Monday, 7 October 2013

BUKAN KERNA TAKUT KEPADA ISTERI

BUKAN KERNA TAKUT KEPADA ISTERI TAPI MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH





(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.


(2) Suami tidak bersuara keras kepada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan karena mencuba untuk jadi romantik di hadapan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat/menjaga anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai menjadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

Jadi...

Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasa isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita, itu sesuatu hal yang anih yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantis. Lelaki yang romantis bukan yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.

Lakukanlah, jika Rasulullah SAW melakukannya. Tuntunannya kerana Rasulullah SAW.

Maka hal itu akan bernilai ibadah. Namun bila tujuannya kerana isteri anda, bisa saja yang anda dapatkan cuma ridha dari isteri, bukan Ridha dari Allah SWT.

Maka berhatilah-hatilah, kerana ibadah itu yang dinilai adalah pada NIATNYA…




Semoga bermanfaat...InsyaAllah

No comments:

Post a Comment