjid Muadz Jabal Setiawangsa, KL
Jam 9.00 malam.

Terbuka untuk semua...

-www.darulmurtadza.com-




Ratib Al-Haddad – Dari Yaman ke Dunia Melayu

Oleh: Wan Mohd. Shaghir Abdullah
SEKURANG-KURANGNYA ada dua jenis “wirid” atau disebut juga dengan “Ratib” yang sangat berpengaruh di kalangan orang-orang Arab, terutama golongan “Habaib” (Habib-Habib atau Saiyid/Syed) yang datang ke dunia Melayu. Yang pertama disebut “Ratib Al-Haddad” dan yang satu lagi dinamakan “Ratib Al-Attas”. Sebahagian besar yang diketahui oleh para pengamalnya, “Ratib Al-Haddad” ialah satu amalan yang dapat menenangkan jiwa, penuh berkat, terdapat beberapa fadhilat yang kadang-kadang menyalahi adat. Wirid atau ratib yang tersebut adalah disusun berdasarkan ayat-ayat al-Quran, doa, selawat, istighfar, dan sejenisnya. Yang pertama mengamalkannya ialah Al-Quthub al-Ghauts al-Habib as-Saiyid ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad Ba’alawi al-Huseini al-Hadhrami asy-Syafi’ie. Ulama besar keturunan Nabi Muhammad S.A.W ini dilahirkan di Tarim, Yaman, pada 5 Safar 1044 H/30 Julai 1634 M dan wafat pada 7 Zulqa’idah 1132 H/10 September 1720 M.
Artikel ini bukan menceritakan riwayat hidup ulama yang tersebut tetapi adalah lebih memperkenalkan satu-satunya manuskrip bahasa Melayu yang membahas secara mendalam tentang “Ratib Al-Haddad”. Perlu saya sebutkan di sini bahawa hingga kini belum dijumpai “Ratib Al-Haddad” bahasan yang mendalam sepertinya dalam bentuk cetakan bahasa Melayu. Sungguh pun demikian, belum begitu lama, terdapat yang diusahakan oleh Syed Ahmad bin Muhammad bin Zain bin Semit cetakan yang ditulis dalam bahasa Arab, cetakan yang kedua Zulhijjah 1417 H/1997 M, diterbitkan oleh Pustaka Nasional Singapura. Manuskrip yang dalam bahasa Melayu diselesaikan pada hari Ahad, jam 4.00 petang, bulan 24 Syawal 1224 H/2 Disember 1809 M. Disalin kembali tahun 1317 H/1899 M. Judul lengkap manuskrip dalam bahasa Arab “Sabil al-Hidayah wa ar-Rasyad fi Syarh ar-Ratib al-Haddad”. Judul terjemahan dalam bahasa Melayu “Jalan Pertunjuk dan Pengajaran Pada Menyatakan Faedah Kelebihan Quthub Bangsa Haddad”. Karangan asal dalam bahasa Arab dilakukan oleh keturunan ulama tersebut, beliau ialah Habib ‘Alawi bin Ahmad bin al-Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. Nama penterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Melayu tidak dinyatakan, kemungkinan adalah diterjemahkan oleh yang mengaku pemiliknya bernama Ahmad Salim ibnu al-Marhum Syeikh Mat Juban Pontianak, Kampung Melayu.
Selain yang diberi judul di atas terdapat lagi manuskrip dalam bahasa Melayu, tetapi bahasan kandungannya berbeza, ialah “Kaifiyat Qiraat ar-Ratib al-Haddad”. Judul ini diterjemah oleh Saiyid Ahmad bin Muhammad al-’Aidrus, tidak terdapat tarikh selesai penterjemahan. Manuskrip ini bekas dimiliki oleh Ahmad bin ‘Abdullah bin Qadhi. Manuskrip “Kaifiyat Qiraat ar-Ratib al-Haddad” lebih bercorak cara-cara mengamalkan ratib, tanpa mengemukakan dalil. Sedang “Sabil al-Hidayah wa ar-Rasyad” (manuskrip yang pertama) secara garis besar kandungannya ialah lebih mengutamakan dalil-dalil al-Quran dan hadis lebih lengkap untuk membuktikan bahawa amalan yang diajar oleh Quthub al-Ghauts al-Habib as-Saiyid ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad adalah tidak menyimpang dari ajaran Islam yang diajarkan oleh datuk nenek beliau, iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Jika kita membuat perbandingan kandungan yang terperinci antara manuskrip bahasa Melayu dengan yang bahasa Arab cetakan Pustaka Nasional Singapura ternyata ada beberapa perkara yang dibicarakan dalam manuskrip Melayu tidak terdapat dalam yang bahasa Arab. Demikian juga sebaliknya.
Dalam manuskrip yang bahasa Melayu dicatatkan tulisan Saiyid ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad dalam “Kitab Manaqib”, kata beliau, “Barangsiapa orang yang membiasakan atas ratib kami, nescaya dikurniai [oleh] Allah Ta’ala akan dia sebaik-baik kesudahan mati di dalam kalimah … “. Yang dimaksudkan di sini ialah mati dalam agama Islam dan beriman. Sebagaimana terdapat pada salah satu doa dalam ratib, yang terjemahannya “… matikan kami dalam agama Islam”. Doa ini pula ada hubungkait dengan doa dalam ratib juga, yang maksudnya, “Kami semata-mata ridha terhadap Allah, tuhan kami, kami suka agama Islam, adalah agama kami dan Nabi Muhammad S.A.W, Nabi kami”. Terhadap Allah, Islam dan Nabi adalah sangat ditekankan dalam ilmu ‘aqidah supaya beri’tiqad dengan jazam dan betul. Perlulah diperhatikan, kerana sewaktu kita masuk kubur yang tersebut adalah pertama-tama perkara yang ditanya. Selain fadhilah untuk menghadapi sakarat al-maut, beliau sebut juga bahawa “Ratib al-Haddad” berfungsi “Dipeliharakan [oleh] Allah Ta’ala daripada terbakar, dan kecurian, dan tiada terbunuh orang akan dia … Ratib ini dibaca tiap-tiap ditimpa dukacita, nescaya diberi [oleh] Allah kesukaan”. Semua yang diriwayatkan bahawa bacaan-bacaan dalam ratib ada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam hadits shahih.
Sebagai bukti “Ratib al-Haddad” sangat berpengaruh, dalam rangka “Majlis Haul Habib as-Saiyid ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad”, telah diadakan perhimpunan acara membaca ratib tersebut di Masjid Baitul Aman, di Jalan Damai, Kuala Lumpur, pada malam Sabtu 1 Zulqa’idah 1426 H/3 Disember 2005 M. Yang hadir selain dari seluruh Malaysia, ramai pula yang datang dari Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, India, Yaman, dan negara-negara lainnya. Acara diteruskan ke Batu Pahat (Johor), Temerloh (Pahang) dan Singapura. Selain membaca “Ratib al-Haddad” juga diadakan ceramah yang khusus membicarakan kehebatan dan jasa-jasa besar Saiyid ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad dalam penyebaran Islam. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan tersebar di seluruh dunia.


Wednesday, 30 October 2013

KASIH III

Kasih
lorekkanlah
percikan warna kasih-Nya
warna takzim warna ceria
sulaman rindu nan berenda
biarpun harimu serasa berduri
duka dirasa
seharum mawar jelita
kerna tempaan tabah
berputik Cinta
benar naungi Cinta-Nya
tanpa amukan resah
adalah kebenaran
sucinya Cinta
kerana Ilah


Norlidar Lidon
30.10.2013

TERIMALAH APA JUGA PEMBERIAN ALLAH DENGAN RELA

Terimalah apa juga pemberian Allah maka andalah manusia terkaya.

"... Oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur"
(Surah Al-A'raf ayat 144)

Jika ingin bahagia terimalah dengan rela hati bentuk tubuh yang diciptakan Allah untuk anda, keadaan keluarga anda, bagaimana suara anda, selemah manapun kemampuan daya tangkap dan pemahaman anda dan berapa pendapatan anda. 

Para Tasawuf mengatakan, "Sepatutnya anda sentiasa tetap senang hati menerima sesedikit mana pun yang anda punyai, rela dengan tiap-tiap sesuatu yang anda tidak punyai".

Malah semua nabi dan rasul Allah pernah menjadi pengembala kambing. Meskipun mereka manusia-manusia pilihan Allah dan sebaik-baik manusia, pekerjaan mereka pun tak jauh berbeza dengan manusia umum. Nabi Daud adalah tukang besi, Nabi Zakaria seorang tukang kayu dan Nabi Idris adalah seorang tukang jahit.

Ini mengisyaratkan kepada kita bahawa harga diri ditentukan oleh kemampuan, amal soleh, kemanfaatan dan akhlak. Lalu mengapa bersedih hati dengan wajah yang kurang menarik, harta yang tidak seberapa, anak yg kurang ramai dan rumah yang tidak megah. Ataupun tak memiliki ijazah kedoktoran dan sebagainya.


Terimalah pemberian Allah dengan penuh kerelaan hati.
"Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan di dunia ini".
(Surah Az-Zukruf ayat 32)



Bukankah kita percaya Allah mencintai kita hamba-Nya dan kita juga mahu membalas mencintai-Nya. Atau adakah kita hanya berpura-pura?


Sesuatu yang patut kita fikirkan sebelum kita melelapkan mata malam ini. Dan juga sebelum kita dijemput-Nya kembali ke kampung yang abadi.


atau adakah seorang "aku" yang mengaku hamba ini sebenarnya belum cukup sabar?





Wallahu'alam

Sunday, 27 October 2013

KEBAHAGIAAN

Kebahagiaan itu
milik kita
suatu hari
janji-Nya
adalah pasti



Norlidar Lidon
27.10.2013





JALINAN RASA

Saat ini
jalinan rasa penuh warna
dalam harap
dalam redha
dalam doa
di sini aku terkaku
sayup lingkungan-Nya

dalam renungan
meraba seluruh rasa
berapa warna?
berapa kelopak?
akukah yang kehilangan?
tercampurkah semuanya?
pengakuanku berbirat di jiwa
segala khilaf dan dosa
penuh pasrah
aku menyerah



Norlidar Lidon
27.10.2013

kepada-Mu keserahkan

PERHATIKAN AIB DIRIMU


Perhatikan Aib Dirimu

Wahai diri..

Cubalah satu malam sahaja engkau duduk, lalu ajaklah dirimu meneliti aib diri. Jika hari ini engkau disanjung, dihormati, disegani, disebut-sebut namamu kerana jasa, kebaikanmu.

(Ketahuilah, bukankah Allah yang menutup aib dirimu ?)

(Cubalah jika Allah buka segala kejahatanmu. Agak-agaknya di mana engkau akan meletakkan wajahmu? Mahukah engkau terima segala pujian dengan senang hati sedangkan hakikatnya engkau wajar di keji?)

Tajamkanlah pandangan batinmu wahai diri. Duduk dan perhatikan setiap aib yang engkau ada.

Apa aib mataku?
Apa aib telingaku?
Apa aib lidahku?
Apa aib tanganku?
Apa aib kakiku?
Apa aib perutku?

Lebih dari itu...

Apa aib batinku?
Apa aib jiwaku?
Apa aib ruhku?


  • Sebulan penuh mata tidak menangis kerana Allah; mata apakah ini ?
  • Mata yang terpesona setiap kali melihat dunia?
  • Mata yang memandang hina orang lain dan melihat dirnya lebih hebat dibanding dengan mereka?
  • Atas dasar apa?


Perhatikan telingamu.

Engkau mendengar ghibah, fitnah, adu domba, dan perkataan-perkataan cela yang lain?
Cermatilah wahai diri dengan dengan saksama buat satu malam sahaja.

Berapa kali engkau menyemak ayat-ayat al Quran dengan penuh khusyuk sehingga hatimu bergetar?
Risiklah diri pada malam ini.

Anda mengaji minggu ini, bulan ini, bulan sebelumnya?

Mungkin ada yang mengatakan tidak, dan menunda-nunda hingga bulan Ramadhan untuk melakukannya, menunggu hingga lupa tempat engkau meletakkan al Quran.

Mungkin juga ada yang menjawab YA, dan beruntunglah jika engkau termasuk salah satu di antara orang-orang yang dimuliakan Allah sehingga dapat membaca al Quran.

Selanjutnya, apa hasil yang engkau petik dari bacaan itu ?

Berapa ayat yang membuatkanmu berhenti membaca lalu... air matamu mengalir kerana takut kepada Allah?

Berapakah ayat al Quran yang menggoncangkan hatimu di saat menyemaknya ?

Jangan-jangan... engkau membaca dengan hati yang sibuk dengan hal-hal lain, sehingga engkau tidak memperhatikan apa yang diucapkan Allah kepadamu ?



Rujukan : dari kitab Ma'alim al Suluk li al Mar'ah al Muslimah, Karya Habib Ali Al Jufri, Terbitan Dar al Ma'rifah, Beirut, cet 5, 1428 H/2007M

Terjemahan : Habib Ali al Jufri, Terapi Ruhani Untuk Semua, Cet II 2012, Penerbit Zaman, Jakarta.

Friday, 25 October 2013

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Musibah mampu mengeluarkan nilai-nilai ubudiyah doa yang selama ini terpendam. Dikatakan : "Maha Suci Zat yang sudah megeluarkan doa dengan musibah."

Allah menurunkan ujian kepada hamba-hamba-Nya. Dan kepada para malaikat Dia berkata: "Supaya Aku mendengar suaranya"

Faedah lain, dibinasakan kesombongan dan keangkuhan jiwa.

Allah berfirman, ertinya:
"Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas dari yang sepatutnya atau yang sewajibnya. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya"
( Surah Al Alaq ayat 6-7)

Musibah juga mengugah cinta kasih sesama manusia, semakin menyatukan rasa cinta kepada sesama manusia dan saling mendoakan kepada yang ditimpa musibah dan mendapat ujian.

Musibah itu akan membukakan mata mereka kepada yang lebih besar kerana mereka melihat musibah yang mereka alami itu adalah lebih kecil berbanding musibah lain yang lebih besar. Kemudian mereka menerima bahawa itu semua merupakan penebusan dosa dan kesalahan, sekaligus mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"

(Surah Az Zumar ayat 10)





Jika manusia menyedari bahawa semua ini adalah hasil yang boleh dipetik dari musibah maka mereka akan menghadapinya dengan senang dan tenang. 




Wallahu'alam.


Wednesday, 23 October 2013

APAKAH KAMU TIDAK MAHU BERTAKWA?

"Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan, atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka akan menjawab: “Allah!” Katakanlah: “Apakah kamu tidak mahu bertakwa?”
(Surah Yunus ayat 31)

"Katakanlah: “Apakah ada antara sekutu-sekutu kamu yang dapat memberi petunjuk kepada kebenaran?” Katakanlah: “Allah yang memberi petunjuk kepada kebenaran. Jadi, yang memberi petunjuk kepada kebenaran itukah yang lebih berhak diikuti atau yang tidak memberi petunjuk kecuali (jika) ditunjuki?” Mengapa kamu (demikian), bagaimana kamu membuat keputusan?"
(Surah Yunus ayat 35)

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali sangkaan semata-mata, sesungguhnya sangkaan tidak dapat mengatasi kebenaran. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) akan apa yang mereka lakukan."
(Surah Yunus ayat 36)

"Dan sebahagian daripada mereka ada yang datang mendengarkan (bacaan) engkau, tetapi apakah engkau dapat menjadikan mendengar orang yang tuli itu, dalam keadaan mereka tidak mahu memikirkan?"
(Surah Yunus ayat 42)

"Dan sebahagian daripada mereka ada yang memandang kepada engkau, tetapi adakah engkau dapat memberikan petunjuk kepada orang buta itu, dalam keadaan mereka tidak dapat melihat."
(Surah Yunus ayat 43)

"Sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menganiayai diri mereka sendiri."
(Surah Yunus ayat 44)

"Dan (ingatlah) hari yang Dia (Allah) akan mengumpulkan mereka semua, (mereka merasakan) mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar sesaat daripada siang hari. Mereka saling berkenalan (di waktu itu). Sungguh rugilah orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah, dan mereka bukanlah orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Yunus ayat 45)

CUKUP BAGIKU



Tuesday, 22 October 2013

MONOLOG

Apalah nasibku
ada ramai tetamu
tapi tak punya malu
sana sini dituju
selalu saja melulu
bersepah tisu terlipat
merata tempat

tetamu harum semerbak
kotoran ditinggalkan
memanglah geli jugak
jarang yang rajin menyiram
hai! berbaulah aku...

Apalah punya nasib badan
pamku dirosakkan
pelbagai barang-barang lain di buang
aku tersumbat

Apalah nasibku
pintuku pun dijadikan iklan
atau dituliskan lirik lagu
'every breath you take'
mana akanku letakkan hidung
tiada yang kesian

~Monolog tandas awam~

Norlidar Lidon
22.10.2013

WAHAI KASIH II

wahai kasihku
damaikanlah hatimu
usahlah tertipu
lemaskah di gelora ceritera nan semu
di celahan dedaunan rindumu itu
yang terbias hanyalah renda ungu
terlihat hanya mimpi bisu

Perintah Sang Raja
bukakanlah minda dan jiwa
berlarilah teguh menggapai cinta-Nya
di medan cinta dan airmata
renunglah hati nurani tanpa nestapa
dengarkanlah debaran di jiwa
sumpah setia hanya pada-Nya

saat kau bisikkan kalimah ikrar pada-Nya
tak mungkin Cinta berdusta
ingatlah janji-janji-Nya
telahpun kubisikkan doa berjela
agar kau ceria
berbahagialah bersama mereka
biarpun aku tiada



Norlidar Lidon
22.10.2013

ANDAI AKU MAMPU

Andai aku mampu
akan kutaburi dengan mawar beribu
akan kuhias seluruh taman hamparan baldu
buat kekasihku ayu
gadis yang kurindu
kamu

akan kuhias semerbak rindu
melorek warnaku
hati kita pun bersatu
asyik di kalbu
bahagia yang seindah dulu
kasih dan cinta kita pun menyatu



Norlidar Lidon
21.10.2013


WAHAI KASIH

Saat ini
waktu telah terlelap sepi
biarpun kau masih di sini
menilik serpihan hati
menangisi
lalu berderailah sangsi
yang berkarat di sudut hati

antara benar dan cinta yang menari
dalam raut kilasan memori
hayati
biarpun rindumu tak berperi
segarnya bak kasturi
antara mawar dan duri
hanya kami



Norlidar Lidon
22.10.2013



Monday, 21 October 2013

SALAHKAH

Salahkah
bila cempedak jadi nangka
perut bukan hatinya
siapa yang melapah
aku tak menegah
belati di tangan siapa

Salahkah aku
saat duri merobek
terbukakah mata
tersembunyikah telinga
manakah kebenaran, manakah cinta
ke mana semuanya

salah
aku
hanya aku
tudingkanlah jarimu

IDAMAN RASA

Gadis itu
bersimpuh duduknya
lembut tingkahnya

gadis itu
saat hatinya mekar berbunga
tetap tersenyum malu

gadis itu
terjaga auratnya
semakin tebal iman di dada

gadis itu
Ilmu sangat dicinta
menghargai masa

gadis itu
selalu menjaga pergaulannya
sopan saat berbicara

gadis itulah
idaman rasa
ramai jejaka

INGIN TAHU II

Dia
di situ
memerhatikan saja
entah apa difikirnya
entah apa mahunya
kubiarkan saja

daku tak tahu apa-apa
berbaik sangka sahaja
tak pening kepala




Norlidar Bint Lidon, Kuala Lumpur
21.10.2013

JANGAN BERDUKACITA KERANA HAL YANG REMEH

Dunia dan segala isinya sememangnya remeh.

Pada suatu hari seorang yang soleh dicampakkan ke kumpulan singa tetapi Allah menyelamatkannya. Orang ramai pun bertanya;
"Apakah yang anda fikirkan ketika itu?"

Orang soleh itu menjawab:
"Saya memikirkan tentang air liur singa, adakah najis atau tidak. Dan apakah pendapat ulama tentang masalah ini?"

Saya sudah menyebut nama Allah ketika saya takut kepada-Nya bersama-sama orang-orang pemberani dengan tombak yang sangat berbahaya. Maka lupalah aku semua akan kelazatan yang memikat hati pada hari gempar hanya demi Yang Maha Perkasa.

Allah Yang Maha Tinggi sudah membezakan di antara para sahabat sesuai dengan matlamat yang ada dalam hati mereka sebagaimana disebut di dalam firman-Nya:

"Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat."
(Surah Ali Imran ayat 152)

Ibnu Qayyim menyebut bahawa nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan cita-citanya.

Sesungguhnya Allah maha memberi naungan kepada siapa yang merindukan-Nya dan memberi perlindungan kepada siapa yang menghendaki-Nya.

Di tengah laut, satu perahu terbalik dan seoran abid (ahli ibadah) tercampak ke laut. Maka dia pun mula berwuduk dan mencuci anggota tubuh badannya satu persatu. Dia berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidungnya lalu menyemburkannya. Ia berusaha untuk mencapai daratan dan ternyata ia selamat.

Kemudian ditanyakan hal itu kepadanya. Katanya, "Aku ingin berwuduk sebelum wafat supaya mati dalam keadaan suci."

Bagus, engkau tidak lupa risalah kudus ketika kedua-dua tanganmu berada di hujung besi yang berhujung bengkok.

Aku tebus ketika kedua-dua matamu tidak terpejam dalam sekejap dan ketika maut berada di pelupuk mata.

Ketika nazak, Imam Ahmad menunjuk ke arah janggutnya untuk mengingatkan mereka yang mewudukkannya,

"Kerana itu Allah memberi kepada mereka pahala di dunia dan pahala di akhirat"
(Surah Al Imran ayat 148)


Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni
Sumber : La Tahzan


ANJING-ANJING ITU MASIH "GONG-GONG"




ANJING-ANJING ITU MASIH "GONG-GONG"

Anjing-anjing itu telah 'gong-gong'
melahirkan juta rasa yang loya
di sisi malam bertemankan bulan miang
dan sang pungguk berlagak tenang
persis pendita kadim yang lugut
melayarkan bahasa berjiwa-jiwa
kononnya bulan akan jatuh ke riba

dan anjing-anjing itu terus 'gong-gong'
semakin amarah, semakin lawwamah
sedang bulan semakin jarang ditutup awan
maka terserlahkah kecantikan?
atau kejengkelan?
tidak siapa memperduli
suara-suara itu bersendiri

dan anjing-anjing itu masih 'gong-gong'
masih menyalak pada bulan
masih menyalak pada pungguk
yang tidak jemu berangan
membina pengaruh di pohon berdaki
banyak jiwa yang tak punya isi.

Anjing-anjing itu tetap 'gong-gong'
selagi ada lorong ....

.
Angah Arie
Sengal , Seremban N9270312 06:00






SIHAT

Dalam harap
daku menanti cahaya-Mu
tapi Engkau hidangkanku
sedulang jeruk nan masam
berganti hidangan
semangka penghilang dahaga
di musim panas ini
senyumlah daku bak serawa

mengharapkan
belas-Mu
warna ceria
moga hati gemilang bercahaya
harap Engkau unjurkan padaku
bukan segala yang suram
mampukah aku bertahan
di tepi pembaringan

Alhamdulillah
sihat
akal dan pemikiran
nuranikah yang bernukilan

CANTIKNYA MUSLIMAH

Nafsu mengatakan :

"Wanita cantik berdasarkan Rupanya"


Akal mengatakan :

"Wanita cantik atas dasar Ilmu & Kepintarannya"
Dan hati mengatakan :
"Wanita cantik atas dasar Ahlaknya (Iman & Takwa)


Semoga wanita yang hadir di sini adalah wanita sholehah yang cantik dari hati…

Aamiin Ya Allah…





Thursday, 17 October 2013

DALAM HATI ADA IMAN DAN CINTA

Di hatimu
lima huruf
tiap satu
terhias rapi
di tiap sisi dikau pagari
dengan iman dan cinta
begitu berkilau bagai lentera
yang tidak akan pernah padam
atau dipadamkan

Dari huruf-huruf itu
aku mula mengenalmu
mencintaimu
menyayangimu
pernah dulu aku berharap
menumpang teduh
di kedamaiannya
di ketenangannya
selamanya seiring jalan
jalani kehidupan
yang Dia takdirkan

Tapi kini
aku pun tak tahu
di manakah kita



Norlidar Lidon
17.10.2013


Ya Rasullah Ya Habiballah
Sering daku menginginkan, menemui kekasih-Mu sekadar dalam mimpi pun belum termakbul.

PERINGATAN

Ayat-ayat Allah tentang memberi peringatan

"Palingkan dirimu dari mereka dan tiadalah engkau tercela."
(Surah Az Zariyat ayat 54)

Ternyata Nabi Muhammad SAW merasa amat sedih. Baginda Rasulullah bimbang kalau-kalau azab Allah Ta'ala sudah hampir akan menimpa kaum Muhammad disebabkan adanya rasa putus asa untuk menarik mereka kepada petunjuk Allah Ta'ala, maka segeralah Allah turunkan firman ini pula untuk mententeramkan hati baginda iaitu ayat ke 55 dari surah Az Zariyat.
"Dan tetap tekunlah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman"

(Surah Az Zariyat ayat 55)
Hal ini sangat mengembirakan Rasulullah SAW dan dadanya pun merasa lapang, disebabkan Allah telah memilih peringatan itu menjadi sifat fitrah baginda dan berjanji akan merealisasikannya sebagai tanda rahmat dan belas kasihan-Nya



"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu."

(Surah Al A’la Ayat 9-10)
"Maka berilah mereka peringatan, kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa (pemaksa) atas mereka."

(Surah Al-Ghasyiah ayat 21-22)


"Dan tiadalah yang menerima peringatan, melainkan orang yang kembali kepada Allah."
(Surah Al Mu'minun ayat 13)


"Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Mekah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?"

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa- peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."
(Surah Al Qaaf Ayat 36-37)



Sumber :

Risalah Sabilil-Iddikar Wal-I'tibar -Imam Habib Abdullah HadadDiterjemahankan Syed Ahmad Semait
Majlis Ta'alim Darul Murtadza - Bimbingan Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar


Monday, 14 October 2013

لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ



لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ

لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ

لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا  اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ


Sunday, 13 October 2013

RINDU KASIHMU

Hatiku berlari
selepas hujan reda
kucuba mengejarmu
biarpun semuanya tak pasti
tetapku ingin pergi
melepaskan kerinduan padamu
yang telah lama terbiar sepi
teruja rasa untuk menatap wajahmu
mengucup tanganmu
untuk sekian kali
semenjak Aidilfitri





catatan rindu dari anakmu
Norlidar Lidon
12.10.2013
PLUS Highway, Nilai

SEKUNTUM MAWAR HATI

Sekuntum cinta
seharum mawar
perlu disiram dan dibaja
harus dikasih dan dimanja
seringkali minta dibelai
usah diabai

sekuntum hati
digilap bersih bercahaya
dengan doa dan zikir kepada-Nya
pasti tawaduk hasilnya
baik budi pekerti lambang jiwa
bersih hati nuraninya
mengharum wangi akhlaknya



Norlidar Lidon
12.10.2013, Melaka

Friday, 11 October 2013

YA ARHAMARAHIMIN - DOA 3

Ya Arhamarahimin
sampaikanlah salam dan selawat
pada kekasih-Mu Rasulullah SAW
pada keluarga baginda dan para sahabat
semoga kami beroleh syafaat di akhirat

Ya Rahman Ya Rahim
Yang Maha Besar kasih sayang-Mu
jadikan kami Muslim semua
tenang sejahtera di jalan-Mu
hilangkan semua keluh kesah
biarpun ada kala dicuit lelah

Ya  Malik Ya Quddus
jadikan kami berteguh hati
dalam perjuangan mujahadah
di bawah panji-panji kekasih-Mu
Baginda yang Al Amin dan Mahsyur

Ya Latifu Ya Kabir
jadikan kami Muslimin dan Muslimah
hamba yang bersyukur dan qanaah
redha dengan senang dan susah
tak lupa berzikir dan sering sedekah
redha-Mu yang ingin kami cambah

Amin Allahuma Amin


Norlidar Lidon
11.10.2013
Kuala Lumpur

* Ya Arhamarahimin = Wahai Yang Maha Berkasih Sayang lebih dari








WANITA PERINDU SYURGA

WANITA PERINDU SYURGA

"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! 
(Surah Muhammad : ayat 15)

Nikmatnya Syurga

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :

"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : ayat 22-23)

"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : ayat 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : ayat 58)

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : ayat 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan :"Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

Bertakwa

Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

Berbakti kepada kedua orang tua

Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)


WANITA ACUAN AL QURAN ATAU BIDADARI BERMATA JELI

DIALOG UMMU SALAMAH DENGAN RASULULLAH SALALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Ummu Salamah: "Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"

Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam : "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan yang tampak daripada apa yang tidak tampak. "

Ummu Salamah: "Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam : " Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasaannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.

Mereka berkata, "Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

~ WANITA ACUAN AL QURAN ATAU BIDADARI BERMATA JELI ...

Wanita acuan Al-Quran ialah seorang wanita yang beriman
-yang hatinya disaluti rasa Taqwa kepada Allah SWT
-yang sentiasa haus dengan Ilmu
-yang sentiasa dahaga dengan pahala
-yang solatnya adalah maruah dirinya
-yang tidak pernah takut berkata benar
-yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Wanita acuan al-Quran ialah wanita
-yang menjaga tuturkatanya
-yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
-yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
-yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang penyayang
-yang mempunyai ramai kawan

Wanita acuan al-Quran ialah wanita
-yang menghormati Ibubapanya
-yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
-yang bakal memelihara keharmonian rumahtangga
-yang akan mendidik anak-anak dan membantu suaminya
-mendalami agama Islam
-yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
-yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat.

Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
-yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan
-mencontohi sifat Rasulullah SAW
-serta wanita sufi
-yang mengikut apa yang digariskan dalam kalamullah
-yang boleh diajak berbincang dan berbicara
-yang sujudnya penuh kesyukuran
-tawaduk dengan rahmat Allah ke atasnya..

Wanita acuan Al-Quran
-tidak pernah membazirkan masa
-matanya kepenatan kerana kuat membaca
-yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
-yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
-bangun subuhnya penuh kecerdasan
-setiap hari usianya bertambah penuh kematangan.

Wanita acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
-yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
-yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan
-dijaga untuk meneruskan perjuangan Islam
-sebelum hari kemudian bersama lelaki.

Wanita acuan Al-Quran ialah wanita
-yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia
-kerana dia mengimpikan Syurga-Nya
-di situlah rumah impiannnya
-bersama lelaki acuan Al-Quran
-mendapat ganjaran Allah SWT


SEMOGA DIRI KAMI INI MENJADI WANITA ACUAN AL-QURAN ...

Aamiin.. Aamiin Allahuma Aamiin...




sumber : Bicara Hidayah

Thursday, 10 October 2013

CINTANYA RASULALLAH SAW KEPADA UMATNYA


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
(Surah At Taubah ayat 128)

INGIN TAHU

Dia
di situ
dalam diam
memerhati
rasa ingin tahu
cuba memahami
gerak-geriku


Norlidar Lidon
10.10.2013, Kuala Lumpur

CINTA ITU

Cinta
dengan hati bukan mata
melihat dan merasakan
mendengar dan mengerti perasaan
alunan bunyi semerbak rasa
kulihat warna sentuhan jiwa

Cinta
kaya hati bukan wang
aman jiwa bukan raga
indah
juga sengsara

Awal cinta
mujahadah dan keringat
waras juga kegilaan
asyik dan inspirasi
Cinta Ilahi



Norlidar Lidon
10.10.2013, 10.00 am
Kuala Lumpur


UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR - SPONTAN

Cikgu
selamat hari lahir untukmu
semoga berbahagia selalu
berkat afiat cergas hidupmu
timbul pelbagai motovasi yang jitu

Cikgu
selamat hari lahir untukmu
semoga berkat segala rezekimu
semoga dipanjangkan usiamu
semoga thmk maju meriah selalu

semoga ijabah doa ini
khas untukmu
Ya Arhamarrohimin
Amin

Norlidar Lidon
10.10.2013
Kuala Lumpur

Wednesday, 9 October 2013

TANGISAN

Tangisan keinsafan dan tangisan 
yang merasakan kewujudan ALLAH adalah satu nikmat.





Wahai wanita yang lembut hatinya, usahlah terlalu mudah jatuh cinta dan menurutkan rasa hati. Dia yang belum lagi menjadi suamimu usahlah terlalu kau rapati. Sememangnya wanita itu dilahirkan sebagai seorang yang lunak hatinya dan penuh kasih sayang.

Wahai wanitaku sayang usahlah dibazirkan waktumu untuk menanti seseorang yang belum halal untukmu. Jagalah diri, hati dan pergaulanmu dengan lawan jenis sebelum hatimu terluka.

MUTIARA-MUTIARA HIKMAH AL FAWAID

Mutiara-mutiara hikmah.


Muqaddimah.
Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan ke neraka.

Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.

Kebijaksanaan 
“ Di manakah kamu sedangkan jalan ini terlalu jauh, Adam telah mengharungi pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah dicampak ke dalam api, Ismail di tidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga murah dan merengkok di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dibelah kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayyub menghadapi penyakit yang memeritkan, Isa terpaksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad s.a.w. mengharungi pelbagai bentuk penentangan…
….sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main.

Itulah erti kehidupan, erti perhambaan dan erti tanggungjawab yang difahami oleh mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa.

Tabir 
“ Pada diri seorang hamba terdapat tabir yang menutupi dosanya, antaranya dan Allah dan dosanya dengan manusia. Sesiapa yang membuka tabir dosanya antaranya dan Allah. Allah akan membukakan tabir dosanya antaranya dan manusia”

Membuka tabir dosa antaranya dan Allah ialah melakukan dosa dengan melupai Allah, tidak merasai bersalah dan tidak takutkan azabnya. Apabila tabir dosanya dibuka antaranya dan manusia semua keburukannya akan terhebah.

Persediaan 
Setiap hamba mempunyai Pemilik yang akan ditemuinya dan rumah yang akan dihuninya. Maka hendaklah dia mencari keredaan Pemiliknya sebelum bertemu Tuhannya dan menghiasi rumahnya sebelum dia berpindah kepadanya,”

Tidak ada perhiasan yang paling indah daripada bertemu Allah dengan hati yang bersih dan sejahtera.

Untung 
Keuntungan yang besar di dunia ialah, kamu menyibukkan diri kamu setiap masa dengan perkara yang lebih utama dan lebih bermanfaat untuk kehidupan akhiratnya.

Tidak ada perkerjaan yang lebih sibuk daripada beramal dan berdakwah mengajak manusia kembali kepada Allah

Tidak bijak/Bodoh 
Berakalkah orang yang menjual syurga dan segala kenikmatannya hanya dengan kenikmatan syahwat yang hanya sedetik.

Allah Digeruni Dihampiri 
Makhluk ialah jika engkau takutkannya engkau akan melarikan diri daripadanya sedangkan Allah jika kamu takutkannya kamu akan bermesra dengannya dan menghampirkan diri kepadanya.

Ilmu tanpa amal dicela 
Jika ilmu itu bermanfaat tanpa beramal tidaklah akan Allah mencela padri-padri ahli kitab.

Amal tanpa ikhlas binasa 
Jika bermanfaat amal tanpa ikhlas tidaklah Allah akan mencela golongan munafik.

Setiap orang ditentukan kesudahannya 
Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah pemberiannya dari perkara yang dibencinya. Sesiapa yang diciptakan Allah untuk menjadi ahli neraka sentiasalah pemberiannya melalui kenikmatan syahwat.

Luka yang membunuh 
Dosa adalah luka. Boleh jadi satu luka sudah cukup untuk membunuh.

Harga syurga 
Juallah diri kamu, pasarnya sudah ada dan harganya sudah ditetapkan.

Fitrah 
Bumi fitrah subur dan sentiasa menerima apa sahaja yang disemai. Jika kamu menanam benih iman dan takwa kamu akan mewarisi kemanisan selama-lamanya . Jika kamu menanam benih kejahilan dan nafsu buahnya sentiasa pahit.

Nilai ilmu 
Iblis gembira apabila Adam digugurkan dari dunia tetapi dia tidak tahu setiap penyelam yang jatuh kedalam air akan tetap akan dapat keluar daripadanya.

Kelalaian 
Tidak dapat dinafikan akan ada perasaan ingin tidur dan lupa tetapi tidurlah dengan nipis supaya kamu mendengar penjaga negeri menjerit: Subuh sudah hampir.

Pendinding rezki 
Dosa adalah pendinding pintu usaha. Seseorang hamba diharamkan rezki kerana dosa yang dilakukannya.

Perhambaan sejati 
Apabila Adam a.s. sejahtera perhambaannya, dosanya tidak membawanya ke neraka.

Bahaya syirik 
‘Wahai anak Adam jika kamu bertemu denganKu dengan dosa sebesar bumi tetapi kamu tidak menyekutui aku dengan sesuatu Aku akan menemuimu dengan sebesarnya juga keampunan.”

Tersalah. 
Jika seorang hamba melakukan dosa bukan sengaja untuk mengingkari perintahNya, bukan kerana mencemarkan hukumNya akan diajarkan kepadanya cara untuk memohon keampunan.

Ibadah yang ditunjukkan 
Dosa yang dikeji lebih disukai-Nya daripada amal yang ditunjukkan.

Awasilah panahan iblis 
Membiarkan mata bebas menjadikan hati tertulis akan segala yang dilihat, sedangkan hati adalah ka’bah manakala Allah tidak suka ia dipenuhi oleh berhala.

Kehidupan Roh 
llah dan al-Rasul apabila kedua-duanya menyeru kamu kepada perkara yang menghidupkan kamu…” al-Anfal, 24.

Seruan itu ialah : Jihad dan al-Quran

Nilai diri 
“..Jika kamu mengetahui nilai dirimu di sisi Allah, nescaya kamu tidak akan memalukan-Nya dengan dosa. Allah menghalau Iblis kerana enggan sujud kepada kamu ketika kamu berada di dalam sulbi Ayahmu..Alangkah hairannya… bagaimana boleh kamu berdamai dengannya dan meninggalkan Allah..”



dari Al Fawaid
oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauzi



Soal
"Setiap orang ditentukan kesudahannya. Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah pemberiannya dari perkara yang dibencinya."


Jawab
Ahli syurga akan sentiasa bersabar terhadap kehidupan di dunia ini yang penuh dengan ujian. Walaupun nafsunya tidak menggemari untuk melakukan ketaatan dan sukakan melakukan maksiat, mereka lebih rela untuk melawan hawa nafsunya lalu mereka berhak mendapat syurga Allah.

Ahli neraka sememangnya hasil daripada kehidupan mereka yang hanya mengikut nafsu syahwat.


Soal

“Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga…” dan “Sesiapa yang diciptakan Allah untuk menjadi ahli neraka…” di dalam entri di atas..

dan pernah terbaca.. ada seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w setelah diberitahu kepada mereka mengenai ketetapan Allah.. kata lelaki itu ketika itu, “Lalu, untuk apakah kita beramal?”.. Rasulullah s.a.w. menjawab,“Bekerjalah, nescaya akan dimudahkan semuanya.”


Jawab
Menjadi ahli syurga atau ahli neraka adalah urusan Allah yang Maha Adil. Ia adalah rahsia Allah yang tidak siapapun tahu melainkan mereka yang digembirakan oleh Allah sebagai ahli Syurga, hatta mereka yang terkorban dimedan jihad akan dibangkitkan dan dibalas berasaskan niat dan keikhlasannya.

Hadis-hadis dan ayat al-Quran yang berkaitan perkara tersebut untuk mendidik kita supaya kita tidak bergantung harap kepada amalan kebajikan yang kita lakukan sebaliknya kita perlu memiliki sifat al-khauf (takut dan bimbang akan azab Allah) dan dalam masa yang sama kita juga memiliki sifat al-raja’ (mengharapkan keampunan Allah). Inilah keikhlasan sebenar yang Allah inginkan daripada jiwa mukminin.

Amal ibadah yang dilakukan sayugia mencapai tahap menyatakan syukur kepada Allah bukan kerana ia adalah satu kewajiban.

Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan mungkir janji.

Allah berjanji bahawa sesiapa yang beramal soleh, berjihad dan beratubat akan diampunkan dosanya dan dikurniakan Rahmatnya.

Kita pegang sahaja janji Allah ini dan beramal dengan perasaan takut dan mengharap nescaya Alah akan membuka laluan kita kearah mana niat tujuan kita. Jika kita beramal dengan niat mengharap keredaan Allah kita akan mendapat keredaan Allah. Jika kita beramal kerana dunia maka kita akan mendapat apa yang kita niatkan.

Cuma para ulama yang memerhatikan ayat-ayat Allah memahami bahawa terdapat tanda-tanda zahir seseorang itu tergolong sebagai ahli syurga atau neraka berdasarkan amalan zahir dan kesudahan hayatnya. Sebab itu Imam Ibnu Qayyim memberi amaran kepada kita bahawa sekiranya seseorang itu amat suka menuruti hawa nafsu yang bercanggah dengan hukum Allah maka itu tandanya beliau melalui jalan ke neraka begitulah sebalikntya..

wallahu a’lam.