Monday, 21 October 2013

JANGAN BERDUKACITA KERANA HAL YANG REMEH

Dunia dan segala isinya sememangnya remeh.

Pada suatu hari seorang yang soleh dicampakkan ke kumpulan singa tetapi Allah menyelamatkannya. Orang ramai pun bertanya;
"Apakah yang anda fikirkan ketika itu?"

Orang soleh itu menjawab:
"Saya memikirkan tentang air liur singa, adakah najis atau tidak. Dan apakah pendapat ulama tentang masalah ini?"

Saya sudah menyebut nama Allah ketika saya takut kepada-Nya bersama-sama orang-orang pemberani dengan tombak yang sangat berbahaya. Maka lupalah aku semua akan kelazatan yang memikat hati pada hari gempar hanya demi Yang Maha Perkasa.

Allah Yang Maha Tinggi sudah membezakan di antara para sahabat sesuai dengan matlamat yang ada dalam hati mereka sebagaimana disebut di dalam firman-Nya:

"Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat."
(Surah Ali Imran ayat 152)

Ibnu Qayyim menyebut bahawa nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan cita-citanya.

Sesungguhnya Allah maha memberi naungan kepada siapa yang merindukan-Nya dan memberi perlindungan kepada siapa yang menghendaki-Nya.

Di tengah laut, satu perahu terbalik dan seoran abid (ahli ibadah) tercampak ke laut. Maka dia pun mula berwuduk dan mencuci anggota tubuh badannya satu persatu. Dia berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidungnya lalu menyemburkannya. Ia berusaha untuk mencapai daratan dan ternyata ia selamat.

Kemudian ditanyakan hal itu kepadanya. Katanya, "Aku ingin berwuduk sebelum wafat supaya mati dalam keadaan suci."

Bagus, engkau tidak lupa risalah kudus ketika kedua-dua tanganmu berada di hujung besi yang berhujung bengkok.

Aku tebus ketika kedua-dua matamu tidak terpejam dalam sekejap dan ketika maut berada di pelupuk mata.

Ketika nazak, Imam Ahmad menunjuk ke arah janggutnya untuk mengingatkan mereka yang mewudukkannya,

"Kerana itu Allah memberi kepada mereka pahala di dunia dan pahala di akhirat"
(Surah Al Imran ayat 148)


Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni
Sumber : La Tahzan


No comments:

Post a Comment