Friday, 11 October 2013

WANITA ACUAN AL QURAN ATAU BIDADARI BERMATA JELI

DIALOG UMMU SALAMAH DENGAN RASULULLAH SALALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Ummu Salamah: "Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"

Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam : "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan yang tampak daripada apa yang tidak tampak. "

Ummu Salamah: "Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam : " Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasaannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.

Mereka berkata, "Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

~ WANITA ACUAN AL QURAN ATAU BIDADARI BERMATA JELI ...

Wanita acuan Al-Quran ialah seorang wanita yang beriman
-yang hatinya disaluti rasa Taqwa kepada Allah SWT
-yang sentiasa haus dengan Ilmu
-yang sentiasa dahaga dengan pahala
-yang solatnya adalah maruah dirinya
-yang tidak pernah takut berkata benar
-yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Wanita acuan al-Quran ialah wanita
-yang menjaga tuturkatanya
-yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
-yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
-yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang penyayang
-yang mempunyai ramai kawan

Wanita acuan al-Quran ialah wanita
-yang menghormati Ibubapanya
-yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
-yang bakal memelihara keharmonian rumahtangga
-yang akan mendidik anak-anak dan membantu suaminya
-mendalami agama Islam
-yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
-yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat.

Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
-yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan
-mencontohi sifat Rasulullah SAW
-serta wanita sufi
-yang mengikut apa yang digariskan dalam kalamullah
-yang boleh diajak berbincang dan berbicara
-yang sujudnya penuh kesyukuran
-tawaduk dengan rahmat Allah ke atasnya..

Wanita acuan Al-Quran
-tidak pernah membazirkan masa
-matanya kepenatan kerana kuat membaca
-yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
-yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
-bangun subuhnya penuh kecerdasan
-setiap hari usianya bertambah penuh kematangan.

Wanita acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
-yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
-yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan
-dijaga untuk meneruskan perjuangan Islam
-sebelum hari kemudian bersama lelaki.

Wanita acuan Al-Quran ialah wanita
-yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia
-kerana dia mengimpikan Syurga-Nya
-di situlah rumah impiannnya
-bersama lelaki acuan Al-Quran
-mendapat ganjaran Allah SWT


SEMOGA DIRI KAMI INI MENJADI WANITA ACUAN AL-QURAN ...

Aamiin.. Aamiin Allahuma Aamiin...




sumber : Bicara Hidayah

No comments:

Post a Comment