Mutiara-mutiara hikmah.
Muqaddimah.
Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan ke neraka.
Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.
Kebijaksanaan
“ Di manakah kamu sedangkan jalan ini terlalu jauh, Adam telah mengharungi pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah dicampak ke dalam api, Ismail di tidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga murah dan merengkok di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dibelah kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayyub menghadapi penyakit yang memeritkan, Isa terpaksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad s.a.w. mengharungi pelbagai bentuk penentangan…
….sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main.
Itulah erti kehidupan, erti perhambaan dan erti tanggungjawab yang difahami oleh mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa.
Tabir
“ Pada diri seorang hamba terdapat tabir yang menutupi dosanya, antaranya dan Allah dan dosanya dengan manusia. Sesiapa yang membuka tabir dosanya antaranya dan Allah. Allah akan membukakan tabir dosanya antaranya dan manusia”
Membuka tabir dosa antaranya dan Allah ialah melakukan dosa dengan melupai Allah, tidak merasai bersalah dan tidak takutkan azabnya. Apabila tabir dosanya dibuka antaranya dan manusia semua keburukannya akan terhebah.
Persediaan
Setiap hamba mempunyai Pemilik yang akan ditemuinya dan rumah yang akan dihuninya. Maka hendaklah dia mencari keredaan Pemiliknya sebelum bertemu Tuhannya dan menghiasi rumahnya sebelum dia berpindah kepadanya,”
Tidak ada perhiasan yang paling indah daripada bertemu Allah dengan hati yang bersih dan sejahtera.
Untung
Keuntungan yang besar di dunia ialah, kamu menyibukkan diri kamu setiap masa dengan perkara yang lebih utama dan lebih bermanfaat untuk kehidupan akhiratnya.
Tidak ada perkerjaan yang lebih sibuk daripada beramal dan berdakwah mengajak manusia kembali kepada Allah
Tidak bijak/Bodoh
Berakalkah orang yang menjual syurga dan segala kenikmatannya hanya dengan kenikmatan syahwat yang hanya sedetik.
Allah Digeruni Dihampiri
Makhluk ialah jika engkau takutkannya engkau akan melarikan diri daripadanya sedangkan Allah jika kamu takutkannya kamu akan bermesra dengannya dan menghampirkan diri kepadanya.
Ilmu tanpa amal dicela
Jika ilmu itu bermanfaat tanpa beramal tidaklah akan Allah mencela padri-padri ahli kitab.
Amal tanpa ikhlas binasa
Jika bermanfaat amal tanpa ikhlas tidaklah Allah akan mencela golongan munafik.
Setiap orang ditentukan kesudahannya
Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah pemberiannya dari perkara yang dibencinya. Sesiapa yang diciptakan Allah untuk menjadi ahli neraka sentiasalah pemberiannya melalui kenikmatan syahwat.
Luka yang membunuh
Dosa adalah luka. Boleh jadi satu luka sudah cukup untuk membunuh.
Harga syurga
Juallah diri kamu, pasarnya sudah ada dan harganya sudah ditetapkan.
Fitrah
Bumi fitrah subur dan sentiasa menerima apa sahaja yang disemai. Jika kamu menanam benih iman dan takwa kamu akan mewarisi kemanisan selama-lamanya . Jika kamu menanam benih kejahilan dan nafsu buahnya sentiasa pahit.
Nilai ilmu
Iblis gembira apabila Adam digugurkan dari dunia tetapi dia tidak tahu setiap penyelam yang jatuh kedalam air akan tetap akan dapat keluar daripadanya.
Kelalaian
Tidak dapat dinafikan akan ada perasaan ingin tidur dan lupa tetapi tidurlah dengan nipis supaya kamu mendengar penjaga negeri menjerit: Subuh sudah hampir.
Pendinding rezki
Dosa adalah pendinding pintu usaha. Seseorang hamba diharamkan rezki kerana dosa yang dilakukannya.
Perhambaan sejati
Apabila Adam a.s. sejahtera perhambaannya, dosanya tidak membawanya ke neraka.
Bahaya syirik
‘Wahai anak Adam jika kamu bertemu denganKu dengan dosa sebesar bumi tetapi kamu tidak menyekutui aku dengan sesuatu Aku akan menemuimu dengan sebesarnya juga keampunan.”
Tersalah.
Jika seorang hamba melakukan dosa bukan sengaja untuk mengingkari perintahNya, bukan kerana mencemarkan hukumNya akan diajarkan kepadanya cara untuk memohon keampunan.
Ibadah yang ditunjukkan
Dosa yang dikeji lebih disukai-Nya daripada amal yang ditunjukkan.
Awasilah panahan iblis
Membiarkan mata bebas menjadikan hati tertulis akan segala yang dilihat, sedangkan hati adalah ka’bah manakala Allah tidak suka ia dipenuhi oleh berhala.
Kehidupan Roh
llah dan al-Rasul apabila kedua-duanya menyeru kamu kepada perkara yang menghidupkan kamu…” al-Anfal, 24.
Seruan itu ialah : Jihad dan al-Quran
Nilai diri
“..Jika kamu mengetahui nilai dirimu di sisi Allah, nescaya kamu tidak akan memalukan-Nya dengan dosa. Allah menghalau Iblis kerana enggan sujud kepada kamu ketika kamu berada di dalam sulbi Ayahmu..Alangkah hairannya… bagaimana boleh kamu berdamai dengannya dan meninggalkan Allah..”
dari Al Fawaid
oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauzi
"Setiap orang ditentukan kesudahannya. Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah pemberiannya dari perkara yang dibencinya."
Jawab
Ahli syurga akan sentiasa bersabar terhadap kehidupan di dunia ini yang penuh dengan ujian. Walaupun nafsunya tidak menggemari untuk melakukan ketaatan dan sukakan melakukan maksiat, mereka lebih rela untuk melawan hawa nafsunya lalu mereka berhak mendapat syurga Allah.
Ahli neraka sememangnya hasil daripada kehidupan mereka yang hanya mengikut nafsu syahwat.
Soal
“Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga…” dan “Sesiapa yang diciptakan Allah untuk menjadi ahli neraka…” di dalam entri di atas..
dan pernah terbaca.. ada seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w setelah diberitahu kepada mereka mengenai ketetapan Allah.. kata lelaki itu ketika itu, “Lalu, untuk apakah kita beramal?”.. Rasulullah s.a.w. menjawab,“Bekerjalah, nescaya akan dimudahkan semuanya.”
Jawab
Menjadi ahli syurga atau ahli neraka adalah urusan Allah yang Maha Adil. Ia adalah rahsia Allah yang tidak siapapun tahu melainkan mereka yang digembirakan oleh Allah sebagai ahli Syurga, hatta mereka yang terkorban dimedan jihad akan dibangkitkan dan dibalas berasaskan niat dan keikhlasannya.
Hadis-hadis dan ayat al-Quran yang berkaitan perkara tersebut untuk mendidik kita supaya kita tidak bergantung harap kepada amalan kebajikan yang kita lakukan sebaliknya kita perlu memiliki sifat al-khauf (takut dan bimbang akan azab Allah) dan dalam masa yang sama kita juga memiliki sifat al-raja’ (mengharapkan keampunan Allah). Inilah keikhlasan sebenar yang Allah inginkan daripada jiwa mukminin.
Amal ibadah yang dilakukan sayugia mencapai tahap menyatakan syukur kepada Allah bukan kerana ia adalah satu kewajiban.
Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan mungkir janji.
Allah berjanji bahawa sesiapa yang beramal soleh, berjihad dan beratubat akan diampunkan dosanya dan dikurniakan Rahmatnya.
Kita pegang sahaja janji Allah ini dan beramal dengan perasaan takut dan mengharap nescaya Alah akan membuka laluan kita kearah mana niat tujuan kita. Jika kita beramal dengan niat mengharap keredaan Allah kita akan mendapat keredaan Allah. Jika kita beramal kerana dunia maka kita akan mendapat apa yang kita niatkan.
Cuma para ulama yang memerhatikan ayat-ayat Allah memahami bahawa terdapat tanda-tanda zahir seseorang itu tergolong sebagai ahli syurga atau neraka berdasarkan amalan zahir dan kesudahan hayatnya. Sebab itu Imam Ibnu Qayyim memberi amaran kepada kita bahawa sekiranya seseorang itu amat suka menuruti hawa nafsu yang bercanggah dengan hukum Allah maka itu tandanya beliau melalui jalan ke neraka begitulah sebalikntya..
wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment